Part 9

119 8 0
                                    

#PencuriHati
#Part9

Tajuk : Pencuri Hati
Writer : Iza Iman
Part : Part 9
Cover by : Imelda Peter

INI bukan kali pertama dia tidak datang ke office. Bukan dia sengaja untuk tidak masuk office tetapi, sikap Shahril Hafsham terhadapnya benar² menyakitkan hati. Kesabarannya sangat teruji dengan sikap lelaki itu.

Kali ini Amisha Farhana telah membulatkan tekad. Dia memilih untuk meletak jawatan. Dia tidak akan dengar leteran lelaki itu lagi. Dia sedar, memang sukar untuk mencari pekerjaan di zaman globalisasi seperti sekarang ini tetapi, sudah tertahan rasanya berdepan dengan sikap Shahril Hafsham yang benar² memeningkan kepala itu.

"Isha..." panggil Fahrin. Dia duduk di depan Amisha Farhana.

"Sudah tiga hari kau tidak datang kerja. Kau gaduh dengan Ariel lagi?" soal Fahrin.

Amisha Farhana mengangguk. "Ya, Fahrin. Aku sudah tidak tahan dengan sikap dia. Dia tu betul² pentingkan diri. Dia ingat aku ni apa? Patung??"

Fahrin tersentak. Dia tidak sangka kesabaran gadis ini benar² teruji.

"Aku sudah ambil keputusan untuk letak jawatan, Fahrin. Kau tolong serahkan surat perletakan jawatan aku ni pada dia."

Fahrin amat terkejut dengan jawapan Amisha Farhana. Kalau bergaduh besar pun, takkanlah sampai mahu letak jawatan? Apa sebenarnya yang sudah jadi ni? Fahrin tertanya sendiri.

"Kau serius?" soal Fahrin. Amisha Farhana mengangguk.

"Kau tidak menyesal?" Fahrin bertanya lagi.

"Menyesal atau tidak, itu bukan soalnya, Fahrin. Kau serahkan saja surat perletakan jawatan aku ni." Amisha Farhana menyerahkan surat perletakan jawatannya pada Fahrin.

Fahrin hanya memandang Amisha Farhana yang sudah jauh meninggalkannya. Dia memandang surat perletakkan jawatan di tangannya.

Keesokannya, Amisha Farhana duduk di ruang tamu. Nescafe panas yang berada di atas meja dibiarkan tanpa disentuh. Cawan itu tidak bergerak sedikit pun. Fikirannya masih terganggu.

Suziela hanya memerhatikan temannya dari jauh. Amisha Farhana banyak termenung sejak satu dua menjak ini. Dia lebih suka berkurung di dalam bilik. Suziela menghampiri Amisha Farhana dan duduk di depannya.

"Apa masalah kali ni?" soal Suziela.

Amisha Farhana mengeluh. "Besar masalah kali ni, Suzie."

Entah apalah masalah yang Amisha Farhana maksudkan. Masalah itu perlu dirungkaikan agar ianya dapat diselesaikan.

"Cuba ceritakan pada aku. Mana tahu aku boleh tolong?" Suziela cuba untuk melembutkan hati temannya.

"Kau x dapat tolong aku, Suzie. Aku sudah kalah..." keluh Amisha Farhana.

"Kalah?" soal Suziela sepatah.

Amisha Farhana cuba mencari jalan untuk memberitahu Suziela tentang masalahnya kali ini. Bukan dia sengaja mahu membebani Suziela dengan masalahnya tetapi, hanya Suziela yang memahami segala gejolak perasaannya.

"Sebenarnya aku sudah letak jawatan, Suzie," kata Amisha Farhana.

"Apa? Maksud kau...." Berkerut dahi Suziela.

"Aku sudah tidak kerja di Purnama Holdings tu lagi."

"Kenapa boleh jadi macam tu?" soal Suziela.

Amisha Farhana mengeluh. "Aku x tahu apa yang Ariel tu inginkan? Kami gaduh lagi, Suzie. Kali ni, dia tengking² aku. Padahal, aku hanya kemas bilik dia aku tidak sengaja ubah kedudukan bilik dia. Hanya kerana itu dia marah² aku. Apa dia fikir aku ni budak kecil yang masih x faham apa²??"

Pencuri HatiWhere stories live. Discover now