Kedua mereka memandang Ain sayu.

Pandangan mereka membuatkan Ain kembali melabuhkan dirinya ke kerusi. Dia mula rasa bersalah kerana membentak sekeras itu.

"Err..sorry. Aku cuma terlalu risaukan keadaan diorang." Ujar Ain agak perlahan.

Dia turut menunduk. Manakala Tasha dan Rina sekadar mendiamkan diri.

Suasana sunyi mengisi kekosongan antara mereka. Masing-masing tidak bersuara.

Aimin memandang wajah Ain, Rina dan Tasha yang agak risau. Mereka sekadar memerhatikan spaghetti yang terhidang di hadapan mereka.

Dia mengeluh perlahan. Kimi yang sedang memandangnya dipandang nya semula.

Nafas ditarik perlahan sebelum menghembuskannya kasar. "Sebenarnya.." ya, ketiga gadis itu perlu ketahui perkara sebenar..walaupun tak semua..kan?

Suara Aimin berjaya menarik perhatian ketiga gadis itu. Mereka memicing pandangan ke arah Aimin.

Aimin berhenti seketika sebelum menyambung, "roh diorang.. takde dalam badan diorang." Kata Aimin agak jujur. Suaranya kedengaran agak datar.

Terlopong biji mata mereka bertiga mendengar perkara tersebut.

"Ja..jangan na..nak tipulah Aimin! Kau ingat lawak ke?" Ujar Ain sambil memandang tajam anak mata Aimin.

"Aku tak tipu.." ujar Aimin lirih. Dia kembali menunduk kerana tidak mampu bertentang mata dengan Ain.

Kebenaran itu sangat menyakitkan.

"Aku tak percaya. Kau jangan nak kelentong kitoranglah." Ujar Tasha sambil memeluk tubuh. Pandangannya dihalakan ke arah lain.

"Dia..tak tipu.." Kimi yang sekadar mendiamkan diri akhirnya bersuara.

"Kalau korang tak percaya..aku boleh buktikan." Kata Kimi serius. Matanya tajam menikam anak mata Tasha.

Ain tergelak sinis. "So, buktikan."

Kimi tiba-tiba bangkit dari duduknya lalu terus duduk bersila di atas lantai mozek berdekatan meja makan.

Ketiga gadis itu sekadar memerhatikan kelakuannya dengan perasaan hairan.

"So..what are you doing?" Soal Rina. Dahinya berkerut seribu. Hairan akan tindakan tiba-tiba si Kimi itu.

"Come and join us here." Panggil Kimi.

Tanpa membuang masa Aimin terus duduk bersila bersebelahan dengan Kimi.

Ketiga gadis itu berpandangan sesama sendiri sebelum masing-masing turut serta duduk di lantai bersama dua jejaka itu.

"Now, pegang tangan sesama sendiri." Arah Kimi.

"For what? Kau nak puja hantu ke siak??" Soal Ain hairan.

"Just do it and do not disobey me if you all want to know the truth!" Tekan Kimi namun suaranya masih ditahan agar tidak dalam nada menengking. Kadang nak juga bubuh penampar kat tiga ekor babun tu. Nasib kawan Alexa jaaa.

Ain, Rina dan Tasha sekadar menikus lalu mengikut arahan Kimi.

Selepas tangan mereka berpaut antara satu sama lain, Kimi mengarahkan agar mereka menutup mata dan jangan membukanya selagi tidak disuruhnya.

Suasana sunyi menyelubungi antara mereka. Selepas beberapa saat, mata Kimi mula tercelik. Namun yang memeranjatkan keseluruhan matanya kini berwarna putih!!

Sesuatu mula terlayar di fikiran mereka semua. Semuanya adalah kerana manusia istimewa bernama Kimi.

***********

So guy, oke tak cerita aku setakat ni? 😂

Mesti pelik en apa yang berlaku. Meh aku cerita.

Kan sebelum ni aq ada cerita tentang sesuatu berkenaan Kimi dan Aimin. Chapter sebelum2 ni aq ada cerita dah tentang Aimin. Tentang kelebihan dia. Tapi aku tak ingat yang keberapa 😆

Jangan salah faham k. Diorang berdua ni takde kuasa pun. Just kurniaan tuhan. Haa, gitu-gitulah. Kiranya diorang ni memang sejak azali lagi dari lahir dah ad kelebihan gitu. Tak macam alex n alexa yang just ada kuasa sebab azuarium.

Bezanya en,

1) kuasa alexa dan alex kuat - kelebihan kimi dan aimin ni x kuat un k so kalau lawan dengan si bruce tu sekali tetak je dh mati diorang berdua. 😂

2) kuasa alex dan alexa ni akan hilang bila2 je. Tak dapat pastikan bila. But kelebihan aimin dan kimi ni pula sampai ke mati akan ada.

Ha itu je 😚😂 kalau x fhm juga pandai ii lah kau fikir 🤣

Pasal aimin ritu aku dh trgkan yang dia pandai. Skrg dya adalah doktor pakar di hospital miliknya sendiri. N then aq x ingt hahaha pandailah kau cri balik apa. Now plk psl Kimi tentang kelebihan dia. Pepandailah kau baca k 😋😎

The Azuarium : Destiny Of Light Angel [ C ]Tahanan ng mga kuwento. Tumuklas ngayon