🅱️🅰️🅱️1️⃣2️⃣

20 0 0
                                    

Usai menyediakan sarapan Hani memanjat tangga untuk ke bilik Mika . Semalam Mika berpesan untuk dia sambung tugas seperti biasa sebab Joanne sudah balik .Hani hanya akur .

"Selamat pagi tuan." sapa Hani sambil membuka langsir . Mika sedang membutangkan kemejanya dihadapan cermin .

"Hani,nah." Mika menghukurkan tali lehernya . Hani sambut lalu berdiri betul betul dihadapan Mika .

Memandangkan Hani pendek jadi dia berjengket sedikit untuk mengikat tali leher itu .

"Aku minta maaf pasal kejadian di dapur tempoh hari ." Mika bernada serba salah .

"Its okay . Saya dah lupakan dah pun saya anggap Tuan masih mamai ." Hani tersenyum nipis lalu mengemaskan tali leher . Bidang dada yang ditutupi kemeja itu disapu oleh Hani.

"Okay,tuan dah hensem sekarang masa untuk sarapan dan pergi kerja ."   Hani memusingkan badan untuk bergerak namun lengannya dipegang oleh Mika .

"Kau cakap aku apa tadi?" Soal Mika cuba mengusik .

"Er em eh jap saya ajak tuan makan je dah jom tuan ." Hani menindih tangan Mika lalu menariknya mengikuti langkah Hani .

"Eh ? Ouh dah pandai tarik aku eh?" Mika mengusik Hani yang seperti malu malu kucing .

"Saya puji bagi semangat je tuan jangan salah faham . Saya cakap tuan hensem je ." Hani jalan menuruni tangga . Tangannya diangkat dan tangan Mika ditarik untuk melepaskan lengannya .

"Kenapa? Tak sudi jalan dengan bos kau dah? tadi syok sangat ." Mika memerli . Hani hanya berdehem dan memuncungkan bibir menunjukkan arah ruang makan yang mempunyai penonton melihat aksi mereka tadi .

Hani turun dengan pantas meninggalkan Mika . Dia segera memasuki ruang makan dan menyedok nasi lemak ke dalam pinggan .

"Mesra nampak?" Yid menyoal sinis ke arah Mika

"Tuan nak makan lauk yang mana? Kerang ke ayam?" soal Hani agar dapat selamatkan Mika dari soalan itu .

"Kerang please . Mesra? Apa yang mesra?" Soal Mika pelik sengaja mahu menafikan .

"Nah tuan . Selamat menjamu selera ." Hani menuangkan kopi o panas ke dalam cawan sebelah Mika .

"Thanks Hani ." Buat pertama kalinya Mika mengucapkan Terima kasih kepada Hani . Hani hanya mengangguk .

"Aku belum buta !" keras nada Yid tapi masih perlahan elak didengari oleh Hani .

"Oi makan tak ajak!" laung Fen dari tangga .

"Dasar pig,makan sendiri sendiri!" marah Jimmy sambil menjinjing beg kerjanya lalu dicampakkan diatas sofa .

"Jom makan?" ajak Hani lembut .

"Sambal kerang nih mengingatkan aku pada sesuatu . em." Mika bersuara didalam hati . Rasa sambal kerang nih tak asing untuk dia .

-------------------------

"Macam mana kerja kau Hanif?" soal Fen selaku HR . Hanif kelihatannya datang untuk mengambil barang dan surat untuk dihantar .

"Boleh tahan best tuan . Sambil jalan sambil kerja . " jujur Hanif . Tangannya ligat mengikat surat surat agat tak tercicir .

"Ayah kau sihat? Duit belanja kau cukup?" Soal Fen . Didalam borang kerja Hanif tertulis bahawa ayahnya OKU jadi sebab itu Fen prihatin.

"Alhamdulillah sihat . Cukup insyaallah sebab semalam kakak saya ada lah hulur sikit ." Hanif berkata jujur dan kini dia sedang memasukkan ke semua surat dalam beg biru Ikea yang besar itu .

BAHAGIA DALAM RAHSIAWhere stories live. Discover now