9

3.6K 609 48
                                    

On/Off

On/Off

Oops! This image does not follow our content guidelines. To continue publishing, please remove it or upload a different image.

A/N:

Terima kasih kerana sudi singgah membaca ff ini.❤

-----------

Tajam. Panahan mata lelaki bernama Jeon Jungkook itu. Suapan sudu berisi makanan ke dalam mulut terhenti serta-merta.

Kepalaku didongakkan semula memandang si dia di kerusi berhadapan.

"Aku rasa better kau batalkan niat bodoh tu. Tae yang minta kau ke mari kan?"soal Jungkook lalu sudut hujung bibirnya yang comot dikesat bersih.

Tindak balas pasif daripada diriku membuatkan rengusan nafas lelaki itu berbunyi kuat.

"Tak, aku sendiri tawarkan diri untuk sertai kau Jeon Jungkook. Kita hapuskan Tae bersama. Please, you trust me right?"aku menggunakan tiket sebagai sahabat baik untuk memujuk Jungkook dalam diam.

Jungkook pada awalnya enggan menuruti permintaanku. Lama-kelamaan huluran tanganku disambut olehnya.

"Jangan hancurkan kepercayaan aku, my bestfriend."gelaran itu ditekan dalam suara garaunya.

Pegangan tangannya dileraikan pantas lalu suapan makanan yang terhenti disambung semula.

Malas hendak melayan kedinginan Jeon Jungkook, aku melontarkan pandangan ke arah luar tingkap restoran tersebut.

Kepercayaan Jungkook sudah ku gapai. Taehyung hanya mahukan aku hancurkan lelaki itu menerusi rancangan licik ini.

Berjayakah aku untuk melaksanakan misi ini?

-------

"

Balik dulu dan rehatkan diri. Esok aku datang ambil kau. Tepat jam 8 pagi."ujar Jungkook mendatar sahaja.

Perjalanan pulang ke rumah yang memakan masa hampir satu jam terlalu menyesakkan dada masing-masing.

Sikap dan segala gerak-geri Jungkook ketara perbezaan daripada asal. Ji Yoon sendiri terasa hati akan perubahan mendadak lelaki itu.

Mungkin Taehyung punca lelaki ini berkelakuan serius sejak dari restoran.

"Kalau macam tu,aku masuk rumah dulu. Jumpa lagi esok hari, Jungkook."

Belum sempat Ji Yoon meloloskan diri dari perut kereta, pergelangan tanganku dicengkam kuat oleh sahabat baikku.

Melihat renungan mata redup Jungkook, wanita itu tahu Jungkook sedang menyampaikan satu mesej tersirat kepada dia.

"Jaga diri kau, Ji Yoon. Be safe. Jangan buatkan aku risau."

Kesunyian dalam kereta mewah itu memberi peluang baginya untuk melihat personaliti sebenar Jungkook.

Tubir mata lelaki itu kelihatan berair. Tiba-tiba cengkaman jemarinya dilonggarkan seraya wajahnya diraup kasar.

"Pergi sekarang. Aku dah nak gerak, Park Ji Yoon."

Usai pemergian Ji Yoon, Jungkook menghentakkan kepalanya di stereng kereta. Esakan kecil dari celah bibir bergema di segenap ruang kereta.

Dia takut kehilangan Ji Yoon. Dia relakan diri terjerumus ke dalam jerat yang dipasang Taehyung.

"Bodohnya aku. Cinta aku terhadap kau buat aku rela jadi korban di tangan kau sendiri."

Jungkook bungkam. Isi hatinya bagai ditoreh dalam kerana fikirannya hanya memberi satu jawapan jelas.

Ji Yoon sanggup jadikan dia korban demi Kim Taehyung seorang. Tinggal dia terkontang-kanting menunggu nyawa ditamatkan oleh manusia ciptaan mendiang Dr Beomgyu itu.

"Kau belum jumpa Taehyung yang sebenar, Ji Yoon. Not yet."

-tbc-

A/N:

Harap tak cringe baca bab ini.

Heheheheh.

Taetae muncul semula after this. ❤

[C] On/Off | Kim TaehyungWhere stories live. Discover now