"Sat Hani pi ambik."

Sementara tunggu Hani ambil temperature measure, Kai demah dahi Krystal dengan air. Sumpah dia risau. Selain accident haritu, ni kali kedua Krystal sakit. Pertama kalinya demam. Wajah Krystal ditenung.

"Cepat sembuh sayang." Kata Kai dan cium tapak tangan Krystal.

Hani senyum sendiri tengok sepupu dia nampak sayang betul kat Kak Krystal.

"Abang, nah. Hani masuk bilik dulu noh. Apa-apa abang ketuk bilik lah. Tu ada sekali panadol. Kot kak terjaga satgi soh dia makan." Kata Hani. Kai angguk dan ambil dari tangan Hani.

Kai tak boleh tidur. Tambah pulak bila check suhu Krystal tadi 38.7°. Hampir 39 dan demam panas isterinya itu. Dari tadi Kai duduk dan keep on demah Krystal sambil check suhu.

Tapi, tak, sejam selepas itu, Krystal ngigau dan menggigil buat Kai makin bimbang.
Tiada solusi lain untuk turunkan suhu, Kai akhirnya buka baju dia dan baju Krystal lalu angkat tubuh Krystal meniarap atas dia lalu diselebung diri berdua dalam selimut.

Dengan harapan suhu Krystal cepat turun ke paras normal. Pipi Krystal dicium lalu tubuh belakang Krystal diusap.

Akhirnya, Kai terlelap.
____________________________________

Bodo terkejut aku bila bukak mata, aku tak berbaju. Mujur bra ada, seluar semua masih ada. Makin aku terkejut, Kai pon tak berbaju.

"Awak..." aku kejut dia yang masih nyenyak.

"Awak, bangun..." kejut lagi. Dia mengulit lalu bukak mata.

Tahu dia buat apa? Dia terus rasa dahi ku, pipi aku, leher aku. Aku ni confuse jap dah kenapa dengan dia.

"Sayang dah rasa sihat?" Soal dia lalu bangun bersandar di kepala katil.

"Kenapa dengan saya?" Aku tanya dia.

"Awak demam semalam. Panas gila badan awak. Risau saya." Kata dia sambil urai rambut aku.

"Saya demam?" Lah, aku langsung tak sedar apa-apa dow. Tah-tah semalam masa aku rasa pening tu, terus pengsan agaknya. Erk!

"Yup, saya demah awak pakai kain but suhu awak remain the same. Tu yang saya buat body heat contact. Mujur awak dah lega." Kata Kai

Body heat contact.

Jap! WOIII!! Aku ni setengah bogel duduk mengadap dia.

Ala bodo! Macam mana boleh tak sedar. Alaaa!

"Jangan tengok!!" Laju aku tutup bahagian dada aku. Ya walaupun berbalut bra, you know lah macam mana.

"Hahahhaha, dari tadi awak rileks jer kenapa tiba-tiba malu pulak?"

Bodoh, jangan tanya gitu lah!!

"Tutup mata awak." Marahku dan dia masih ketawa. Baru jer aku nak turun katil dia tarik aku buat aku terbaring atas dada dia.

"Nak pergi mana?" Soal dia. Aku rasa badan aku freeze dia kena dakap dengan dia dengan tak berbaju gini. Tangan aku ni masih setia cover part atas dada. Bahaya mata dia ni.

"M-mandi." Haa, kan dah tergagap aku jadinya. Dia cium puncak kepala aku.

"Malu dengan saya lagi?" Soal dia.

Hello, of course lah aku malu! Mana dengan cahaya matahari memancar jelas ni.

"Saya pun tak pakai baju jugak." Kata dia. Aku jeling. Dear, Kai, awak tu lain. Saya lain. Awak tu bukak kat sapa-sapa pun tetap boleh.

"Kai, tak lawak, saya nak pergi mandi." Aku cuba lari kan diri tapi,

Laju dia kiss aku.

So, how could I stop if he did this to me? His melancholic kiss yang susah nak dilepaskan. Lembut dan penuh rasa cinta dia salurkan.

MINE Where stories live. Discover now