Well...

Ermina sedang berada di bilik sebelah, mengajar Ejen Zakwan menggunakan sniper rifle.

"Awak kena perhatikan gerak geri mangsa awak dengan menggunakan skop di atas badan sniper rifle ni," ujar Ermina sambil menunjukkan skop di bahagian atas sniper rifle AWM itu.

Zakwan mengangguk faham. Mukanya serius mendengar setiap penjelasan daripada Ermina.

"Tarik nafas dalam-dalam. Kemudian, awak hembus nafas serentak dengan saat awak tarik pi..."

Bang!

Belum sempat Ermina menghabiskan kata-katanya, Zakwan sudah menarik picu terlebih dahulu. Satu das tembakan dilepaskan dan peluru itu laju terbang ke arah dinding, tidak mengenai titik merah pada kadbod sasaran.

"Ejen Zakwan, kenapa tak bagi saya habis cakap dulu? Rosaklah dinding kalau awak buat perangai macam ni!" tengking Ermina geram.

"He... he..." Zakwan berundur setapak ke belakang daripada sniper rifle AWM itu.

"Maafkan saya Sarjan Ermina." Zakwan membongkok tubuhnya 45 darjah untuk meminta maaf.

"Awak tengok macam mana saya buat dan belajar," tegas Ermina. Matanya diselaraskan dengan kanta skop dan jarinya sudah bersedia untuk menarik picu.

Bang!

Dengan menggunakan teknik pernafasan semasa menembak yang diajar oleh ayahnya, tembakan yang dilepaskan tepat ke arah titik merah pada kadbod sasaran.

Ermina memalingkan wajahnya ke arah Zakwan yang mulutnya ternganga luas. "He... he... hebatnya." Zakwan kelihatan begitu kagum dengan kebolehan wanita dihadapannya itu.

"Kalau Ejen Zakwan dengar cakap saya tadi, mungkin saya pun boleh puji Ejen Zakwan hebat juga." Ermina memberi isyarat mata kepada Zakwan untuk cuba menembak menggunakan sniper rifle AWM sekali lagi.

"Kalau awak terlepas sasaran lagi selepas ni, jangan pelik kenapa peluru rifle tu tembus di kepala awak."

Zakwan meneguk air mendengar ugutan Ermina itu. Tangannya terketar-ketar memegang alat yang begitu panjang muncungnya.

"Sarjan Ermina," laung satu suara daripada belakang mereka. Dengan pantas, mereka berdua menoleh ke arah suara yang memanggil nama Ermina.

"Ya saya Leftenan Adira. Ada apa?" soal Ermina kepada ketuanya yang sedang bersandar pada dinding. Adira begitu ralit memerhatikan mereka berdua.

"Koperal Hans dan Koperal Armel sudah balik daripada misi mengintip mereka. Katanya, ada hal mustahak yang ingin mereka bincangkan," jawab Adira.

"Tapi, hari ini hari pertama saya ajar Ejen Zakwan. Ada banyak lagi yang masih..."

Tidak sempat Ermina menghabiskan ayat, Adira segera mencelah, "Lain hari boleh ajar dia. Lagipun dia baru 24 jam berada dalam bangunan ni. Kalau nak suruh mereka bertempur kejap lagi pun, ilmu pertahanan mereka masih senipis kulit bawang," sindir Adira pedas.

Zakwan tertunduk malu memandang lantai. Hatinya sentap mendengar sindiran Adira.

"Sejak bila Leftenan bermulut lazer orangnya?" Ermina yang perasan wajah Zakwan berubah sugul terus bercekak pinggang kerana tidak puas hati ke arah Adira.

Ermina paling pantang kalau ada orang mengutuk anak muridnya.

"Entah, mood saya tak berapa nak baik sebab ada tiga orang baru semalam masam muka dengan saya masa buat lawatan. Sudahlah soalan saya dipulaukan semalam." Adira mengadu kepada Ermina.

Ermina memandang Zakwan yang semakin lama kepalanya semakin tertunduk ke bawah.

"Saya tak tahu apa yang terjadi antara kamu berempat semalam dan saya malas mahu ambil kisah. Kalau begitu, Ejen Zakwan... nampaknya latihan kamu pada hari ini sudah tamat. Pergilah berehat," ujar Ermina kepada Zakwan sebelum berjalan mengikuti Adira dari belakang.

Zakwan hanya mengangguk perlahan.

⚔️⚔️⚔️

"ABANG, kita sudah tak banyak masa. Malik dan Farhan akan tiba sekejap lagi. Mereka bukannya datang berdua tapi berpuluh-puluh. Entah macam mana mereka dapat tentera sebegitu banyak. Dari mana mereka kutip manusia-manusia tu saya pun tak tahu," ujar Armel lalu meraup wajahnya yang tegang.

"Nampaknya, kita bersembilan kena lawan mereka." Arash mengurut perlahan dagunya. Otaknya sedang ligat berfikir mencari idea.

"Tapi Kapten, bukan ke budak bertiga tu masih baru lagi? Mereka belum bersedia. Kita pun tak ada senjata yang cukup. Hanya pistol AK-47 dan sniper rifle AWM sahaja yang ada dan cukup untuk 3 orang sahaja." Hans yang sejak tadi berdiam diri kini bersuara.

Arash mengeluh berat. Kepalanya tiba-tiba terasa pening yang teramat sangat. Punggung terus dilabuhkan di atas kerusi. Tekanan sudah menguasai dirinya.

Armel, adik kandung Arash yang muda empat tahun itu, mengurut perlahan bahu Arash untuk cuba menenangkan dia.

Melihat reaksi Arash yang begitu tertekan, Adira menjadi sebak. Otaknya laju bekerja mencari idea.

Dan akhirnya, Adira mengemukakan satu idea bernas.

"Saya, Sarjan Ermina dan Sarjan Haura, akan naik Terajet untuk pergi ke pangkalan utama JUSTICE."

"Tapi, bukan ke pangkalan tu sudah hancur berkecai akibat serangan beberapa bulan yang lalu?" soal Haura kurang faham dengan maksud Adira.

"Ya betul tapi, saya yakin stor senjata bawah tanah pangkalan masih mempunyai senjata kerana kedudukannya yang tersorok. Itu sahaja harapan yang kita ada sekarang," tegas Adira.

Hans mahu berkata sesuatu tetapi, niatnya terbantut apabila melihat Arash seperti suka akan idea itu.

"Kalau begitu..." Arash menarik nafas dalam sebelum menyambung, "Leftenan Adira, Sarjan Haura dan Sarjan Ermina. Saya benarkan kamu semua untuk pergi ke sana."

JUSTICE : Projek 046 Where stories live. Discover now