B7

443 5 0
                                    

"Nah."

Aku ambil aiskrim yang dia sua lalu teruskan diam sambil tengok dia yang tak habis-habis tangkap gambar sekeliling.

Kami sekarang menikmati keindahan malam di Seine River.

Actually, dia jer yang nampak menikmati. Aku diam jer dari tadi.

Tahu kes apa?

Kes dia cium aku siang tadi. Sumpah sampai sekarang aku still rasa bibir dia menempel kat bibir aku.

Malu!

Aku sumpah aku takkan panggil di Sir lagi!

"Krys, pose...!"

Aku masih tercengang terkejut dengan arahan dia hanya pandang tepat ke kamera tanpa sempat pose apa-apa.

Tahu-tahu dah snap.

"Sedap aiskrim tu?" Soal dia lalu duduk di sebelahku.

Aku gugup jap. Dia angkat kening.

"Saya perhati dari tadi awak diam. Saya dekat awak macam takut-takut. Kenapa?"

Tak payahlah tanya. Takkan tak tahu jawapan dia kot.

Hmmm. Baik aku sumbat jer aiskrim ni takyah cakap apa-apa.

"Bak saya sikit..." kata dia lepastu menyendeng ke aku sambil nganga mulut.

Aku berkedip tak percaya. Aku ceduk aiskrim lalu sumbat dalam mulut dia.

"Ermmm, sedap!"

Dan kami kembali diam. Aku perhati keadaan sekeliling dan dia sibuk belek kamera dia.

Tapi serious, aku tak tipu, pemandangan dia nice. Boleh nampak cruise melintas bawah jambatan cinta menuju ke Eiffel Tower.

Kat jambatan cinta tu lah ada love lock.

"Jom."

"Pergi mana?" Soal aku. Dia sengih lalu tarik tangan aku untuk bangun.

Aku perhati tangan kami yang masih bertaut ni. Dia sibuk capture gambar tak sedar ke sebelah lagi tangan dia tengah pegang aku.

Aiskrim aku pon dah tak boleh nak makan sebab dia pegang tangan kanan aku.

"Esok nak pergi mana?" Soal dia.

"Ikut jer. Saya tak kisah." Jawabku.

"Kita pergi jauh sikit, nak?" Soal dia.

"Okey." Jawabku.

Seriously, aku berdebar gila sekarang. Dia genggam tangan aku tak lepas. Aku pulak yang segan ni. Dahlah heart attack kena kiss tadi pon tak habis lagi. Ni dah kena heart attack baru.

Well, memanglah setakat 'holding hands' je kot. Tapi, cuba korang ada kat situasi aku.

Sebulan setengah kahwin, ni baru first time pegang tangan macam ni. Jalan pulak kat tempat yang bersuasana romantik, mood tu rasa macam awkward jap.

Tapi dia relax jer.

"Wahh..." ucapnya saat kini kami berada di jambatan cinta.

Banyak gila love lock. Penuh bergantung kat pagar besi ni.

"Jom lock." Ajak dia. Aku pandang dia tak berkedip.

"Hah?" Soalku.

"Kenapa? Taknak? Eh, rugi kalau dah sampai tapi tak buat love lock." Kata Kai sambil belek-belek love lock orang. Dan snap gambar.

Aku masih terkedu kat tepi ni.

"Mana kaunter lock dia." Gumam Kai sambil pandang kiri kanan.

Aku garu kepala. Semangat betul dia ni. Dia takdek ke rasa macam awkward dengan situasi sekarang.

MINE Where stories live. Discover now