EPOGUE;Jisung's plan explained+Jaemin's family explained

Comenzar desde el principio
                                        

Dia sengaja buat Jeno dan Jaena berjumpa dekat rooftop akademi sebab mereka memang pasangan yang bahagia.Yang semua orang inginkan. Haejun pula jenis yang cepat terasa.Jisung tahu,hanya dengan benda kecil macam ni dia boleh buat Jaemin dan Haejun berpecah.

Rancangan akhir Jisung adalah untuk ajak Haejun mati bersama.Itu sebabnya dia tak beritahu Hyunra tapi pada akhirnya Hyunra tahu bila masuk dalam bilik Jisung.

-Haechan

Ketika Mark dan Haejun pergi ke pawagam,Mark tahu Haechan adalah seorang yang psycho.Mark buat-buat tak kenal Haechan sebab dia takut Haechan akan buat sesuatu dengan dia.

Haechan pelajar universiti yang sama dengan Mark.Setiap bulan akan ada paling banyak 3 pelajar membunuh diri.

Dari siasatan polis,mangsa-mangsa dipercayai stress dengan hidup mereka hingga meragut nyawa sendiri.

Tapi sejak Jisung mati,Diari Jisung diserahkan ke polis Korea.

Dalam diari Jisung ada mention tentang Haechan.Setiap kali Haechan balik dari Canada,Haechan sentiasa kelihatan gembira.Haechan juga jarang mendera Jisung.Perkara tu buat Jisung rasa pelik jadi Jisung membuat keputusan untuk siasat.

Hari dimana Haechan tak balas mesej-mesej Haejun,Haechan sedang cari mangsa baru.Dia rasa puas bila tengok orang dalam hidup kesusahan membunuh diri.Bagi dia,ia boleh buang beban hidup yang tak bermakna.

Sampai satu hari Haechan teringat tentang Mark iaitu abang Haejun kerana Haejun menanya tentang Mark yang sama universiti.

Haechan dapat tahu yang mereka berdua akan tengok wayang bersama jadi dia ajak Jisung tengok wayang.

Perasaan pelik Jisung makin meningkat.

Haechan sengaja pilih tempat duduk dibelakang supaya dapat tengok Mark dan Haejun dengan jelas.Tujuan Haechan buat benda macam ni adalah kerana dia ingin membantu mereka jikalau dia ada masalah tapi habis je dia sedar yang Mark mempunyai keluarga bahagia.

Haechan berhasrat untuk putus asa dengan Mark dan cari orang lain yang dia boleh bantu.Lebih tepat untuk jelaskan maksud 'bantu' ini ialah bunuh diri.

Haechan akan pura-pura baik tapi akan membisikkan kata-kata "mati jelah weyh...kita hidup kalau sengsara buat apa" dan sebagainya.

Tapi bila Jisung kata betapa seronoknya bila ada keluarga gembira macam tu,Haechan terus sedar.

Keluarga yang bahagia patut rasa kesedihan.

Sejak tu Haechan mula mengambil tahu tentang Mark.Dia cuba berjumpa dengan Mark banyak kali (tak ditunjuk dalam ff) supaya rapat tapi Mark terlampau jelas tak berminat untuk berkawan dengan Haechan.

Mark tahu Haechan bukan seorang yang baik seperti dikatakan oleh Haejun.Itu sebabnya dia suruh Haejun jauhkan diri dari Haechan.

Mark juga memang dah curiga tentang Haechan sejak dia jumpa Haechan pertama kali di pawagam.Mark ingat Haechan rapat dengan ramai orang dekat universiti tapi 'kawan' dia selalu end up bunuh diri ataupun berhenti belajar.

Jaemin's family

-Ibu Jaemin

Kenapa ibu Jaemin selalu meroyan?Kenapa ibu Jaemin tak duduk serumah dengan ayah dan anaknya?Kenapa ibu Jaemin dikurung dekat rumah yang terletak di tengah-tengah hutan?

Ibu Jaemin merupakan perempuan normal TAPI menghadapi trauma.Trauma tu boleh hadir bila-bila masa tanpa dijangka.

Trauma yang dihadapi oleh ibu Jaemin amat realistik sehingga dia tak boleh bezakan masa dulu dan sekarang.Peluang untuk ibunya jadi normal dalam sehari hanya lah 1%.Perkara yang dihadapi oleh ibu Jaemin amat rare.

Trauma ni terjadi sebab depression yang dialami selepas melahirkan anak.Hormon ibu-ibu yang baru sahaja melahirkan anak amatlah tidak stabil.Disebabkan stress melebih yang dialami ibu Jaemin dari mengandung hingga lah melahirkan,dia tak dapat lagi hidup dengan mental normal seperti manusia lain.

Namun dalam keadaan sebegitu,telinga,mata dan segalanya dalam masa sekarang.Cuma minda yang bermain dengan masa dahulu.Ibu Jaemin akan terbayang suaminya mendera dirinya di dalam rumah yang berada ditengah hutan.Ringkasnya,Tempat masih lagi di masa sekarang manakala memori yang dilihat datang dari memori lama.

Ayah Jaemin sentiasa bercakap dengan isterinya bila Jaemin keluar seperti "Jaemin gembira" "jaemin dapat markah tinggi" kerana pendengaran ibunya berada di masa sekarang.Ini supaya ibu Jaemin dapat bezakan bahawa dia dalam waktu yang berbeza daripada memori dia.Walau macam tu,cara ni tak menunjukkan apa-apa perkembangan.

-ayah Jaemin

Terdapat chapter di mana Hyunra menanya tentang ayah Jaemin tapi Jaemin marah.Hyunra buat sedemikian kerana disuruh oleh Jisung.

Ayah Jaemin ialah seorang saintis.Ayah Jaemin menghabiskan masa bertahun-tahun untuk mengkaji penyakit yang dihadapi oleh ibunya.

Tapi kenapa Jaemin benci ayahnya?

Jaemin menganggap ayah dia gunakan ibu sebagai alat ujikaji.

Ibu Jaemin dikurung dalam rumah yang berada ditengah hutan dengan sekuriti kod pin supaya ibunya tak akan lari atau dicuri oleh mana-mana pihak.

Mengetahui perkara tu buat Jaemin makin benci dengan ayahnya.

----------------

Kalau ada apa-apa yang readers tak faham boleh komen nanti sis akan cuba explain :D

Introvert/Extrovert +Na Jaemin+Donde viven las historias. Descúbrelo ahora