Bab 5

348 13 0
                                    

Suara kanak-kanak bermain di padang bola riuh rendah. Deana memandang ke utara, tersergam sebuah banglo yang paling cantik dan besar. Dengan hasil seni bina yang sungguh mempersonakan, Deana cuma boleh berangan untuk memiliki banglo sehebat itu. Mewah seperti sebuah istana. Fimi terkedek-kedek berlari-lari kecil. Gembira tidak terkira. Sebuah buku kegemarannya dikepit di celah ketiak. Mereka melabuhkan punggung di atas sebuah kerusi usang. Sekumpulan remaja kelihatan sedang rancak bermain, walaupun hari masih panas. Mentari masih lagi tersenyum sumbing. Perlahan Fimi membuka bukunya. Cantik dan penuh berwarna-warni, memang sesuai untuk kanak-kanak sebayanya.

"Anab dan kua-kua umba ayi," Fimi menunjukkan gambar arnab sedang berlumba lari dengan kura-kura.

"Anab ayi aju. Kua-kua ayi pahan," cerita Fimi. Matanya tidak pernah lekang dari gambar seekor arnab yang sungguh comel.

"Anab dodo awah potok," tambah Fimi. Arnab comel yang tidur di bawah pokok itu direnungnya sejenak.

"Kua-kua enang. Anab alah," sambungnya. Kura-kura yang telah menghabiskan lariannya manakala arnab ketinggalan di belakang kerana ketiduran.

"Hah, pandainya Fimi!" puji Deana.

"Ha... ha... ha..." Fimi ketawa terbahak-bahak. Perut Deana bagai nak pecah kerana ketawa yang melampau. Walaupun penuh kepelatan, tetapi kelakar habis.

"Nanti bila besar, Fimi nak jadi apa?" tanya Deana, setelah agak reda sedikit.

"Nak aji olis," jawab Fimi. Setahu Deana memang kebanyakan budak-budak kecil sebaya Fimi punya cita-cita yang sama. Kerjaya polis, askar dan bomba sebagai idola mereka.

"Kenapa?" tanya Deana.

"Nak mbak ang ahat," jawabnya. Petah tapi pelat. Tak habis-habis dengan imiginasi cerita 'Gerak Khas'nya.

"Tak! Nak beyon," tiba-tiba Fimi bersuara.

"Hah, beyon?" Deana kurang jelas dengan kehendak Fimi.

"Bee-yon!" kata Fimi, cuba menyebut perkataan itu secara perlahan, agar Deana dapat memahaminya.

"Bee-yon," Deana masih tercengang-cengang. Memerhatikan gerak mulut Fimi dengan teliti.

"Beyon," kata Fimi, sambil menunjukkan seseorang yang sedang bergerak melintasi mereka. Beberapa orang kanak-kanak berebut-rebut mendekati penjual belon itu. Penjual belon yang bijak, pandai mencari lokasi jualannya.

"Berapa?" tanya Deana.

"RM 2.00," kata penjual itu.

"Tolong beri saya yang tu," tunjuk Deana kepada belon berwarna hijau. Nasib baik dia membawa duit, kalau tidak pasti Fimi akan terkinja-kinja menjerit dalam tangisan.

"Atak, nak yang eyah," kata Fimi, sambil menunjukkan belon berwarna merah terang. Penjual belon itu tersengih saja, mengikut arahan.

------------------------------------------------------------------------------------------

Nek Su tersedar di katil, selepas Kak Tina memberinya makan ubat. Badannya terasa begitu lemah.

"Beginilah nenek, Deana," kata Nek Su. Deana duduk di sisi Nek Su. Mengurut-urut kaki Nek Su yang berlunjur lurus.

"Sabarlah nek," kata Deana.

"Makin berumur, dah makin tak larat pulak," kata Nek Su.

"Biasalah tu nek. Nanti Deana tu entah lagi teruk," kata Deana sambil tersenyum manja.

"Itu sebabnya, dari mula lagi kena jaga badan. Nanti bila tua takdalah seteruk nenek ni," kata Nek Su.

"Macam mana tu nek?" tanya Deana.

Part-time Babysitter (Novel)Where stories live. Discover now