EPOGUE;Jisung's plan explained+Jaemin's family explained

5.3K 443 59
                                        

Jisung's plan

-gambar dalam telefon Mark.

Seperti yang diketahui,dalam gambar tu buku mengenai psychology.

Hyunra ada cakap yang kedua ibu bapa Jisung ialah psychologist.

Rumah mereka dipenuhi dengan buku-buku berkaitan psychology.Ibu bapa dia ajar macam mana nak kesan jika seseorang tu ada perasaan sedih dan sebagainya.

Itu sebab pada tahun pertama high school Jisung dan Jaemin merupakan kawan baik kerana Jisung dapat rasa yang Jaemin ada masalah yang dipendam.Kerana risau akan Jaemin,Jisung selalu buat Jaemin cerita tentang masalah dia dekat Jisung.Jisung guna cara yang baik menyebabkan Jaemin percaya dengan dia.

Tapi bila mereka berdua nampak Haejun,mereka berdua jatuh cinta.Tanpa sedar akan perangai sendiri,Jisung berkeras bahawa Haejun hanya milik dia.

Jisung takut Jaemin akan miliki Haejun dulu memandangkan hampir semua perempuan suka sifat Jaemin yang misterius serta mukanya yang sememangnya diminati ramai.Jisung membuat keputusan untuk cuba rapat dengan Haejun.

Tapi bila dapat tahu Haejun suka Jaemin,Jisung tak boleh kawal perasaan dia.Dia kerap berkasar dengan Haejun.Sampai satu hari dimana Jaemin menarik tangan Haejun keluar dari kelas,Jisung tahu dia dalam tahap yang bahaya untuk dapatkan Haejun.

Jisung mula fikirkan rancangan macam mana untuk buat Haejun milik dia.Jisung mula teringat rahsia antara Jaemin dan dia.

Dia juga salah gunakan apa yang ibu bapa dia ajar mengenai psychology.Dia mula cari cara untuk mengelirukan seseorang dan memainkan minda orang.Cara ni biasanya digunakan oleh psychologist untuk mengawal pesakit mental.

Buku yang dijumpai oleh Hyunra dalam bilik Jisung merupakan cara-cara untuk mengawal seseorang melalui psychology.

Mustahil kan untuk seseorang hanya marah kerana buku yang tiada kesahihan?

Hyunra rasa keliru kenapa buku macam tu boleh ada dekat bilik jisung jadi dia cuba baca tapi bila dia ambil buku-buku tu.Ada satu kertas yang tebal disebalik buku-buku tu.Ia merupakan diari Jisung dan semestinya Hyunra mengambil gambar setiap halaman diari tu.

-Isi dalam diari Jisung

Jisung membesar dalam keluarga yang boleh dikatakan agak bagus memandangkan ibu bapanya psychologist.Namun kerana jadual padat ibu bapanya terhadap pekerjaan,Jisung sentiasa berseorangan.Haechan pula merupakan seorang abang yang kasar.Perangai Haechan membuat Jisung takut untuk bersama-sama dengan dia.Boleh dikatakan,abang dia abusive.

Jisung lebih suka berkurung dalam biliknya untuk tulis diari.Walaupun Haechan menyambung pelajaran di Canada,Jisung masih lagi meluangkan masanya menulis diari sebab benda tu je lah yang boleh tenangkan dia.

Diarinya bercerita tentang keluarga dan Haejun.Tapi apa yang buat Haejun marah sangat bila dapat tau?

Jisung tulis dalam diari bahawa dia dah tak tahan dengan hidupnya.Ibu bapanya bagaikan tak wujud.Abangnya bagaikan setan yang terlepas dari neraka.Hanya Haejun yang mampu berikannya senyuman tapi sejak Haejun suka Jaemin,Jisung bagaikan patung tempat meluahkan perasaan.

Jisung mula fikir dirinya tak berguna.Dia nak sangat pergi dari dunia ni tapi dia sayang sangat dengan Haejun.Dia tak sanggup pergi bersendirian.Boleh dikatakan,dia obses.

Dia mula cari cara untuk menarik Haejun bersama dengan dia.Caranya ialah membuat Haejun merana.

Dia suruh Haejun minta maaf dekat Jaemin banyak kali sebab dia tahu Jaemin dan Hyunra ada rancangan.Dia tahu Haejun akan dipulau banyak kali oleh Jaemin.Dengan cara tu,Haejun makin sedih dan rasa useless.

Introvert/Extrovert +Na Jaemin+Where stories live. Discover now