2 - BAS MANA ?

281 17 0
                                    

Tit tit tit tit.

Aku membuka mata. Hei bisingla jam ni pagi buta. Aku terus tekan dan sambung tidur. Tiba- tiba aku tersedar.

Farraaaaaa Hanimmmmmm! Kau dah lambat. Ya Allah Si may ni tak kejut aku. Aku mengomel sendiri.

Aku mengetuk kepala aku.

"Hanim, kau lupa ke apa May kata semalam. Dia tak boleh solat. Jangan marah dia. "
Aku cakap sorang-sorang sebab may still dalam mimpi dia.

Okay, kalau korang nak tau. Sebenarnya May ni nama panggilan je. Nama sebenar dia Fathia. Tapi sebab lahir bulan mei ni la panggilannya. Senang katanya.

Aku bergegas ke surau selepas mengambil wudhuk. Ahh mandi kejap lagi je.

                               ○●○●○

Di surau.

Bedebuk!

Hanim, apa kau buat ni. Kau langgar sapa! Aduhai kau ni. Dah lambat buat hal lagi. Aku terus memarahi diri aku.

"Dik, maaflah terlanggar. Abang tak perasan. Maaflah abang ni sebenarnya sakit perut. Tu nak cepat. Ok sorry , bye gerak dulu. "

Aku membiarkan je sapa entah yang langgar aku tu. Kesah apa aku. Aku terus bergegas ke tempat wudhuk sebab terbatal la kena langgar entah sesapa.

                            ○●○●○

"Weh may , kau bangun cepat. Kita dah lambat la. Kau dah la tak kejut aku. "

Aik, asal takde orang bersuara. Aku pandang katil May. Lak , takde orang. Dia biarkan aku lagi. Ha nice. Dah la first day class.

Aku terus bergegas ke tempat menunggu bas.

                               ○●○●○

Bas takde. Bas takde. Bas takde.

Aku rasa nak menangis sebab bas takde. Sekarang ni aku dah lambat gila. Menyesal aku layan Harry Potter dgn si May sampai malam buta. Hei budak bertuah tu. Sedap-sedap dia je tinggal aku. Jaga dia balik nanti.

"Hanim, kau kena relaks. Benda boleh relaks buat apa risau en."

Aku termenung memikirkan diri ini akan dimarahi oleh lecturer aku pagi ni. Agak-agak ah dah lambat sangat kot.

Pin! Pin!

Aku tersedar. Eh sapa pulak ni. Nak berlagak ngan aku ke? Mentang-mentang la aku ni takde bas nak gi class , nak mengejek la tu.

Dia keluar dari kereta.

" Adik nak tumpang ke? Kalau adik nak tunggu bas , sekarang memang dah takde. Adik fakulti apa? Biar abang tumpangkan. "

"Takpe la bang. Mama saya kata jangan ikut orang tak kenal. " Eh even aku ni tak baik aku still ingat pesan mama aku okayyy!

"Tapi awak kenal abang. "

Aah la macam kenal suara dia. Aku mengangkat kepala aku.

"Siapa kau ni? Maaf tak kenal. "

Dendam Cintaحيث تعيش القصص. اكتشف الآن