🅱️🅰️🅱️6️⃣

24 0 0
                                    

"Nih rumah yang awak kena jaga . Masuk and tengok apa awak perlu beli ,senaraikan dan saya akan bawa pergi ke pasaraya . " Farid mendepakan tangan tanda persilakan Hani untuk masuk .

"Cantik. Mewah ." dua perkataan itu tanpa sengaja terluncur keluar oleh Hani .

Farid hanya menggelengkan kepala . Sejujurnya dulu pun dia pernah menjadi seperti Hani yang kagum dengan isi rumah ini .Farid menepuk bahu Hani untuk menyedarkan .

"Eh maafkan saya tuan . Saya jakun sikit . Kejap eh saya letak beg tapi tuan dimana bilik saya?" Soal Hani yang kalut dek terkejut dengan tepukan Farid .

"Pertama,jangan panggil saya tuan sebab hanya Tuan Mika saja awak boleh panggil macam tuh . Kedua,naik tangga tuh dan disebelah bilik yang bertulis 'Big boss' itu adalah bilik awak ." Farid memberi penerangan lalu melabuhkan punggung disofa panjang itu . Apabila Hani mengangguk tanda faham .

Hani yang baru selesai senaraikan keperluan yang hendak dibeli menapak ke arah sofa . Dia menghampiri sofa lalu kelihatan Farid yang tertidur sambil duduk . Rasa kasihan hendak dikejut tapi nanti barang masak pula tak ada .

"Encik Farid." panggil Hani yang masih berdiri dihadapan Farid yang tertidur itu .

"Encik Farid,bangunlah ." panggil Hani lagi apabila tiada tanda tanda Farid mahu bergerak .

"Aduh macam mana lagi aku nak kejut dia eh?" Hani mundar mandir dihadapan Farid yang masih tertidur . Hani duduk disebelah Farid .

"Encik ouh encik . Bangunlah ." Hani menggunakan hujung pen untuk mencucuk dada Farid . Farid bergerak sedikit tapi matanya tak terbuka pun .

"Encik Farid!" suara Hani meninggi apabila dia terkejut dek kepala Farid yang tiba tiba terlentok dibahu kirinya .

"Ye . Ye . Ye saya . siapa tuh hah kenapa ?" kalut Farid apabila dia terkejut mendengar suara perempuan menjerit memanggil namanya .

"Encik kata nak bawa saya pergi pasaraya tapi encik tidur pula ." Hani memeluk tubuh apabila rasa menyusahkan betul kena kejutkan si Farid nih .

"Ouh ye ke? okay jom and one more ,jangan panggil 'encik' aku tak tua lagilah ! Panggil je farid." Tegas Farid memberi peringatan . Encik? Tua sangatkah aku?

"Umur Encik eh Farid berapa?" Soal Hani sambil membuntuti Farid ke lif .

"28 tahun ." jawab Farid malas .

"Kalau macam tuh saya panggil abang je la ye?" pinta Hani dengan hormat .

"Suka hati kau lah Hani ." mereka berdua masuk ke dalam perut lif .

------------------------

"Kau turun dulu . Aku cari parking jap ." Farid memberhentikan kereta didepan pintu utama pasaraya Tesco itu .

"Abang Farid,saya tak tahu jalan dekat sini nanti saya hilang siapa nak bagitahu ayah saya?" Hani meliarkan pandangan ke kiri dan kanan .

"Kau nih macam budak kecik lah! Jomlah aku bawa kau pergi parking sekali ." Marah Farid tapi tidaklah semarah mana pun cuma yela mengada sangat .

"Abang,biar Hani tolakkan ye?" Farid yang baru mencapai troli segera ditahan oleh Hani dengan lembut .

"Kenapa perangai kau comel sangat eh?" Farid berkira kira didalam hati . Namun troli itu tetap dia serahkan kepada Hani .

Farid berjalan dibelakang Hani . Kesempatan itu dia ambil untuk melihat tubuh badan Hani . Tinggi dan bentuk badannya kecil molek seakan Aida Jebat . Kulitnya juga cerah seperti mengamalkan Que Putih .

Pipinya sedikit kemerahan dan bibirnya yang kecil merah bak delima .  Bulu mata yang melentik dan kening yang on fleek tanpa perlu dilukis . Masalahnya,apasal aku terjemahkan kecantikan dia?

BAHAGIA DALAM RAHSIAWhere stories live. Discover now