7

3.8K 712 45
                                    


On/ Off

On/ Off

Oops! This image does not follow our content guidelines. To continue publishing, please remove it or upload a different image.

A/N:

Terima kasih kepada pembaca yang masih setia mengikuti karya ini walaupun updatenya lambat. :')❤

------------

Aku tersedar daripada lena yang panjang tatkala jemari seseorang mengelus lembut permukaan pipiku.

Pergerakan jemarinya terhenti apabila kelopak mataku tercelik luas. Automatik bunyi dengusan nafas kasar bergema di corong telingaku.

"Cik Ji Yoon, kesayangan milik taetae."katanya mendatar. Tubuh lelaki itu duduk di hujung penjuru katil.

"M-muka awak. Apa dah berlaku sebenarnya, Kim Taehyung? Answer me. "aku menegur lantang keadaan dirinya yang selekeh.

Abaikan kondisi kepala yang semakin berdenyut sakit akibat impak hentakan menggila lelaki itu. Aku mengerah kudrat yang tersisa agar tubuhku dapat mendekati figura tubuh taetae.

"A-aku keliru. Aku tak sanggup cederakan kau. Sebab itu aku pilih jalan penyelesaian yang lain."ujar Taehyung dengan suara mengendur lemah.

Aku mendaratkan telapak tangan di belakang tubuhnya lalu aku usap perlahan supaya dia berasa tenang walaupun buat sementara waktu.

Sangkaku dia akan berhenti mengganas setelah aku pengsan. Telahanku tersasar sama sekali kerana Taehyung bergerak jauh lebih agresif.

Sebelah tanganku diangkat naik ke atas. Wajahnya yang dihiasi calar-calar halus dan tompokan darah kering mengusik hatiku.

"Taetae dah buat apa?"soalku penuh getaran di hujung ayat.

Lenganku dirangkul kedua-dua tangannya. Taehyung tersengih misteri sambil kepalanya tunduk menyamai paras kedudukan wajah aku dan dia.

Iris mata lelaki itu merenungku lama. Dia koyakkan senyuman lebar tika jemariku menyentuh lembut punat on dan off di bawah dagunya.

Percaya atau tidak, aku mengiyakan sahaja permintaan terakhirnya. Suara garau itu memecahkan kesunyian di dalam bilik tidurku.

"Aku dah bunuh Dr Seokmin. Giliran Tuan Jeon Jungkook untuk ditamatkan nyawa. Tolong taetae?"

Aku memilih untuk menguji pendirian Taehyung. Jemariku mendarat di atas belakang telapak tangannya yang sejuk dan dingin.

Ciptaan Dr Seokmin ini bukan lagi manusia normal. Lelaki tua itu mencipta satu manusia yang kejam dan licik. Aku sendiri terjerat di dalam perangkapnya.

"Kalau s-saya membantah tindakan awak, what you will do? "

Taehyung mendaratkan kepalanya di atas pahaku. Pisau lipat ditarik dari dalam poket seraya bilahnya yang tajam dihalakan tepat menghampiri kawasan bebola mataku.

"Aku akan bunuh kau, Park Ji Yoon."

-tbc-

A/N:

Hehehehehee. Ff ini romantiknya akan bercampur sikit dengan babak suspens dan mencemaskan.

Stay tuned for more update.

[C] On/Off | Kim TaehyungWhere stories live. Discover now