Haejun menyentuh pipinya yang basah dengan air mata.

"Mimpi..." Haejun menghembus nafas lega.

Ibu Haejun sentuh dahi Haejun.

"Kamu belajar banyak sangat malam tadi.Tengok dah demam.Tak payahlah pergi sekolah." Ibu Haejun mengusap lembut bahu anaknya.

Haejun menggeleng kepalanya.

"Tak boleh..Hari ni ada lawatan ke universiti penerbangan.Haejun dah bagi nama dekat c-" Haejun berhentikan kata-katanya.

"Ah tak pelah eomma.Haejun memang rasa tak sihat sangat sekarang ni.." Haejun tersenyum pahit.

Ibu Haejun memandang Haejun dengan pelik.

"Haejun-ah" Mark tiba-tiba masuk ke bilik Haejun dengan telefon di tangan.Telefon tu diberi ke Haejun.

"Haejun..mana kau?Lagi satu jam nak gerak dah" Kedengaran suara Jisung dari telefon tu.

Haejun memandang ibunya dan Mark.Telefon yang tadinya dalam mode speaker terus ditutup.

Haejun keluar dari biliknya.

"Jisung ah..aku tak nak pergi" Haejun menahan air matanya.

"Aduh kenapa pula"

Haejun tersenyum pahit.

"Kau lupa nama tu kita daftar bila?Nanti ada Jaemin dengan Hyunra"

Kedengaran suara Jisung mengeluh.

"aku dah cakap..aku pun suka kan Hyunra tapi aku masih lagi cuba buat-buat tak tahu pasal kewujudan dia.Kenapa?Sebab aku tahu tak ada faedah pun untuk aku jadi pengecut."

Haejun termenung.

"K fine..aku akan datang lagi setengah jam" panggilan dimatikan.

Haejun memberi semula telefon ke Mark tanpa cakap apa-apa.Dia masuk bilik semula untuk bersiap.

Mark renung pintu bilik adiknya yang sudah pun tertutup.Dia kenal benar adik dia jarang tunjuk perasaan sedih jadi dia yakin ada sesuatu buruk telah berlaku.

**

Blazer sekolah Haejun dikemaskan oleh ayahnya sebelum dia keluar dari kereta.

"Take note elok-elok tau dekat sana nanti"

Haejun mengangguk dengan senyuman.

Kereta pintu ditutup sebaik sahaja Haejun keluar dari kereta.

Haejun berjalan dengan laju.Dia berlari ke lobi sekolah.

Puan Lee yang dari tadi tunggu dia menghembus nafas lega.

"Haih menyusahkan betullah kamu ni Haejun.Nasib ada lagi 5 minit sebelum Puan Hwang datang" Puan Lee mula membebel.

Mata perhati satu-persatu pelajar yang menyertai lawatan ke Universiti Penerbangan Shina.

Seperti yang dia jangka..Jisung,Hyunra,Jaemin dan dia sahaja yang diterima ke lawatan ni.

Introvert/Extrovert +Na Jaemin+Where stories live. Discover now