Haejun menggosok lehernya.

"Aku okay je tapi yang lain?" Haejun cuba cari alasan.

Jisung pandang kearah pintu.

"Nanti aku bagi tahu dia orang"

Haejun mengangguk perlahan.

Dia pandang tempat lain sambil pejam mata dia.

Bukan dia tak nak tapi sejak dia suka Jaemin,memang dia dengan Jisung tak serapat dulu.Takut  pula situasi jadi awkward nanti.

**

Haejun minum susu kotak sambil menunggu Jisung dibelakang sekolah.Katanya ada hal sikit tu sebab dia suruh Haejun pergi dulu.

Lebih kurang 5 minit Jisung akhirnya muncul.Tapi bukan berseorangan.

Haejun terbangun dari duduk dia.

"Haechan oppa" Haejun pandang dengan mata terbeliak.Dia terus lari peluk Haechan.

Haechan ni abang Jisung.Haejun agak rapat dengan Haechan sebab dulu dia selalu lepak rumah Jisung

"Wah Haejun,Sejak jadi senior makin cantik" Haechan memuji.

Haejun tersengeh bagai kerang busuk.

Haejun tiba-tiba teringat sesuatu.

"Haechan oppa sama universiti dengan Mark oppa kan?" Haejun menanya.

**

Haejun berlari masuk ke rumah.Terdapat seorang lelaki sedang duduk di rumah tamu menonton tv.

"Mark oppa!" Haejun menjerit.Dia terus lari peluk Mark.

Mark tersenyum melihat reaksi adik dia.

"Aigoo adik kesayangan aku" Mark mengusap lembut rambut Haejun.

Mark ialah abang kandung Haejun.Tapi dia lahir di Canada memandangkan dulu ibu dan ayah mereka tinggal di sana.Mark 1 tahun lebih tua dari Haejun.Mark luangkan masanya belajar di Canada manakala Haejun di Korea.

"Oppa,mianhae hari tu kita orang tak jenguk oppa dekat Canada sebab Haejun ada exam" Haejun beritahu sambil muncungkan bibir dia.Dah lama tak jumpa abang sendiri,apa salahnya berlakon comel sekali-sekala.

"Ommo Haejun.Dengan abang bukan main cute tapi dengan yang lain macam raksasa" Ayah mereka muncul sambil membawa dua cawan teh di tangan.

Haejun tersengeh.Dia masih lagi memeluk Mark.

"Yah,tak nak lepas ke?" Mark menanya.

Haejun menggeleng.

"Aigoo.Dah senior pun masih macam budak kecil" Mark mencubit pipi Haejun.

Haejun lepaskan pelukan.

"Oppa tau Haechan oppa?" Haejun menanya.

"Yang rapat dengan Haejun dulu kan?Wae?" Mark menanya.

Haejun mengangguk laju.

Introvert/Extrovert +Na Jaemin+Where stories live. Discover now