NaNa

9.5K 672 182
                                        

"EEEYYY MALU KAU TAHU TAKKKK" Haejun menjerit.

Jeno tiba-tiba menyumbat mulut Haejun dengan kimbap.

"Time makan tu makan.Time bawang tu bawang" Jeno menjeling.

Haejun jeling Jeno semula sambil mengunyah kimbap.

Mata Haejun terpandang pintu kelas.

"Haishh..Asal aku lupa kita sama akademi dengan dia" Haejun menutup mukanya.

Mereka memandang kearah pintu.

"Jaemin.Duduk lah dengan kita orang" Renjun mengajak.

Jaemin menggeleng.Dia pergi duduk dekat tempat dia sendiri.

Haejun masih lagi tutup muka dia.

"Banyak orang ke dekat kedai serbaneka tadi?" Jisung menanya ke Jaemin.

Jaemin menggeleng.

Renjun menarik tangan Haejun dari mukanya.

"Makan" Renjun menolak bekal milik Haejun dekat dengan Haejun.

Haejun mengambil kimbap nya dengan kasar.

"Jaemin,tak bawa makanan sendiri ke?Makanan kat kedai serbaneka bukannya kenyang pun.Bukan ke lebih baik bawa bekal sendiri" Jisung tiba-tiba menanya.

Jaemin yang tadinya nak buka penutup botol terus berhenti.Dia seolah-olah tersentak.

Haejun pandang Jisung.

Jisung tersenyum senget dan terus makan semula.

Tapi hanya Haejun seorang yang perasan.

Seolah-olah ada era negatif daripada ayat kecil Jisung tu.

"Yah Haejun.Makannnn" Renjun membebel.

"Ye!!" Haejun sambung makan sambil renung Jisung yang sedang makan tanpa hiraukan suasana bising yang lain.

**

Haejun masuk kedalam kereta milik ayahnya.

"Macam mana kat akademi tadi?" Ayah Haejun menanya.

"Okay je cuma matematik tu dia tak jelaskan betul-btul" Haejun menjawab.

Mata Haejun terpandang Jaemin yang sedang berjalan sendirian di luar.

"Mak ayah dia tak ambil ke?" Haejun bisik ke diri sendiri.

"Mwo?" Ayah Haejun memandang pelik.

"A..aniya" Haejun senyum dan pakai tali pinggang.

**

"Pelik kan" Haejun menongkat dagunya sambil mata memandang mereka semua.

"Kau selama ni yang usha dia tak akan tak pernah perasan mak ayah dia ambil ke tak" Chenle bersuara sambil matanya fokus pada buku.

"Kau sendiri tahu bila balik dari akademi memang aku balik awal sebab syarikat appa aku tak jauh"

"Tapi kan setiap kali aku balik tak pernah pun nampak Jaemin masih ada kat akademi.Maksudnya dia memang balik awal" Renjun bersuara.

Haejun memandang Renjun dengan serious.

Renjun anak cikgu yang mengajar dekat akademi tu dan biasanya memang dia akan balik tak tentu masa sebab tolong mak dia dekat akademi.

"Sekali pun tak pernah?" Haejun menanya.

Renjun menggeleng.

"Kau ni banyak fikir lah Haejun.Suka hati mak bapak dia lah nak ambil ke tak ke cepat ke lambat ke" Jeno menjeling.

Introvert/Extrovert +Na Jaemin+Where stories live. Discover now