PROLOG

96 10 0
                                    


"aku terima nikahnya anis farhana binti Malik dengan mas kahwinnya sebanyak tiga ratus ringgit tunai"

semua meraup muka selepas tok kadi habis membaca doa
Dan aku dah sah menjadi isteri kepada lelaki yang sikit pun aku tak kenal

"tahniah hana, kau dah jadi isteri orang nanti kita susahlah nak jumpa"Mira tersenyum sambil memelukku

Aku hanya tersenyum hambar Dan membalas semula pelukannya, kalau bukan sebab ibu dengan abah dah lama aku tak ikut,lagi-lagi dengan lelaki yang aku tak kenal

"hana kamu dah sah jadi isteri orang jangan lupa tanggungjawab kamu sebagai seorang isteri, jaga hati suami kamu "terang ibuku walaupun ibu selalu pesan dekat aku

"iya ibu,hana tahu ibu janganlah risau"kataku perlahan

Selesai sesi menyarung cincin dan mengambil gambar, haris Yang baru sah menjadi  suami aku terus pergi melangkah menaiki tangga tanpa menghiraukan kami

"ris kalau iya pun tak suka hana hormatlah mak dan ayah mertua kamu"kata mak mertuaku datin alya dengan nada yang perlahan,takut sekiranya  tetamu mendengar

Dari apa yang aku tahu ibu,abah, mak dengan ayah mertua aku, mereka kahwinkan aku sebab bisnes dan aku rasa haris pun tak setuju dengan perkhawinan ni

"ris tak kisah, kan ris dah cakap ris tak suka dia"

"apa kamu cakap ni,hanakan isteri kamu" riak muka mak  mertua ku kelihatan kecewa dengan kata-kata Haris

"tak apa mama, hana tak kecil hati pun "Aku Cuba untuk mengawal  emosi ku walaupun dalam hati nak saja aku tendang haris ni ke luar rumah

"ish kamu ni hana baik sangat" mama menggeleng kepala dan berlalu pergi dari situ begitu juga dengan Haris, aku mengikuti dia kebilik

"dah kau kenapa ikut aku"katanya dengan muka yang tegas selepas melihat Aku melulu masuk

"saya nak tukar bajulah "lalu aku mencapai tuala berserta bajuku dan menuju ke bilik air.Selesai aku mandi aku melihat haris sudah tertidur  diatas sofa,aku sedikit teragak-agak hendak mengejutkannya

"awak tak nak mandi ke?kenapa tidur atas sofa"dengan perlahan Aku bersuara

"aku malaslah, dah jangan kacau aku"Aku yang duduk ditepinya ditolak kasar

"tapi-"

"Diamlah,kau tak faham bahasa ke apa!!"Aku terkedu,sepanjang hidup aku,tak pernah Aku ditengking oleh sesiapa termasuk ibu dan abah .air mata aku menitis tanpa Aku sedari. sampai hati kau haris....



Abaikan typo

Cinta Tanpa RelaWhere stories live. Discover now