Bubur Nasi versi 2021

9 2 0
                                    

Bila mood swing, kita akan cari makanan yang mudah dihadam, jadi harini saya buat bubur nasi yang paling simple takde apa apa tapi still boleh habis makan.

Okay tambah panjang panjang, kita terus sahajalah kepada resepi.

Bahan-bahan :-

1) Beras yang telah dicuci
2) Air
3) Ikan bilis
4) Bawang merah
5) Kiub pati ayam
6) Serbuk perasa
7) Bawang putih
8) Halia

Cara-cara :-

1) Cuci beras sebersihnya dan apabila bersih isikan air sebanyak yang mungkin.

Kalau mengikut entry lama, satu cup beras 3 cup air.

Kemudian letakkan diatas dapur, tapi jangan buka api dulu ya.

2) Kemudian cincang bawang putih kalau taknak cincang boleh je ketuk dan jugak hiris halus halia dan masukkan kedalam periuk yang berisi beras tadi. Masa ni api dibuka yang paling perlahan dan ditutup periuk itu okay. 

3) Bila dah menggelegak, korang bolehlah letakkan kiub pati ayam dan bahan perasa. 

4) Kalau air dah sedikit mengering, boleh tambahkan sedikit lagi air dan tutup separa periuk sahaja untuk bagi udara masuk sebab taknak bagi air beras terkeluar. 

5) Dah nampak beras seperti kembang air dah kering bolehlah tutup api.

6) Ikan bilis di goreng ranggup dan juga bawang merah.  Bila dah ranggup terus angkat sebab taknak bagi bawang merah hangus.

7) Boleh hidangkan bubur nasi dengan lauk sampingan tadi dan juga sambal kicap.

Nak resepi sambal kicap tak?  Kalau nak komenlah, sebab saya tak berapa nak rajin.  😂

La cocina de Elyaney ( Dapur Elyaney )Where stories live. Discover now