Part 25

42 3 1
                                    

PAGI itu, Amisha Farhana datang awal ke office. Dia susun semua barangnya dalam kotak. Dia sudah ambil keputusan sendiri. Kali ini dia betul-betul tekad. Dia akan hantar surat perletakan jawatan. Shahril Hafsham sudah tidak perlukan dia lagi. Urusan syarikat dia akan serahkan pada Fahrin.

Fahrin terkejut menerima kedatangan Amisha Farhana di depannya. Lebih-lebih lagi bila melihat Amisha Farhana menyerahkan surat perletakan jawatan kepadanya.

“Ada apa ni, Isha?” Fahrin bertanya.

“Aku resign, Fahrin,” jawab Amisha Farhana.

“Kenapa mesti mahu resign? Syarikat masih perlukan khidmat kau,” kata Fahrin.

Amisha Farhana menelan air liur kepahitan. “Ariel sudah tidak perlukan aku lagi, Fahrin. Apa guna aku terus paksa diri bertahan kerja di sini? Kau sambunglah tugas yang sudah settle dari tangan aku. Aku harap Ariel akan sedar dari kealpaanya. Fail-fail syarikat ada di atas meja aku. Nanti kau tolong kutip, okey?”

Amisha Farhana menghurai panjang lebar. Fahrin tidak tahu mahu kata apa. Mahu pujuk gadis itu tapi, dia tahu, semua itu adalah mustahil. Jiwanya benar-benar rasa terluka kerana tidak dipercayai.

Amisha Farhana angkat punggung menuju ke mejanya. Barang-barang dibawa bersama. Dia pulang bersama hatinya yang lara. Berikan aku kekuatan itu, Ya Allah. Jangan biarkan semangat aku jatuh kerana air mata.

Malamnya, selepas makan malam, Amisha Farhana duduk di atas sofa. Suziela yang sedang menonton drama romantik thailand dibiarkannya. Sebenarnya Suziela nampak kesedihan Amisha Farhana. Walaupun Amisha Farhana tidak pernah tunjukkan namun, pirasat hatinya seolah-olah mampu menghidu semua itu.

“Isha... kalau ada masalah, jangan simpan dalam hati.” Amisha Farhana bersuara.

Amisha Farhana memandang Suzie. “Suzie... aku sudah resign.”

“Di Purnama Holdings?” soal Suziela.

Amisha Farhana mengangguk.

“Kenapa sampai resign?” Suziela bertanya lagi.

Air mata Amisha Farhana jatuh. “Aku cuma cuba tunjukkan kebenaran, Suzie. Zahira, anak Datuk Zulkifli, rakan kongsi Ariel, hanya berlakon depan Ariel. Boleh jalan tapi, sengaja buat-buat tidak boleh jalan kerana cuba untuk tagih perhatian Ariel. Office terabai kerana Ariel sudah tidak hirau soal urusan office. Aku cuba tegur Ariel tapi, aku pula dikata cipta fitnah. Ohh... Ariel betul-betul sudah lain sekarang. Aku kecewa dengan dia...”

Suziela terkejut namun, cuba untuk tunjukkan reaksi tenang. “Jadi, apa rancangan kau sekarang?”

“Aku mahu balik kampung. Aku mahu bantu abang aku,” putus Amisha Farhana.

Suziela hormat keputusan temannya.

Amisha Farhana menyeka air mata yang jatuh di pipinya. Dia cuba untuk kuatkan hati namun, dia tidak mampu menipu hatinya. Pencuri hatinya itu buat semangatnya jatuh. Tapi, aku akan cuba untuk lupakan semua kesedihan ini, bisik hati Amisha Farhana.

❤❤❤❤❤

SHAHRIL HAFSHAM memutuskan untuk jenguk office dulu baru melawat Zahira. Dia masuk pejabatnya dan dia nampak pejabatnya tidak banyak yang berubah namun, dia nampak bunga di dalam pasu tidak bertukar. Dia duduk di atas kerusi. Dia nampak sepucuk surat berada di atas meja. Dia buka sampul surat itu dan dia nampak dua helai kertas di dalamnya. Rupanya satu surat rasmi dan satu lagi surat tidak rasmi. Dia cuba baca surat tidak rasmi itu dulu.

📝Ariel... Isha hormati Ariel sebagai pengurus besar di office ini. Satu penghormatan bagi Isha bila Isha diterima bekerja di sini. Tapi, kata orang jodoh itu bukan selalunya jadi milik kita. Isha sudah tidak diperlukan lagi. Walau Isha cuba tukar hati Ariel menjadi putih, bila Ariel kata hitam, hitamlah ia. Isha berharap Ariel takkan berputih mata kerana kesilapan Ariel sendiri. Tolong terima surat perletakan jawatan Isha ini...

Shahril Hafsham terkejut. Ini bukan kali pertama Amisha Farhana menghantar surat perletakan jawatan tapi, kali ini, dikepilkan bersama surat tidak rasmi. Dia tinggalkan surat perletakan itu di atas meja dan menuju ke pintu laluan utama untuk keluar. Dia terfikir untuk melawat Zahira. Hari ini lewat sedikit melawat kerana dia mahu jenguk office dulu.

Dia memandu mercedes kesayangannya menuju ke hospital. Setelah berjaya mencari parkir, dia turun dari kereta dan terus bergegas menuju ke wad Zahira. Laju dia melangkah tetapi, bila sampai di depan wad dan pintu masih tertutup, dia nampak Fahrin sedang bersembang dengan Zahira. Dan Zahira pula berdiri di depan Fahrin.

Apa yang aku nampak ni? Zahira boleh berdiri? soal hati Shahril Hafsham. Tapi, dia tidak terus masuk ke dalam wad sebaliknya, masih jadi pendengar dan pemerhati.

“Sampai bila kau akan terus berlakon, Ira?” soal Fahrin.

“Sampai Ariel jadi milik aku.” Zahira tersenyum.

“Tidak betul apa yang buat ni, Ira. Kau sudah pisahkan dua hati. Isha sudah resign.” Fahrin cuba menegur sikap Zahira. Dia cintakan Zahira. Kerana itu dia tidak pernah buka rahsia lakonan Zahira tapi, dia kasihan pada Amisha Farhana yang sudah banyak mencuba untuk bangunkan Purnama Holdings.

“Peduli apa aku?? Aku hanya mahukan Ariel,“ tegas Zahira dan dia melangkah setapak ke arah Fahrin.

Shahril Hafsham menolak pintu bilik dengan kuat. Zahira dan Fahrin terkejut melihat kehadiran Shahril Hafsham yang penuh amarah.

“Fahrin... aku kawan kau. Aku tidak sangka kau sanggup ikut telunjuk perempuan ini!” marah Shahril Hafsham.

“Maafkan aku, Ariel.” Fahrin tunduk.

Zahira meluru ke arah Shahril Hafsham dan cuba memaut lengan lelaki dambaannya itu. “Ariel... biar aku explain...”

Shahril Hafsham menolak Zahira sehingga jatuh. “Ahh, sudah. Pergi mampus dengan alasan kau. Kerana kau, aku kehilangan insan yang aku cintai. Insan yang sudah banyak cuba buka mata hati aku.”

“Ariel, dengar dulu...”

“Tidak! Aku takkan terjebak dengan hidup kau lagi selepas ini. Tidak sama sekali!!” Shahril Hafsham meninggalkan wad itu dengan kekesalan hatinya.

“Arieell...!!!!” Zahira melaungkan nama Shahril Hafsham seperti orang terkena histeria.

#Bersambung

Pencuri HatiWhere stories live. Discover now