🅱️🅰️🅱️2️⃣

31 0 0
                                    

Mika memandu laju Audi R8 nya ke arah penthousenya di Pavillion . Tengah bandar siapa saja yang mampu mengesyaki apa apa? Namun isi rumah itu bukan biasa . Ada beberapa bilik khas dan ruang khas yang digunakan sebagai ruangan kerja gelapnya .

Seusai parking kereta aku menapak ke arah lif . Dengan melayangkan kad akses aku menekan nombor lantai yang didiami . Pintu rumah aku tuju . Usai membuka pagar utama aku melangkah ke arah pintu kayu yang besar .

Aku membuka mangga dengan kotak besi berdekatan pintu itu . Maka terpamparlah satu skrin dan kamera kecik . Kamera itu fungsinya untuk scan retina bagi membolehkan pintu terbuka .

Senang cerita hanya mata yang berdaftar saja akan membuka pintu rumah ini . Selain mata Mika,mata pembantu dan ahli kumpulannya saja . Ini kerana rumah ini bukan didiami olehnya sahaja  

"Bagi aku berita buruk dulu ." Aku melabuhkan punggung dekat kerusi kulit bewarna coklat hitam dan dibahagian rehat tangan ada beberapa batu permata tertanam . Jadi kerusi ini hanya diduduki oleh dia .

"Dia terlepas ." Yid merapat dua tangan lalu tangannya ditarik ke dagu . Mata Mika beralih arah ke Fen .

"Bagitahu aku sesuatu yang lebih buruk ." Suara dingin keras itu membuatkan beberapa orang dimeja mesyuarat itu tak senang duduk .

"Dia bawa bersama barang Tuan . " Fen menyatukan kedua belah tapak tangannya yang terletak diatas meja itu .

"I said tell me what the really fucking worst just happen!!!" kedua tapak tangannya dihentak atas meja . Ahli dimeja itu hanya mampu dia dan menekur meja .

"Dia bawa lari satu kontena dengan lori tuh sekali ." Riz bersuara  lalu meneguk air didalam gelas berkaki tinggi itu .

"Holly Holly shit ." Mika mengusap usap lekuk tulang penumbuknya .

"Why ?tell me why everything happened unexpected? " Soalan dituju Mika hanya dapat renungan bersalah dari ahli dimeja bulat itu .Memek wajah Mika seakan sedih dengan apa yang berlaku .

"HAHAHA HEBAT DIA BOLEH BAWA BARANG AKU ." tiba tiba ketawa Mika meletus kuat seakan topik yang dibincangkan teramatlah kelakar . Tangan juga dilayang keudara sambil menepuk.

"Sementara itu aku masih duduk disini bincangkan hal bodoh nih dengan semua orang yang aku sangka kuat ,cerdik tapi BODOH,LEMAH!" kini Mika berubah serius suaranya meninggi membuatkan mereka menekur meja sekali lagi .

Emosinya yang boleh diubah dan dibuat buat itu tak ubah membuatkan dirinya seakan lelaki psiko . Wajahnya tegang mengusap lekuk tulang penumbuknya . Cincin dijari manisnya diputarkan keliling jari itu .

Mika meneguk air berwarna coklat cair jernih yang diisi didalam gelas berkaki tinggi itu . Seusai gelas yang isipadunya hanya untuk dua kali teguk itu kosong . Pelayan berbaju hitam datang mengisi semula .

Kotak rokok didalam beg gucci nya dicapai lalu menarik sebatang dan diletakkan ditepi bibir .Pemetik api Dior nya dipetik ,api disuluhkan ke hujung rokoknya . Dia menyedut lalu mendonggak dan asap dilepaskan .

"Berita baik ." batang rokoknya diselitkan dicelah jari . Suaranya datar tapi masih serious.

"Aku dapat detect location dia dan kontena ." Jimmy bersuara bangga . Ini kerana ini adalah bidangnya . Jimmy adalah mata kumpulan ini . Dia hanya duduk dirumah dan pejabat saja . Kerjanya hanya menghadap komputer .

"Good . Paling tidak ada yang bijak . Berita lebih baik?" Mika bermain bawah dagunya .

"Dia tak tahu yang dalam lori itu ada alat rakam suara Tuan jadi secara langsung kami dapat mendengar perancangannya ." Jimmy bersuara lagi .

"Kalau dia tahu?" duga Riz sambil berpeluk tubuh .

"Makanya itu adalah trap ." Fen menjawab apabila keadaan sunyi dua saat .

"Jimmy ,track 200 meter sekeliling koordinat tuh dan printkan . Riz tengok printed plan itu nanti dan semak dimana boleh kita letakkan 'buah catur' kita .Fen uruskan senjata yang sesuai dari 200 meter hingga dikepala dia .Yid aturkan berapa 'buah catur' turun padang dan dapatkan aku maklumat tentang 'dunia' dia yang kita tak sempat teroka . " Rokok yang masih berbaki separuh dimatikan didalam ashtray berdekatan .

"Put full entire focus ! Make sure this time your stupid-ness didnt bring me any problem . Who ever handling this job with fool i will make sure they die ." Air setan itu diteguk sekali .

"Noted Sir !" serentak 4 orang kuatnya menjawab .

"Got to go." Mika bangun mengemas beg Gucci nya . Pelayan tadi menghampiri Mika sambil membawa kot hitamnya . Mika mendepakan tangan bagi memudahkan kerja pelayannya .

Apabila tubuh badan Mika tak kelihatan mereka mula berehat disofa sambil melayan channel HBO . Masing masing mencapai kotak rokok dan mula membincangkan rancangan .

BAHAGIA DALAM RAHSIAWhere stories live. Discover now