Bab 16

232 9 0
                                    

Maafkanlah aku melukis luka
Membuatmu bersedih mengundang air mata
Cinta tak mengapa kau marah
Tapi satuku pinta jangan kau usaikan kita

Masuk ke ruang tamu, Deana terpegun seketika. Bukankah Fitri yang dilawatinya semalam dalam keadaan teramat nazak? Empunya diri kini duduk di sofa, tersenyum mesra sambil menyanyi-nyanyi gembira. 

"Apa yang terjadi?" tanya Deana, dia tidak berpuas hati.

"Sengaja nak bermanja-manja. Tak boleh?" tanya Fitri.

"Teruk sangat ke?" tanya Deana.

"Cedera sikit. Tangan kanan ini tergeliat sikit," kata Fitri.

"Ingat teruk sangat," kata Deana.

"Ya, Fitri yang rancang segalanya," cerita Kak Tina.

"Ohhh... Kak Tina pun bersubahat ya?" kata Deana. Tanpa berlengah lagi jejari halusnya hinggap di lengan Kak Tina yang tembam itu.

"Adoi, Fitri tolong!" kata Kak Tina, kemudian berlalu ke dapur.

"Awak pun sama," kata Deana mencapai penyapu dan memukul tangan kiri Fitri. Geram.

"Abang dahlah sakit. Awak pukul lagi. Makin sakit tau!" kata Fitri.

"Siapa suruh tipu?" kata Deana. Tertipu dengan lakonan semua orang. Fitri tidak seberapa cederanya, tetapi mereka telah melakonkan satu babak yang sungguh tragis, semata-mata untuk meraih kemaafan daripada Deana.

----------------------------------------------------------------------------------

Kak Tina baru saja selesai mengemas apa yang patut di dapur, dia kembali melabuhkan punggungnya di kerusi. Deana duduk di sebelahnya. Rutin harian. Berbual-bual kosong. Fimi sudah tentu berada di ruang tamu, menikmati mainannya yang berlambak.

"Kenapa Kak Tina tak kahwin lagi?" soal Deana memulakan bicara.

"Enggak ada yang mahu..." jawab Kak Tina malu-malu.

"Secantik Kak Tina ni tiada yang mahu? Rugi-rugi.." kata Deana.

"Cantikkah Kak Tina ni?" tanya Kak Tina malu-malu.

"Ini yang malas ni... pantang kena puji sikit. Mulalah lupa diri," rungut Deana.

"Maklumlah sudah dipuji," kata Kak Tina.

"Kalau ada orang Malaysia yang berkenan, Kak Tina mahu?" umpan Deana.

"Waduh... waduh! Dik Deana ni mahu masuk meminang kakak kah?" tanya Kak Tina.

"Ya," kata Deana. Dia ternampak Fitri baru turun dari tingkat atas.

"Untuk siapa?" tanya Kak Tina.

"Untuk cowok itu," kata Deana sambil menunjukkan kepada Fitri.

"Nakalnya kamu. Nanti ya..." Kak Tina mengejar Deana. Fitri tercengang-cengang kehairanan.

"Adoi, sakitlah Kak Tina!" kata Deana. Pertama kali dia dicubit orang, perit! Selalunya dia saja yang mencubit orang. Mencubit itu sedap, tetapi lebih sakit lagi orang yang kena cubit.

"Hah, padan muka! Selalu dok cubit orang je. Sekarang rasalah pula macam mana rasa kena cubit," sorak Fitri. Deana mencebikkan bibir, geram.

-------------------------------------------------------------------------------

Fitri sendirian di meja makan. Deana menyusup perlahan, macam ular sawa yang sedang mengintip mangsa.

"Makan apa tu?" Deana mengejutkan Fitri.

"Nasib baiklah abang ni tiada penyakit lemah jantung. Kalau ada dah lama 'gol'," kata Fitri marah.

"Bagilah salam. Sedap sikit dengar," kata Fitri lagi.

Part-time Babysitter (Novel)Onde histórias criam vida. Descubra agora