“Kahwin?.. Apa dah jadi dengan janji kau yang no more boyfriend, no more love and broken heart?”

Aku tertawa lucu.

“Pertama sekali Encik Maliki... Suami. Bukan boyfriend. Dan aku tak kawin dengan dia sebab cinta.. yak!.. and kalau takde cinta.. dan takkan ada. Just FYI.." Aku memberi penegasan. Cinta? Dengan Safran. Eiuww.

"Ertinya takkan ada broken heart.” Sambung Aku dengan senyuman bangga.

Maliki meraup wajah. Jelas kelihatan yang dia agak kebingungan.

“Jadi? Kahwin?”

Oh.. Bab tu yang dia tertinggal. Aku pun bagi cerita tak ikut bab. Terus bagi kesimpulan. Kan dah bingung anak teruna orang ni. Anak teruna lagi ke? Ragu-ragu hati dan akal aku ni.

 “My grandma. Kahwin paksa, kahwin muda, kahwin apa-apa kahwin lagi yang orang sekarang panggil. Dan aku tahu benda tu lucu sebab aku yang macam ni boleh terkena dengan badi kahwin ‘paksa’ ni. Its so silly.. Don’t ask for details.

Maliki tertawa. Kelihatan wajah kelegaan terpamer di wajahnya. Dia ingat aku nak keluar dari kelab tanpa cinta kami ni ke? Dahlah ahli dua orang je. Aku dan Dia.

“So, kahwin atas kertas jelah ni..takde hubungan apa-apala..”

Kata Maliki. Aku membuat senyuman lebar macam senyuman joker. Aku tahu. Evil smile. Aku dah nampak Maliki macam takut-takut. Itulah senyuman yang selalu aku buat sebelum kenakan orang. Tapi kali ini aku bukan nak kenakan Maliki. Aku tersenyum malu campur nakal. Dah jadi evil smilelah.

 “Aku tak kata aku budak baik...”

Senyum aku bertambah lebar bila dahi Maliki bertambah kerut.

“Maksud..?”

Maliki membesarkan matanya bila melihat aku mengangguk.

“Kau yakin lelaki tu takkan jatuh cinta dengan kau?”

Pertanyaan Maliki membuatkan aku tergelak. Pssssh, Safran jatuh cinta? Aku rasa dialah orang paling layak jadi ahli ketiga kelab tanpa cinta aku dengan Maliki ni. Aku mahu menjawab pertanyaan Maliki apabila ada tangan yang menepuk perlahan bahu aku.

 “Aku nak cakap kejap.”

Sarah. Berpeluk tubuh. Pergaduhan petang tadi bukanlah yang pertama. Dah berkali-kali kami bergaduh seperti itu. Bila dah sejuk hati, sama ada aku atau Sarah yang akan meminta maaf. Kali ini mungkin Sarah sudah tau yang dia patut minta maaf. Sebab dari tadi aku tak tegur dia bila masuk ke dewan tadi.

“Okay.. kejap..”

Aku mengalihkan pandangan kepada Maliki. Meminta diri seketika.

“Its okay.. Aku pun ada hal. Nak cari orang lain untuk ganti ‘tempat kau’”

Aku tertawa kecil. Aku tak risau. Maliki boleh jumpa 10 orang calon untuk maknya. Itupun kalau maknya mahu perempuan yang miskin dengan pakaian. Aku melambai Maliki sebelum berjalan mengikuti Sarah.

“Ada apa Cik Sarah?”

Aku berpeluk tubuh sambil memerhati sekeliling. Kalau-kalau ternampak muka yang dicari. Masih belum ada. Aku seperti mahu ketawa terbahak-bahak bila cuba membayangkan betapa kalutnya pakcik tu bila terbangun dari tidur. Mungkin bila majlis sudah habis baru dia terbangun.

“Aku nak...”      

“Okay.”

Sarah melihat aku seperti aku sudah tumbuh kepala kedua bila aku memintas ayatnya. Aku tersenyum kecil.

Bukan aku, kau dan dia.. Tapi tentang KITAWhere stories live. Discover now