BAB 7

32 0 0
                                    

LAURA menguap, menggeliat membetulkan urat badan. Dia memandang jam di dinding, menghampiri pukul 3.00 petang. Dia melihat pula ke arah Ganesh yang ralit dengan telefon pintar, tidak menyedari Laura sudah berdiri di tepinya. Ganesh sedikit tersentak apabila Laura menggawang-gawang tangan di depan matanya, terus bangkit daripada duduk.

Laura tergelak kecil. Wajah Ganesh sedikit kemerahan kemudian dia tenang semula.

"Cik Laura dah bangun?"

"No, I'm still dreaming." Laura ketawa lagi. "Ganesh..." Lengan kiri diletak di atas bahu kanan Ganesh. "Kalau I belum bangun, siapa yang berdiri di depan you sekarang?"

Ganesh hanya diam dan tunduk.

Laura merenung riak wajah Ganesh. "You tak suka tengok keadaan I macam ni? Bukan jenis Cik Laura yang dihormati dalam pejabat? Ha?"

Ganesh hanya diam. Pakaian seksi yang dikenakan oleh Laura sudah tidak memberi apa-apa kesan kepadanya. Dia sudah terlalu biasa dengan sikap Laura yang indah di luar tapi rosak di dalam.

"Jawab, Ganesh. I tanya you."

"Saya tak ada komen."

Laura berdiri lebih rapat. Lelaki berusia lingkungan lewat 20-an itu sudah tiga tahun berkhidmat sebagai pemandu dan pengawal peribadinya. Setiap inci keindahan dan kejelikan hidupnya sudah diketahui oleh Ganesh.

"Cik Laura, please..." Ganesh menepis perlahan tangan kanan Laura yang merayap di bahu kirinya.

Laura tersenyum senget. "Kenapa? You tak suka?" Jarak dirapatkan ke arah Ganesh kurang sejengkal. "You tahu tak? Ramai lelaki teringin nak sentuh jari-jemari I yang cantik ni. Kebanyakan yang ajak I keluar atas alasan kerja, boleh dikatakan kesemuanya nak bawa I masuk bilik. Tapi you menolak. Kenapa? You tak ada nafsu terhadap perempuan?"

Ganesh berundur sedikit demi sedikit apabila Laura semakin merapatinya. "Tolonglah, Cik Laura." Dia berhenti berundur dan menghentikan langkah Laura. "Saya hormat Cik Laura sebagai perempuan. Tolong hormat juga diri Cik Laura sendiri."

"Sama ada you bodoh, atau you memang tak ada nafsu." Laura mendengus kecil dan berlalu duduk di sofa. Dia mencapai tablet phone dan membelek jadual hari ini.

Ganesh menghela nafas panjang kemudian mengeluh kecil.

Sambil melihat skrin gadjet di tangan, Laura mengerling Ganesh yang kembali duduk di bar mini membelek telefon pintar di tangan. Dia tersenyum. Sifat Ganesh yang malu-malu agak melucukan. Ganesh pengawal peribadi dan pembantu yang paling lama bertahan dengan sikapnya.

Laura tersentak apabila terasa hembusan angin menyerbu hujung rambutnya yang mencecah ke bahu. Dia menoleh ke kiri, tidak ada apa-apa. Memandang sekitar pula. Dahi berkerut memikirkan sesuatu. Laura bangun daripada duduk dan langkah dibuka ke arah Ganesh. Dia diam bersandar pada bar mini. Terasa seperti angin sejuk menyentuh batang leher pula.

Ganesh tersentak apabila menyedari Laura tiba-tiba berada di tepinya. Terus dia bangun dan berdiri agak jauh daripada Laura. Namun perilaku Laura kelihatan aneh.

"Cik Laura okey?"

Laura diam, berkerut dahi memikirkan sesuatu.

"Cik Laura?"

Laura sedikit tersentak dan memandang Ganesh. "You cakap dengan I?"

"Ada apa-apa yang tak kena ke?"

Laura diam seketika kemudian sekadar menggeleng.

"Kalau Cik Laura tak sihat, saya bawa pergi klinik..."

"No." Laju Laura memotong. "I'm okay. Just..."

Ganesh turut memandang sekitar mereka. "Ada yang tak kena?"

Laura mengangkat tangan kanan sambil menggeleng. "I'm okay. Just... just stay here. Jangan pergi mana-mana. Okey?"

Ganesh teragak-agak mengangguk. Kali pertama Laura berkelakuan ganjil, menimbulkan persoalan dalam fikirannya.

LISA duduk melepaskan lelah di situ. Tangan kiri mengurut dan mengetuk betis sehingga ke pangkal paha kemudian mengetuk perlahan pada bahagian leher. Dia mengeluh lemah. Dalam situasi yang sangat sukar untuk mendapat kerja seperti sekarang, dia pula dibuang kerja.

Apalah nasib aku ni malang sangat? Takkanlah aku kena balik kampung? Nak mengalah macam tu aje ke?

"Lisa?"

Lisa pantas menoleh. Dia terus berdiri apabila melihat gerangan pemilik suara lelaki yang memanggil namanya.

"Abang Johan?"

Johan menghampiri Lisa. "Ingatkan abang dah silap orang tadi."

"Abang Johan buat apa kat sini? Tak kerja?"

"Hmm... kita senasib," kata Johan sambil melabuhkan diri di tembok batu berhampiran kaki lima yang diduduki Lisa tadi.

Lisa duduk semula. "Abang Johan pun kena buang kerja?"

Mereka saling berpandangan, kemudian serentak melepaskan keluhan.

"Apa nak jadi ekonomi sekarang ni? Semua syarikat merancang nak tutup. Alasannya, dah tak mampu nak tampung kos yang terlampau tinggi. Makin ramailah penganggur negara kita nampaknya."

Lisa mengangguk mengiakan. Sedangkan graduan lepasan ijazah dan diploma juga sangat sukar mendapat kerja, apatah lagi dia yang hanya lepasan STPM. Susunan sijil yang tebal itu langsung tak ada nilainya sekarang. Dia sudah tak ada angin mahu memikirkan ekonomi yang semakin menyempitkan kehidupan rakyat biasa sepertinya. Apa yang penting, dia mesti mendapat kerja secepat mungkin.

"Lisa buat apa kat sini?"

"Cari kerja. Sementara duit simpanan ada seciput lagi untuk bertahan selama 2 bulan, baiklah mula cari kerja sekarang. Kerja pembantu kedai yang baru apply tadi, suruh kita call dia orang tanya kalau selepas seminggu dia orang tak call bagi tahu dapat atau tak. Abang Johan bayangkan, kerja pembantu kedai pun dah demand nak ambil orang sekarang ni."

Johan tergelak dan menggeleng.

"Lisa... tak nak balik kampung ke? Kerja kat kampung?"

Lisa mengerut muka. "Tak boleh, bang. Malulah. Nanti orang kampung fikir bukan-bukan. Dia orang semua suka sangat bawa cerita."

"Maknanya Lisa nak terus struggle kat dalam bandar raya yang serba mencabar ni?"

"Apa boleh buat? Tengoklah nanti macam mana."

"Lisa... tinggal kat mana sekarang?"

"Dekat..." Kata-kata Lisa terhenti. "Err... rumah tu lagi. Selagi boleh survive, kita bertahan ajelah." Lisa tersengih. Dia hampir menyebut tentang rumah Tok Wan, serta Pak Cik Wahid dan Ivan.

"Oh... hmm, okeylah. Abang pun nak kena pergi tempat lain pula ni. Good luck seeking for the new job!"

"Alright!"

SEMBUNYIWhere stories live. Discover now