Bab 44~|Dragon Crystal|

Start from the beginning
                                    

Iezzi tekun mendengar. Dia mahu tahu lebih banyak tentang naga yang pernah dikatakan mati pada masa dahulu.

"Aku memalsukan kematian aku sendiri dan menjadi sebahagian dari pulau ini. Satu lagi, hanya manusia tertentu saja yang mampu bertemu dengan aku."

Mata naga itu bertemu dengan mata Iezzi.

"Hmm... Kisah hidup yang menyedihkan."

Iezzi tersenyum kecil.

"Ya, masa lampau yang sangat menyakitkan dan menyedihkan."

"Apa lagi yang kau mahukan dari aku, jika ia bukanlah permintaan?"

"Aku cuma nak berkenalan dengan kau." Iezzi tersenyum mesra.

Naga itu menjeling Iezzi sekilas. Dia langsung tidak percaya dengan kata-kata wanita itu.

"Kisah hidup yang menyedihkan, ha?" Iezzi menjongket kening

Makhluk itu terdiam.

Tiba-tiba ia berdiri semula.

"Kenapa?"

"Ada penceroboh. Niat mereka tidak baik. Aku akan uruskan mereka, kau tunggu di sini dulu."

Iezzi mengangguk akur.

Naga itu hilang dan muncul semula beberapa minit kemudian.

Mata Iezzi membulat melihat mayat lima orang lelaki di hadapannya. Mayat-mayat itu muncul bersama si naga sebentar tadi.

"Manusia seperti merekalah yang paling aku benci. Memburu makhluk seperti kami dan jadikan kami sebagai punca kekuatan."

Mayat-mayat itu menjadi debu dan menghilang.

"Tetapi, mereka ini bukanlah manusia yang sebenarnya."

"Ha?" Iezzi mendongak, memandang si naga untuk penjelasan.

Naga itu kembali meletakkan kepala dan tubuhnya di atas lantai.

"Mereka adalah mayat hidup. Manusia yang dihidupkan semula dengan kuasa seruan. Rupa mereka tidak ubah seperti manusia biasa." Si naga berjeda seketika.

"Mereka tak boleh dibunuh, kecuali dengan satu cara."

"Macam mana?"

"Senjata adalah kawan, dalam masa yang sama, ia juga musuh. Senjata yang digunakan oleh mereka adalah musuh mereka sendiri. Sekali tikaman, mereka akan menjadi debu dalam sekelip mata."

Iezzi mendengar penuh teliti. Maklumat itu disimpan kemas di dalam ingatan.

"Tapi, macam mana kau boleh membezakannya?"

"Aku mempunyai kebolehan itu."

"Apa yang mereka mahukan daripada kau. Daripada makhluk yang serupa seperti kau?"

"Mereka mahukan kuasa. Tubuh kami, luar dan dalam diselaputi oleh kuasa. Kekuatan mengalir di dalam darah kami. Mereka mahukan semua itu. Apabila mereka dapat membunuh salah satu dari kami, tidak satu pun bahagian kami yang akan disia-siakan. Dari kulit, hinggalah darah, semua akan digunakannya untuk kepentingan mereka."

Iezzi berasa ngeri apabila membayangkannya.

"Kau juga tidak terkecuali." Tambah si naga itu lagi.

"Eh? Aku?!"

"Kuasa kau terlalu kuat dan mereka mahukannya. 'Core' di dalam diri kau didiami oleh pelbagai semangat alam dan kuasa alam. Mereka tahu, mereka tak mampu untuk menghampiri kau, sebab itulah mengapa tubuh kau diracuni mereka. Kau akan mati secara perlahan, dan apabila kau mati, mereka tak akan menunggu lagi."

THE NEXT HEIR [Completed]Where stories live. Discover now