🍃Bab 9

4.3K 185 9
                                    

Auna Danisha membetulkan tudung bawalnya di hadapan cermin.Dia tersenyum riang setelah merapikan penampilannya.

Dia mengambil handbag dan melangkah keluar dari bilik.Kelihatan Adam Qalish sedang menunggunya di ruang tamu.

"Maafkan Auna,abang.Lama sikit siap.." ucapnya.

Serba salah pula dia pada suaminya itu.Dalam hati dia berdoa supaya Adam Qalish tidak marah.Seram dia apabila suaminya marah.

Adam Qalish memandang isterinya.

"Awak tak malu keluar dengan saya?" soalnya.

"Buat apa Auna nak malu?Abang kan suami Auna.." balas Auna Danisha kemudian menghadiahkan senyuman manis buat suaminya.

"Okay,erm..jomlah.Nanti lambat pulak.."

Auna Danisha menganggukkan kepalanya.Diikuti langkah suaminya dari belakang.

Mereka berdua tiba di bandar.Mereka berdua keluar dari kereta.

"Awak nak beli apa ni?" soal Adam Qalish ingin tahu.

Sudah agak lama juga dia tidak ke bandar.Jika ada urusan penting sahaja dia akan ke sini.

"Auna nak beli barang dapur sikit,baju baru untuk abang,erm..banyaklah.."

"Yang pasal baju untuk saya tu tak payahlah.Saya masih ada pakaian yang boleh dipakai.Tak payah membazir.Lagipon saya dah pernah cakap dulu kan,saya tak nak sesen pon duit ayah awak.."

"Tak,abang.Duit ni duit saya.Bukan duit papa.Pasal baju tu tak pelah.Abang kan dah kahwin.Mestilah kena nampak gaya orang dah ada isteri.."

"Suka hati awaklah,Auna.."

Adam Qalish mula mengatur langkahnya.Auna Danisha cuba memaniskan mukanya.

Sedang dia memilih pakaian untuk suaminya,seseorang menegur.

"Auna?"

Auna Danisha mula berpaling.Adam Qalish juga begitu.

"Ya Allah,Uwaiz!Tak sangka dapat jumpa awak kat sini.." ujar Auna Danisha sedikit teruja melihat Uwaiz.

Adam Qalish hanya mendengar.Kemudian,dia membelek-belek pakaian yang berada di situ.

Dibiarkan lelaki itu dan Auna Danisha berbual.Mungkin ada hal penting kot.

"Awak apa khabar?" soal Uwaiz.

Dia juga tidak menyangka dapat bertemu dengan gadis yang telah berjaya mencuri hatinya.

Namun,gadis ini sudahpun berumahtangga.Sejujurnya,selepas mendapat tahu berita pernikahan Auna Danisha,dia sungguh kecewa.

"Alhamdulillah,baik.Awak?"

"Samalah.Erm..tu suami awak?"

Auna Danisha menganggukkan kepalanya.Dipanggilnya Adam Qalish.

"Abang,ni Uwaiz.Uwaiz,ni suami saya,Adam.Uwaiz ni kawan Auna.."

Auna Danisha memperkenalkan Uwaiz kepada suaminya begitu juga sebaliknya.

🍃🍃🍃

"Banyak sangat awak belanja ni,Auna.Dah lebih dari kemampuan saya ni.." ujar Adam Qalish sambil mengangkat kotak yang berisi mesin pengadun.

"Ala,abang.Auna beli pon untuk kita jugak.Abang tak payah risau lah.Auna guna duit Auna.Bukan duit papa.." balas Auna Danisha.

"Suka hati awaklah.."

Masuk kali ini,sudah dua kali Auna Danish mendengar ayat itu.Dia mengeluh perlahan.

Adam Qalish meluru masuk ke dalam rumah.Diletakkan kotak-kotak itu di dapur.

Auna Danisha pula duduk sebentar di kusyen ruang tamu itu.Tidak sabar rasanya dia ingin menceriakan semula rumah itu.

Mujurlah dia teringkatkan kusyen yang sudah agak lusuh warnanya itu.Itupun puas dia memujuk suaminya.Kata Adam Qalish,membazir.

Nasib baiklah suaminya mengalah juga pada akhirnya.Dia mupa melangkah masuk ke dalam bilik.

Setelah selesai membuka tudung,dia menuju ke bilik arwah bapa mertuanya.Kelihatan Adam Qalish sedang membentangkan sejadah bagi menunaikan solat zohor.

"Abang nak mula dah ke?Tunggu Auna kejap,boleh?Kita solat sekali.." ujarnya.

"Okay.." balas Adam Qalish sepatah.

🍃🍃🍃

"Auna,saya dapat sambung belajar kat Mesir.Awak pula?" soal Uwaiz ingin tahu.

Sejujurnya dia berharap dapat satu universiti dengan gadis pujaannya.

"Saya dapat kat Jordan tapi saya tolak.Saya nak sambung kat UniSZA.Dekat dengan papa.." balas Auna Danisha.

"Awak tak kisah kita bercinta jarak jauh?"

Auna Danisha tersenyum.

"Kita bercinta?"

Pelik Auna Danisha mendengar kata-kata Uwaiz.

"Maaf,maksud saya,awak tak kisah saya berjauhan dengan awak?Awak tak sedih?"

"Nanti kita jumpa lagi.Saya akan tunggu awak sampai awak habis pengajian awak.."

"Betul ni?" kata Uwaiz inginkan kepastian.

"Ye.."

Uwaiz tersedar dari lamunannya.

"Termenung jauh anak umi ni.Fikirkan apa?" soal Datin Umayra.

"Tak de apalah,umi.Iz cuma teringatkan Auna je.Dia dah kahwin tau,umi.."

"Auna dah kahwin?"

"Ha'ah tapi bukan dengan setaraf dia lah.Adam namanya.."

"Hurm..tak pe lah.Umi yakin akan ada gadis lain bersama anak umi ni.Kita doakan Auna dengan suami dia bahagia.."

Uwaiz menganggukkan kepalanya tanda faham.Dia bukanlah seorang yang ingin meruntuhkan rumahtangga orang.

___________________________________









setulus cinta AUNA DANISHAΌπου ζουν οι ιστορίες. Ανακάλυψε τώρα