Pengenalan & Sinopsis

284 12 0
                                        

Buku ini ialah fiksyen semata-mata. Watak-watak ahli BTS di dalam buku ini merupakan rekaan, dan personaliti yang ditunjukkan di dalam ini tidak boleh dijadikan rujukan sebagai personaliti dan perwatakan ahli BTS yang sebenar.

Latar belakang buku ini terinspirasi daripada drama Korea bertajuk Age Of Youth/Hello My Twenties. Kalau anda masih belum tengok, lupakan buku ni, pergi tengok drama tu. Because it's THAT good.

Untuk mengelakkan kekeliruan, watak Kim Namjoon, Jung Hoseok dan Noh Eul ialah watak daripada salah satu buku saya, 1-4-3.

Watak Choi Aera dan Min Yoongi pula merupakan watak daripada salah satu buku saya yang bertajuk Cinta Pertama. Seperti yang tertera di sinopsis, boleh dikatakan buku ini ialah sekuel kepada 1-4-3 dan Cinta Pertama.

Soalan: Perlukah baca 1-4-3 dan Cinta Pertama terlebih dahulu sebelum baca buku ini?

Jawapan: Terpulang. Lagi faham kalau baca, tapi kalau tak baca pun tak apa. Sebab masih boleh faham kalau baca buku ini sahaja.

Anda boleh baca karya saya 1-4-3 dan Cinta Pertama di bahagian published stories saya.

Buku ini ialah kolaborasi bersama -eatji kakak angkat kesayangan saya <3 Ini juga merupakan kolaborasi pertama saya, jadi harapnya semua berjalan dengan baik. Jangan lupa baca karya -eatji juga sebab penulisan dia sangat best! #Idola

Jika anda masih membaca nota pengenalan ini sehingga ke sini, terima kasih. Selamat membaca!

Sinopsis:

Jung Hoseok x Noh Eul

Dimana Jung Hoseok dan Noh Eul, kawan rapat selama 9 tahun, kini merupakan pasangan kekasih selama hampir empat tahun. Mungkin... Mereka akan membawa hubungan mereka ke tahap yang seterusnya?

"4-3-5-2, Noh Eul?"

"Empat tiga... Ha?"

"Maksud dia will you marry me lah bongok, itu pun tak tahu ke?"

>>><<<

Min Yoongi x Choi Aera

"Kau mungkin bukan yang pertama. Tapi sudi tak kau jadi yang terakhir?" - Min Yoongi

Dimana Choi Aera, kini seorang penyanyi popular bertemu semula Min Yoongi, produser ternama. Juga merangkap bekas teman lelakinya(?)

"Ros oren? Unik."

"Kau tahu apa maksud ros oren?"

"Apa dia?"

"Cinta pertama."

>>><<<

Park Jimin x Do Yena

Dimana Do Yena menjadi jurumekap untuk seorang model yang terhangat di pasaran, Park Jimin.

"Tutup mata, aku nak fix kau punya eye shadow."

"Tak nak."

"Dah kenapa?"

"Nanti tak nampak kau."

Satu sahaja masalah untuk buat kerja dengan elok bagi Do Yena. Apabila Park Jimin merupakan seorang jejaka yang suka mengurat, selamba melontarkan ayat pikat dan menggodanya.

>>><<<

Kim Seokjin x Eun Hawon

Dimana Kim Seokjin, seorang jejaka yang penuh keyakinan diri bertemu dengan Eun Hawon, seorang perempuan yang sudah hilang keyakinan diri.

"Okay, kau hodoh."

"Excuse me?"

"Dah kau marah kalau aku puji kau, logik?"

>>><<<

Jeon Jungkook x Park Byul

Dimana dua orang pelajar terbaik fotografi sentiasa membenci antara satu sama lain kerana mereka berdua bersaing untuk memperoleh tempat pertama. Ataupun... Perasaan benci itu sebenarnya hanya bertepuk sebelah tangan sahaja?

"Tak nak."

"Dah kenapa pula?"

"Aku tak suka kau."

"Dah kenapa pula kau tak suka aku?"

"Aku cuma... Tak suka tengok muka kau. Entah kenapa, menyakitkan hati."

>>><<<

Kulit buku yang cantik oleh -eatji

Ditulis oleh: galaksijimin- x -eatji

Mula: 16 Julai 2019
Tamat: -
Status: Sedang ditulis.

GADIS ABAD KE-21 » btsStories to obsess over. Discover now