Dorayaki Oreo

49 4 0
                                    

Ehemm ! Kalau dulu dulu setiap hari jumaat sabtu ahad tepat pukul 7 mesti kita tercongok depan tv kan ? Sebab apa ? Sebab nak tengok gelagat doraemon dengan Nobita.

Tapi sekarang ni pukul 7 ke pukul 1 ke CJWOW SHOP je memanjang naik juling mata teman nengok nya. Dahlah spongebob pun dia keluarkan. Dasar manusia tidak kenang jasa kartun.

Kartun pun bawa kebaikan tau. Eh eh termelalu banyak pula. Kali ni kita akan buat dorayaki oreo. Bahan dia senang amat ~~~

Jom kita buat.

Bahan-bahan.

1. Oreo (original)
2. Telur
3. Esen vanilla
4. Susu segar (beli susu dutch lady je )
5. Whipped cream taknak pun takpe sebab ni nak buat topping dia nanti.

So jom kita buat

Cara-cara :

1. Asingkan biskut oreo dengan gula dia. Gula dia jangan buang pula. Kita simpan okay.

2. Lepas dah asingkan, kita tumbuk biskut oreo tu kalau malas nak tumbuk blender je. Tapi pastikan blender kering okay ?

3. Lepastu, pukul 1 biji telur ayam sampai berbuih and letakkan sedikit esen vanilla. Lepas telur ayam dah berbuih taruk biskut oreo yang kita dah hancurkan tadi ke dalam adunan dan pukul sampai sebati.

4. Dah sebati, rehatkan adunan selama 20 minit. Sementara ni boleh lah pergi cuci pinggan semua tu.

5. After 20 minutes, panaskan pan tanpa minyak dengan api yang sangat kecil. Sebelum masukkan acuan dalam pan, kacau dulu adunan tu sekali lagi.

6. Dah masukkan acuan dalam pan, tunggu sampai permukaan atas acuan tadi tu jadi berlubang. Pastikan satu permukaan tu berlubang tau.

7. Lepastu balikkan dorayaki kita dan masak permukaan sebelah lagi untuk 1-2 minit.

8. Untuk topping pula, gampang aja. Kalau taknak guna whipped cream kita guna cara kita sendiri which is hancurkan gula yang kita asingkan tadi dengan cara double-boiled kalau nak lagi sedap campurkan sekali coklat. Confirm sedap.

9. Selepas dah siap buat topping, sapukan topping dekat permukaan dorayaki tadi dan kapit dua. Lepastu kepit bahagian tepi dorayaki kita tadi guna jari jemari halus kita.

10. Dah siap boleh makan.

Maaf entry kalini panjang sangsat. Biasalah tu. Okay selamat mencuba !

La cocina de Elyaney ( Dapur Elyaney )जहाँ कहानियाँ रहती हैं। अभी खोजें