"Wouuuhh, siapalaa perempuan ni. Macam hebat je." Ujar Alexa agak kagum.

"Mungkin dialah yang bakal mengetuai kita bertiga semasa peperangan menentang Bruce." Kata alex agak yakin.

"Namun, tanpa kesucian hati Light angel tidak akan pernah muncul. Dan.. hanya 'dia' yang mampu membangkitkan kebangkitannya." Raz memeluk tubuh.

"Siapa pula 'dia'?" Dia memandang wajah Alex dan Alexa silih berganti.

"Mungkin ratu tahu jawapannya?" Jawab Alex namun agak ragu-ragu. Dia juga tidak pasti akan perkara itu.

Alexa pula sekadar mendiamkan diri. Matanya tidak lekang daripada memandang buku di hadapannya.

"Apabila layu sekuntum bunga,
           Hiasilah dengan menjadi satu..
Apabila gugur satu kelopak,
           Maka percayalah.. bunga itu tetap hidup." Alexa membaca bait ayat yang terakhir dituliskan di helaian buku itu. Wajahnya berkerut memikirkan maksud disebalik ayat tersebut.

Tiba-tiba kawasan mereka berdiri bergegar dengan kuat. Buku-buku yang berterbangan mula jatuh ke lantai. Rak-rak buku menjunam ke bawah sehingga berkecai.

Alex, Alexa dan Raz terundur beberapa langkah ke belakang. Alex mula menarik lengan Alexa dan Raz agar berdiri dibelakang nya dan tidak terlalu jauh darinya. Baginya dia bertanggungjawab untuk melindungi mereka berdua. Kini tangan mereka bertiga berpaut antara satu sama lain.

Keadaan yang hampir memusnahkan sebahagian kawasan itu tiba-tiba berputar-putar pada pandangan mereka bertiga. Semakin kuat pegangan tangan mereka antara satu sama lain.

Namun segalanya berhenti secara tiba-tiba. Tiada lagi buku-buku berterbangan. Rak juga telah hancur berkecai. Kawasan disitu terlalu berselerak tidak seperti keadaan sewaktu mula-mula mereka tiba sebentar tadi.

Tangan mereka mula terlepas. Masing-masing leka memerhatikan sekeliling. Tanpa mereka sedar, muncul sebuah lubang kecil berwarna hitam tidak jauh dihadapan mereka. Keadaan mula berangin. Semakin lama semakin kuat sekaligus membuatkan Alex,Alexa dan Raz sedar yang mereka dalam bahaya.

Tangan mereka kembali berpaut antara satu sama lain semula. Kali ini pautan mereka lebih kuat.

Angin yang kuat mula menarik semua benda disitu memasuki lubang hitam itu. Semakin banyak benda yang disedut semakin membesar lubang itu.

Apabila keadaan semakin teruk, Alex mula membuat keputusan.

"Pergii!!!!!!" Jerit Alex lantang lantas menolak tubuh Raz kuat kehadapan sambil dirinya berlari laju. Tolakannya yang kuat menyebabkan Raz terlantun jauh kehadapan bersama Alexa. Dia jatuh terduduk di lantai sambil tersenyum.

"Abang!!" Alexa cuba mencapai tangan Alex namun terlambat apabila tubuhnya dan Raz kini telah jauh ke hadapan meninggalkan Alex sendirian di belakang.

Alex terus mengeluarkan jejari bayang lalu terus menggapai apa-apa sahaja benda yang boleh dijadikan tempat berpaut agar dapat menahan dirinya dari pada tersedut ke dalam lubang itu.

"Aku akan selamatkan Alex!! Sekarang dapatkan bantuan!! Pergi Alexa!!" Jerit Raz pula lalu mula memegang kedua-dua bahu Alexa untuk menolaknya jauh ke hadapan.

"Tak! Takkkknakkk!!!!!" Alexa menolak namun terlambat apabila dirinya telah ditolak jauh ke hadapan. Dia menoleh kebelakang. Senyuman Raz menghiasi matanya. Dia dapat melihat dengan jelas yang Raz berpatah balik untuk mendapatkan  Alex.

Tolakan Raz terus membawanya ke sebuah cahaya. Dia melayang sehingga tubuhnya melanggar sesuatu yang keras dihadapannya.  Benda keras itu terus hancur apabila mengenai badannya. Dia jatuh berguling-guling di atas rumput.

"Abang..Raz..kenapa..kenapaaa??!!" Rintih Alexa perlahan. Dia langsung tidak kisah tentang keadaan dirinya yang cedera akibat pelanggaran itu. Sebenarnya, dia boleh menahan dirinya daripada pelanggaran tersebut namun tumpuan nya langsung tidak tertumpu pada apa yang berlaku di hadapannya itu sebentar tadi. Dia terlalu memikirkan perihal Alex dan Raz.

Air mata yang mengalir mula membasahi pipinya. Gigi diketapnya kuat. Dia menumbuk rumput disitu dengan perasaan marah yang membuak-buak. Ya, dia tak boleh mengalah! Dia kena bangkit!!

Kakinya mula mendirikan dirinya. Pintu yang telah hancur dipandangnya sebelum dia mengukir senyuman. Tak dia sangka dia telah menemui jalan keluar. Namun, dia tidak akan keluar dari situ sendirian.

Badannya mengeluarkan cahaya keunguan mengelilingi tubuhnya. Luka-luka di tubuhnya mula sembuh kembali seperti sediakala. Tubuhnya kembali sihat tanpa sebarang kecederaan. Ya, kuasa sebenarnya mula keluar.

Dia mula mengatur langkah memasuki pintu yang sudah pecah itu semula. Lama-kelamaan langkahnya semakin laju. Dia mula berlari untuk menyelamatkan abang dan kawannya.

Tekad diberikan. Sama ada hidup atau mati!

The Azuarium : Destiny Of Light Angel [ C ]Dove le storie prendono vita. Scoprilo ora