BAB 3

4.9K 75 6
                                    

SUDAH sebulan sejak arwah walid dan umi pergi meninggal dunia. Kesannya masih terasa kuat buat Yanie dan Kak Ifti. Kehidupan mereka memang banyak yang berubah. Dalam masa dua minggu lagi Kak Ifti akan mendirikan rumah tangga seperti yang sudah dibincangkan antara arwah walid dan umi dengan ibu bapa Abang Malik dulu. Selepas ini, Yanie akan tinggal berseorangan.

Kak Ifti ada juga menawarkan Yanie untuk tinggal bersamanya nanti. Tapi, selepas berfikir tiga ratus enam puluh darjah, Yanie merasakan itu bukan satu keputusan yang baik. Iyalah, tak sanggup hendak menghadap pandangan Abang Malik setiap hari. Sekarang ni macam-macam boleh berlaku. Ayah rogol anak. Atuk rogol cucu. Abang rogol adik. Tak mustahil kalau suatu hari nanti keluar paper pasal abang ipar rogol adik ipar. Tak ke naya. Mencegah lebih baik dari merawat. Tak nak kalau benda tu terjadi.

"Yanie tengah fikir apa tu? Berkerut-kerut dahi akak tengok," tegur Kak Ifti sambil duduk di sebelah adiknya. Yanie hanya tersenyum kecil.

"Tak ada apalah. Yanie tengah fikir macam mana kehidupan Yanie bila Kak Ifti dah kahwin nanti," dalihnya.

"Sebab itulah akak ajak Yanie tinggal dengan akak nanti. Akak pun risau nak tinggalkan Yanie sorang-sorang dekat rumah ni."

"Tak naklah Yanie. Nanti kalau Yanie tinggal sekali dengan Kak Ifti dan Abang Malik, Yanie menganggu pula." Sengaja Yanie memberi alasan. Kak Ifti hanya ketawa kecil.

"Menganggu apa pulalah. Tak adanya. Abang Malik tentu suka kalau Yanie sudi tinggal dengan kami nanti." Kak Ifti masih cuba memujuk. Yanie ketawa senang hati. Abang Malik suka? Uweik!

"Err... kalau Yanie tanya Kak Ifti sesuatu boleh?"

"Apa dia?"

"Kak Ifti dah lama ke kenal dengan Abang Malik tu?" Berhati-hati Yanie menyoal. Takut Kak Ifti berkecil hati dengan soalannya. Kak Ifti hanya tersenyum kecil.

"Lama tu taklah lama sangat. Bolehlah. Kami kenal dalam tempoh dua tahun lebih sebelum ambil keputusan nak bertunang. Kenapa Yanie tanya?" 

Yanie hanya menggeleng. Kak Ifti gembira betul bila bercerita tentang kisahnya dan Abang Malik. Yanie doakan semoga pilihan Kak Ifti tidak salah dan Yanie berdoa semoga Kak Ifti akan menemui kebahagiaannya.

"Sekarang, boleh akak tanya Yanie pula?" Tepukan lembut di paha menyentakkan lamunan Yanie.

"Boleh pula macam tu," rungutnya.

"Bolehlah. Yanie tanya akak, akak nak tanya Yanie pula. Baru fair and square." 

 Yanie mencebik mendengar jawapan Kak Ifti.

"Iyalah. Nak tanya apa?"

"Yanie dah ada boyfriend?" soalan Kak Ifti membuatkan Yanie ketawa kecil.

"Siapalah yang nak dekat Yanie ni kak..."

"Eleh... ramai aje yang nak. Yanie belum jawab lagi soalan akak."

"Tak adalah. Yanie belum berkenan dengan mana-mana lelaki pun."

"Tipu. Takkan dekat U dulu tak ada yang mengurat. Adik akak inikan cantik." Kak Ifti masih belum berputus asa.

"Betullah. Yanie malas nak fikir pasal semua tu. Yanie belum nak kahwin lagi."

"Kalau macam tu, Ril ada peluanglah kan." Yanie melongo mendengar ujaran Kak Ifti.

"Apa kena mengena dengan Qairil pula?"

"Akak tengok Ril tu macam sukakan Yanie. Yanie perasan tak?" ujar Kak Ifti dengan senyuman lebar.

CALON ISTERI JUTAWAN (SUDAH TERBIT)Where stories live. Discover now