"Haih kalau appa tak hensem,mark tu tak akan hensem macam sekarang.Haejun pun tak akan ada muka yang cantik tau"
Haejun ketawa.
"Yeye lah appa" Haejun menyimpan semula telefonnya.
Haejun keluar dari dapur.Dia berjalan ke ruang tamu.Langkah dia terhenti bila dia nampak pintu rumah tiba-tiba dibuka dari luar.
Mata Haejun terbeliak.
"Oppa!!" Haejun berlari dan terus peluk Mark.
**
Mark merenung gambar Jisung dan adiknya.
"Kalaulah dia tak lahir dalam keluarga yang macam tu..." Mark menundukkan kepalanya.
Haejun turut sama menundukkan kepalanya.
"Rupanya orang senyap..jenis introvert macam dia ada sebab.."
Haejun tersentak.
"Introvert..."
Mark memandang Haejun.
"Wae?"
**
"Berhenti sini!" Haejun menyuruh.
Mark terus menekan break kereta.
Baru je Haejun nak keluar dari kereta tapi dia berhenti bila dia nampak Jaemin dekat luar.
Jaemin sedang berjalan dengan seorang lelaki tua.
Mereka berjalan masuk ke dalam kereta yang berada tak jauh dari kereta Mark.
"Oppa!Ikut dia orang" Haejun menyuruh.
**
Kereta mereka masuk ke tempat yang dipenuhi dengan hutan.
"Tempat apa ni" Haejun memandang sekeliling.
Mark masih lagi ikut kereta yang Jaemin naik.
Segalanya dipenuhi dengan hutan sampailah kelihatan sebuah rumah modern.
Kereta Jaemin berhenti di situ.
Mark dan Haejun memandang mereka dari dalam kereta.
"Tempat apa ni?" Mark menanya.
Haejun keluar dari kereta tanpa membalas pertanyaan Mark.
Mata Haejun terpaku ke sebuah tingkap bilik.Ada seorang perempuan berambut kusut sedang meroyan bagaikan dirasuk.Kepalanya dihantuk-hantuk pada cermin bilik tu jadi Haejun boleh nampak dengan jelas apa yang terjadi.
Kelihatan pintu bilik tu terbuka.Jaemin dan lelaki tua tadi masuk.
Haejun tersentak.Dia teringat sesuatu.
"Kenapa tak bawa makanan dari rumah je?"
Haejun menutup mulutnya.
"Mak dia ke tu?"
Haejun masih lagi memandang mereka.
Jaemin tiba-tiba keluar dari bilik tu meninggalkan lelaki tua tadi berseorangan dengan perempuan tu.
Kemudian kelihatan Jaemin berjalan keluar dari rumah sambil menangis dengan deras.
Haejun berlari ke Jaemin.Badan Jaemin terus dipeluk.
Sudah semestinya Jaemin terkejut.Mana dia nak sangka tiba-tiba Haejun ada dekat situ.
"Jaemin-ah..." Mata Haejun berair.
"Kenapa tak pernah bagi tau.."
Jaemin memeluk Haejun.Tangisan Jaemin makin deras.
tepat pada waktu tu Ayah Jaemin keluar dari rumah.Langkah dia terhenti bila nampak Haejun.
"Siapa..." Ayah Haejun menanya perlahan.
Jaemin terus pandang ayah dia.
"Kau..Jaemin...KAU BAGI TAU ORANG KE PASAL MAK KAU?!" Ayah Jaemin tiba-tiba marah.
Jaemin hanya berdiri di situ tanpa buat apa-apa.
Ayahnya datang sedia untuk menampar muka Jaemin tapi Haejun tahan.
"Jangan..tolong jangan" Haejun berdiri di depan Jaemin sambil tangannya didepakan.Dia cuba beranikan diri.
Ayah Jaemin memandang Haejun dengan muka bengis.
Baru sahaja badan Haejun mahu ditolak oleh ayah Jaemin,Jaemin terus peluk Haejun.
"Appa..tolong jangan appa.Dia seorang je kebahagiaan yang Jaemin ada" Jaemin menangis.
Badan Haejun mula menggigil.Perasaan takut dia makin jelas kelihatan.
"Yah!!" Mark berlari menuju ke mereka.Mustahil dia akan duduk diam dalam kereta bila nampak adik dia hampir nak kena belasah.
Ayah Jaemin terpaku bila dengar Jaemin cakap macam tu.
"Kebahagiaan?" Mata ayah Jaemin mula berair.Sebelum air mata tu mengalir,cepat-cepat dia lap.
Ayah Jaemin mengalihkan badannya memandang tingkap bilik di mana ibu Jaemin ada.
Jaemin menarik tangan Haejun.Mereka masuk ke dalam kereta Mark.
Tanpa buang masa,Mark turut ikut mereka berdua walaupun pada faktanya dia agak confuse dengan apa yang terjadi.
"Hyung tolong bawa laju" Jaemin meminta.
Mark memandang Jaemin melalui cermin.
Mark hidupkan enjin kereta.
Haejun memegang muka Jaemin.Air mata Jaemin di lap.
"Kenapa tak pernah bagi tahu?"
Jaemin hanya senyap.
"Tak pe..kalau tak nak bagi tahu..." Haejun tersenyum pahit
-끝-
Tak faham ff ni sepenuhnya?
Boleh baca explanation dekat next chapter>
VOCÊ ESTÁ LENDO
Introvert/Extrovert +Na Jaemin+
Ficção Científica"Kau tak try pun dia.Try lah!Mana tahu kau lucky" [this ff is fixed with new storyline] *cite paling tah pape author sendiri cringe 😔* Highest rank: #1 in NCT DREAM FANFICTION Start:19/5/2019 End:23/5/2019
The end
Começar do início
