Part 2

169 11 0
                                    

#PencuriHati
#Part2

Tajuk : Pencuri Hati
Writer : Iza Iman
Part : Part 2

FIKIRAN Amisha Farhana melayang jauh. Mindanya bercelaru sejak ditemuduga minggu lalu. Hingga ke hari ini masih tiada sebarang jawapan dari Purnama Holdings.

"Kau ada masalah?" Amisha Farhana terlontar kembali ke alam nyata saat suara teman serumahnya kedengaran.

Amisha Farhana memandang Suziela. "Entahlah, Suzie.

"Cuba kau cerita masalah kau. Mana tahu aku boleh tolong? Paling tidak pun kau rasa tenang bila sudah cerita masalah kau pada aku. Kita sudah berkawan lama, Isha. Apa guna kita jadi kawan baik kalau tidak saling kongsi masalah?" ujar Suziela sambil menyentuh lengan temannya lembut. Tidak sampai rasanya melihat temannya ditimpanya masalah.

"Tapi, masalah aku ni besar, Suzie. Tiada siapa yang dapat tolong." Amisha Farhana mengeluh.

"Cuba cerita."

Amisha Farhana mula membuka cerita tentang pertembungannya dengan Shahril Hafsham. Dari pertembungan itu, timbul permusuhan sehingga ditemuduga oleh lelaki itu.

Bulat mata Suzie memandang Amisha Farhana. Dia tidak menyangka yang temannya telah menghina lelaki itu hanya kerana rasa amarah.

"Sampai macam tu sekali?" Suziela bertanya dengan biji mata yang hampir terkeluar.

"Ya, Suzie. Siapa yang x marah? Patutkah dia cakap aku ni perempuan murah?" balas Amisha Farhana.

"Lepas tu apa kau buat?"

"Aku tampar muka dia..."

Suziela tambah terkejut. Berani sungguh Amisha Farhana.

KRINGG! Deringan telefon rumah melenyapkan perbualan rakan karib itu. Suziela mengangkat gagang telefon.

📞Helo...cari siapa?
📞Amisha Farhana Amran ada?
📞Oo...tunggu sekejap, ya?

Suziela memberikan gagang telefon itu kepada Amisha Farhana.

📞Ya, saya Amisha Farhana
📞Cik Amisha Farhana...saya wakil dari Purnama Holdings...Pihak syarikat sudah sepakat memilih Cik Amisha Farhana sebagai staff baru syarikat kami. Boleh lapor diri minggu depan?
📞Boleh²...terima kasih
📞Sama²

Talian telah dimatikan. Gagang telefon meletakkan gagang telefon kembali ke tempat asalnya.

"Siapa tu?" soal Suziela.

"Wakil dari Syarikat Purnama Holdings."

"Untuk apa?"

"Aku sudah diterima bekerja, Suzie. Minggu depan aku lapor diri.

"Tahniah, Isha." Suziela tumpang gembira untuk Amisha Farhana.

Amisha Farhana mengangguk. Dia gembira kerana tidak sia² dia datang untuk temuduga. Akan tetapi, di samping kegembiraan ini, banyak perkara yang dirisaukannya. Dia risau kalau Shahril Hafsham mahu balas dendam terhadapnya. Hati seorang lelaki kita susah mahu ramal. Penuh dengan teka-teki.

"Malam ni kita mau masak apa?" Pertanyaan Suziela menyentakkan lamunannya.

"X pasti lagi. Jom teman aku ke dapur," kata Amisha Farhana.

"Kaulah yang masak malam ni. Sebagai tanda kau sudah diterima bekerja," ujar Suziela.

"Pula? Patutnya kau yang masak untuk kawan kau ni?" tukas Amisha Farhana sambil tersenyum.

"Kalau aku yang masak, rendam maggie pun jadilah." Suziela tersenyum.

"Masak x jadi hal. No problem. Bab masak serah pada Chef Isha." Amisha Farhana sempat lagi berseloroh.

Suziela tersenyum. Ini yang Suziela suka tinggal serumah dengan Amisha Farhana ni. Dia pakar betul pasal memasak. Mungkin ilmu memasak itu turun dari maknya. Bertuahlah yang berjaya miliki hatinya nanti.

Amisha Farhana keluarkan isi ayam dari peti ais. Sayur turut dikeluarkan. Nama pun anak sabah. Mana boleh hidup tanpa lada putih, kan? Cuba cakap siapa yang x suka makan lada putih? 😂😂

Isi ayam ditetak kecil dan dibersihkan. Lada putih dihiris dan turut dibersihkan. Amisha Farhana berjaya memasak kedua²nya. Ayam masak kicap dan lada putih masak ikan masin yang begitu menyelerakan disusun atas meja.

"Okey... jom makan," ujar Amisha Farhana.

Suziela tersenyum lebar. Dia tidak menunggu lama. Tangan terus menarik pinggan dan menyenduk nasi. Thank you, my friend.

..........

Persediaan yang lengkap telah diatur oleh Amisha Farhana. Dia hanya bersolek nipis saja sebelum melangkahkan kaki ke Purnama Holdings. Rambut yang panjang mengurai mencecah pinggang disanggulnya.

Ketika kakinya sudah berpijak di Purnama Holdings, matanya melilau ke sana dan ke sini seakan mencari kelibat seseorang.

"Cik, boleh saya bantu?" kedengaran jelas suara itu.

Amisha Farhana memandang ke hadapan saat suara itu kedengaran. Seorang lelaki tinggi lampai berdiri di depannya. Dia tidak kenal lelaki itu. 'Mungkin staff di office ni...' fikir Amisha Farhana.

"Boleh saya berjumpa dengan Encik Shahril Hafsham?" soal Amisha Farhana.

"Oh, boleh. Mari saya bawa cik berjumpa dengannya." Lelaki itu membawa Amisha Farhana berjumpa dengan Shahril Hafsham.

Pintu bilik Shahril Hafsham terbuka luas ketika itu. Shahril Hafsham kelihatannya sedang berbual dengan seseorang melalui telefon syarikat. Dia tidak sedar akan kedatangan Amisha Farhana.

Amisha Farhana hanya memandang lelaki yang telah membawanya berjumpa dengan Shahril Hafsham. Lelaki itu membisikkan sesuatu ke telinga Shahril Hafsham. Gagang telefon telah diletakkan.

"Oh, Cik Amisha Farhana sudah sampai. Selamat memulakan tugas baru." Lain macam saja Amisha Farhana dengar ungkapan itu.

"Terima kasih."

"Fahrin, ini staff baru syarikat kita, Cik Amisha Farhana Amran. Dan yang ini Fahrin, Cik Amisha Farhana. Orang lama dalam syarikat ini. Mulai dari hari ini, Cik Amisha Farhana akan berurusan dengan Fahrin," ujjar Shahril Hafsham.

Amisha Farhana dan Fahrin saling berjabat salam.

"Fahrin, bawa staff baru syarikat kita berkenalan dengan staff yang lain dan tunjukkan mejanya," kata Shahril Hafsham.

Amisha Farhana melangkah keluar dari bilik Shahril Hafsham bersama Fahrin. Satu-persatu staff Purnama Holdings diperkenalkan. Kemudian Fahrin menunjukkan meja Amisha Farhana.

"Cik Amisha Farhana." Fahrin menyebut nama itu. Terasa berbelit² pula lidahnya menyebut nama penuh itu.

Amisha Farhana tersenyum. "X payahlah bercik². Panggil Isha saja."

"Okey, Isha. Mulai hari ni, x payahlah terlalu formal panggilan kita. Aku rasa kau sendiri sudah faham dengan penerangan boss tadi, kan? Kau akan bertugas di meja ini bermula hri ini," hurai Fahrin.

"Aku faham." Amisha Farhana mengangguk.

"Baguslah kalau kau faham sebab boss kita tu tegas sikit orangnya. Aku harap, kau dapat bertahan kerja di syarikat ini, Isha," ujar Fahrin.

Amisha Farhana mengangguk dan tersenyum.

"Okeylah, Isha. Aku keluar dulu. Apa² hal tanya aku. Aku rasa kejap lagi boss kita akan berikan kau tugas baru," ujar Fahrin.

"Baiklah," balas Amisha Farhana.

Amisha Farhana memandang Fahrin melangkah. Dia masih menanti tugasan yang akan diberikan oleh Shahril Hafsham.

#Bersambung

Pencuri HatiWhere stories live. Discover now