1

5.6K 951 126
                                    


On / Off

On / Off

Oops! This image does not follow our content guidelines. To continue publishing, please remove it or upload a different image.

A/N:

Atas permintaan ramai, saya teruskan ff ini. ❤

---------------------------------


"Ayah kasi kau peluang untuk berkenalan dengan Tae. Dekatkan diri dan bagi dia jinak. Masa tidak menunggu kita, anakku."

Suara Encik Park bergema di segenap ruang tamu serba mewah tersebut. Kedengaran bunyi telapak kaki anak perempuan tunggalnya mengorak langkah ke arah lelaki berusia separuh abad itu.

Rantai besi bertukar tangan. Tubuh kecil Ji Yoon menggigil takut tatkala panahan tajam iris mata lelaki ganas itu melekat di wajahnya.

Genggaman tangannya dihujani titis-titis peluh resah disebabkan kegagalan dirinya melawan tatapan mata makhluk ciptaan saintis yang cukup agresif.

"Hai Tae. S-saya Park Ji Yoon. Sahabat awak yang baru. Kita..kawan boleh?"soal Ji Yoon penuh gementar.

Jari-jemarinya mengelus lembut sisi kanan pipi lelaki itu. Kelopak mata Taehyung tertutup rapat menandakan dia mulai selesa akan kehadiran pemilik barunya.

"J-jiYoon, kawan taetae sampai mati."lafaznya jujur. Lengan kekarnya merangkul erat belakang leher gadis polos itu.

Wajah kacaknya disembamkan di atas bahu Park Ji Yoon. Batang hidungnya sengaja dilagakan di atas fabrik baju yang tersarung di badan tuannya.

Haruman manusia suci dan naif memberi seribu satu kebahagiaan kepada si dia.

Bibir Taehyung mengadunkan irama riang tika hatinya spontan berbisik ikrar berbaur posesif.

'Sekali aku katakan dia milik aku, tiada siapa yang dapat rampas selagi nafasku kasih terhembus di muka bumi ini.'

Tubuh Ji Yoon mengeras seperti patung. Anak matanya meminta kepastian kepada ayahnya.

Biar betul nak lepaskan dia hidup berduaan bersama Taehyung tanpa sebarang pengawasan rapi?

"Ayah yakin kau mampu kawal keganasan dia. Just gives him enough care and love. Dia akan baik-baik sahaja, anakku."

Ji Yoon terkedu. Rona mukanya automatik bertukar pucat lesi.

Adakah dia berjaya menangani kerenah lelaki berbahaya itu?

-tbc-

A/N:

Bab ringkas dan padat. Semoga korang menyukainya.

Kita berjumpa lagi pada bab seterusnya.

Stay tuned, see you later my dear readers. >3

[C] On/Off | Kim TaehyungWhere stories live. Discover now