JiJun

507 34 14
                                    

Warning ⚠️
Ada sedikit unsur 18+
So yeah







Xiao Dejun merupakan anak business man yang terkaya di china. Orang tuanya mempunyai enam syarikat di China.

Xiaojun tidak reti mencari duit, dia hanya reti membazir duit dengan pergi ke casino.

Hari ini merupakan hari jadi Xioajun, dia ingin bergembira di casino. Jadi dia mengajak Hendery dan Lucas pergi ke casino.

Mereka sangat bergembira pada malam itu, Xiaojun menghabiskan duitnya untuk main casino dan dia menang.

"Hari ini ialah hari bertuah aku. "Ujar Xiaojun sambil meminum segelas champagne. Hendery dan Lucas hanya tercegat disebelahnya.

Mereka bertiga dikelilingi gadis gadis cantik dan seksi.

"Mahu main lagi? "Tanya gadis yang menjaga casino. Xiaojun tersenyum dan mengeluarkan duit lagi untuk main casino.

"Malam ini aku belanja korang minum, korang order sahaja ya. Aku bayar. "Ujar Xiaojun, mereka yang berada di sana bersorak gembira kecuali Hendery dan Lucas.

Hendery dan Lucas berasa susah hati dengan Xiaojun. Xiaojun kalau dah mabuk memang tak sedar diri.

Jadi Hendery pun mencegahnya. "Jun, dahlah tu. Mari balik, kau dah menang banyak ni. "Ujar Hendery, Xiaojun mengerut dahi.

"Apa pula, aku masih nak bergembira. Hari ni kan birthday aku. "Ujar Xiaojun, tangannya memegang segelas champagne. Hendery menggeleng kepala.

"Jomlah balik, esok lusa kau boleh main casino lagi. Nanti parents kau risau dengan kau. "Ujar Lucas pula, Xiaojun mendengus perlahan. Dia menatap Lucas dan Hendery secara bersilih.

"Kalau korang nak balik, balik je la. Tak payah ajak aku. Aku masih nak main. "Ujar Xiaojun, dia kembali main casino bersama yang lain.

Lucas baru sahaja hendak menegur Xiaojun tetapi Hendery mencegahnya. "Biarkan dia, nanti tahu la dia nak balik bila. Dia dah besar tu. "Ujar Hendery, Lucas mengangguk kepala.

Mereka berdua pun keluar dari casino, meninggalkan Xiaojun yang sedang rancak main casino. Xiaojun tidak mengendahkan mereka malah meneruskan permainan dia.

Dia telah menang berkali kali dan itu membuatkan dia bosan. Dia sudah mabuk sekarang, dia bangkit sebab nak balik.

Dalam perjalanan di menuju pintu keluar, dia terlanggar bahu seseorang membuatkan dia terduduk atas karpet.

"Woi mana mata kau hah? "Xiaojun memposisikan dirinya berdiri menghadap orang yang dilanggarnya.

"Sepatutnya aku yang tanya kau, mana mata kau. "Ujar lelaki itu. Xiaojun yang separuh mabuk ketawa sinis memandang lelaki itu.

"Kau tahu aku siapa? "Lelaki itu tidak menjawab. Dia membiarkan Xiaojun sahaja. Baru sahaja dia hendak melangkah pergi, Xiaojun memegang lengannya.

"Jangan kau pergi, kau belum tahu aku siapa. Hiccup! "Lelaki itu memutar bola mata. "Kau hanyalah lelaki yang mabuk dan tidak reti berjalan. "Ujar lelaki itu dan itu membuatkan Xiaojun bengang.

"AKU XIAO DEJUN, ANAK PENGURUS SYARIKAT JAM TANGAN YANG TERKAYA DI CHINA, Mr. XIAO. "ujar Xioajun, lelaki itu hanya mengangkat alisnya.

"Tak kisahlah. "

"Mana kau nak lari. "Xiaojun menghalang laluan lelaki itu. Lelaki itu memutar bola matanya. "Kau nak apa? "

"Aku nak kau main casino dengan aku. "Ujar Xiaojun. Lelaki itu mendengus perlahan. "Kau dah menang banyak, tak payahlah. "Ujar lelaki itu tetapi Xiaojun nekad. Dia nak main casino dengan lelaki itu. Akhirnya lelaki itu pun setuju.

Your Favourite NCT Ships ✅ Where stories live. Discover now