Part 28

42 3 0
                                    

AMISHA FARHANA agak sibuk dalam bulan ini. Aizam dan Suziela akan mengikat tali pertunangan tidak lama lagi. Gembira rasa di hati kerana abangnya bertemu jodoh juga dengan pilihan hatinya. Suziela memang pilihan yang terbaik.

Walaupun agak sibuk, Amisha Farhana tetap buka homestay. Staff makin ramai, itu pun atas bantuan Suziela. Amisha Farhana lambat masuk homestay hari ini. Ramai staff yang urus homestay. Dia mengorak langkah menuju ke homestay. Sampai satu lorong, dia terkejut melihat Sarah. ‘Aik... macam mana dia boleh sampai sini?’

“Akak apa khabar?” soal Sarah.

Amisha Farhana tersenyum. “Akak okey. Apa hajat sampai boleh datang kampung akak ni?”

“Oh, papa ada projek di kampung ni. Jadi, Sarah ikut,” beritahu Sarah.

“Sarah datang dengan papa saja?” korek Amisha Farhana.

“Tidaklah. Mama dengan abang Sarah pun ada,” jelas Sarah.

Ariel ada di sini? Aikk... tapi, tidak nampak pun dia. Hati Amisha Farhana berkata-kata. Dengan segala apa yang sudah jadi, hubungannya dengan Shahril Hafsham tidak semesra dulu lagi. Tapi, dia merindui kemesraan dulu. Bohonglah kalau dia tidak rindukan lelaki itu. Lelaki itu sudah lama mencuri hatinya. Dan perasaan cinta itu tidak pernah berubah.

“Okeylah, Sarah. Akak pun mahu cepat sampai homestay. Nanti kita sembang lagi,” kata Amisha Farhana sambil tersenyum.

“Baiklah, kak...”

Amisha Farhana melajukan langkah menuju ke homestay. Sampai di dalam homestay, dia terus capai buku rekod homestay.

“Hari ini ada 5 tempahan bilik, kak,” ujar Elly, staff baru.

Amisha Farhana terus meneliti buku rekod itu. Datuk Syukri... Datin Sofea... Shahril Hafsham... Sarah... Dan siapa pula Adira ni? Rasanya dia tidak kenal.

“Adira?” soal Amisha Farhana.

“Penginap baru, kak. Kami kurang kenal. Tapi, cara dia bercakap macam orang KL. Tu, ada dua orang duduk di situ.” Ana menunding ke arah dua orang penginap baru yang disebutnya tadi.

Amisha Farhana mengamati dan cuba mengenali. Itu Shahril Hafsham dan pastinya yang duduk di sebelahnya itu Adira. Cantik orangnya. Penampilan jangan cakaplah. Seksi habis. Baju sendat dan skirt separas lutut itu sudah dapat mencerminkan keseksiannya.

‘Aduh... kenapa aku rasa sakit hati walaupun diorang tidak bersentuhan?’ Hati Amisha Farhana dilanda badai.

“Elly, Ana... Jaga homestay macam biasa. Akak mahu keluar bandar sekejap.” Amisha Farhana memberi alasan.

“Baiklah, kak...”

Amisha Farhana meninggalkan Homestay.

Malamnya, di rumah Amisha Farhana, selesai saja makan malam bersama keluarga, Amisha Farhana terus masuk bilik. Malas mahu duduk depan tv bersama keluarga. Hatinya masih tidak tenang lepas nampak Shahril Hafsham dengan gadis lain. Dia ingin tahu siapa sebenarnya Adira?

Patung teddy bear pemberian Shahril Hafsham masih tersimpan kemas. Air matanya jatuh. Mulut aku menidakkan kewujudan kau dalam hati aku. Tapi, hati aku masih mendambakan dirimu. Tidak mungkin aku mampu buang kau dari hati aku.

“Tok! Tok!” Pintu biliknya diketuk.

Dia menyeka air matanya. Bila pintu biliknya terbuka, dia nampak Aizam masuk.

“Kenapa abang tengok mata Ara macam bengkak?” soal Aizam.

Amisha Farhana menggeleng. “Tiada apa-apalah, bang.”

“Abang kenal adik abang. Ada yang jadi di homestay, kan?” duga Aizam.

“Ariel menginap di homestay, bang.” Amisha Farhana buka cerita.

“Baguslah tu,” balas Aizam.

“Ariel bersama gadis cantik dan seksi,” kata Amisha Farhana.

“Diorang menginap hanya berdua?”

“Tidak. Papa, mama dan Adik Ariel pun ada.”

Aizam menepuk bahu Amisha Farhana perlahan. “Ara harus kuat. Jangan mengandaikan yang bukan-bukan sebelum bersemuka. Sia-sia saja tau air mata Ara tu. Air mata ni terlalu berharga untuk kita.”

Amisha Farhana mengangguk. Betul juga kata Aizam.

Di kawasan homestay dan pada waktu yang sama, Shahril Hafsham duduk di sudut rehat yang disediakan di kawasan homestay milik Amisha Farhana. Dia mengeluh. Dia nampak Amisha Farhana sekali imbas saja tadi. Itupun gadis itu nampak tergesa-gesa. Terubat juga rindunya pada Amisha Farhana. Dalam 8 bulan tidak bertemu, dia sudah nampak pencapaian Amisha Farhana. Dia rasa bangga kerana Amisha Farhana mampu bina homestay ini.

Sarah dan Adira duduk di depan Shahril Hafsham.

“Ada orang rindu awek la, Sar,” usik Adira.

“Memandai saja la dia ni,” komplen Shahril Hafsham.

Sarah tersenyum. “Dira memang macam ni, bang. Kuat bergurau.”

Adira tersengih. “Tadi napa tak jumpa pastu tanya khabar?”

“Ingat senang? Mungkin dia sudah tidak pandang aku ni lagi,” kata Shahril Hafsham.

“Lelaki kena bijak atur plan. Apa kata aku bagi idea genius?” Adira tersenyum.

Nah sudah... Awek KL ni mahu buat perancangan pasal penyatuan dua hati. Shahril Hafsham menggeleng-gelengkan kepala melihat telatah Adira.

“Tidak payah. Kau tu sudah macam adik aku, Dira. Biar aku rancang sendiri. Kamu jangan bawa mulut depan Isha, okey. Kasi ya saja apa yang aku buat,” ujar Shahril Hafsham.

“Yes boss!” Sarah dan Adira angkat tangan tanda setuju.

#Bersambung

Pencuri HatiWhere stories live. Discover now