"Nae,Hyunra-ssi?"

Hyunra menggenggam penumbuk.Matanya ditutup rapat.

"Aku akan ikut strategi kau"

Jisung tersenyum puas.

"Good decision"

**

Exam dah pun habis 2 minggu yang lepas.

Result sahaja yang dinantikan oleh pelajar.

Dan hari ini lah harinya.

Haejun berlari dengan Jaemin sambil berpegangan tangan ke dewan.

Dah banyak murid berkumpul.

Cikgu-cikgu dekat tingkat atas dewan dah sedia nak buka tirai yang melindungi keputusan murid-murid.

"Buka!Buka!Buka!" Murid-murid mula menyorak

Perlahan-lahan tirai dibuka.Semua orang mula saling menolak untuk tengok keputusan mereka.

Haejun mengecilkan matanya untuk mencari nama.

Buk!

Tiba-tiba seseorang mencelah Haejun dan Jaemin.

"Yah Na Haejun.Tak boleh ke tepi ke?" Hyunra menjeling.

Haejun memandang tak puas hati.Mana tak nya,tiba-tiba je mencelah lepas tu marah orang.

Jaemin endahkan Hyunra.Dia alihkan pandangan ke senarai tadi.

Jaemin menutup mulutnya.

"Haejun,kau dapat nombor 1" Jaemin memegang tangan Haejun.

Haejun tersenyum lebar.

Hyunra yang berada di antara mereka memandang dengan hati yang membara.Tanpa cakap apa-apa,dia beredar dari situ tanpa lihat keputusan sendiri.

**

"Park Jisung!Mana Park Jisung!!!" Hyunra menjerit sebaik sahaja masuk ke rumah Jisung.

Pembantu rumah semua ketakutan.

Jisung turun seraya mendengar kekecohan dari tingkat bawah.

Hyunra berjalan laju ke arah Jisung.

"Apa kau nak aku buat?Aku dah tak tahan tengok dia orang berdua!"

Jisung tersenyum.

"Just jadi orang tengah.Susah sangat ke?" Jisung pusingkan badannya untuk naik ke atas semula.

Hyunra memandang Jisung dengan tajam.

"Kalau tak menjadi,aku akan bunuh kau Jisung"

Jisung hentikan langkahnya.

"Tengok lah siapa yang mati dulu nanti"

Hyunra kerutkan muka.Ancaman yang diberi oleh Jisung meremangkan dia.Hyunra tarik nafas cuba endahkan perasaannya.Dia pandang satu persatu pembantu rumah Jisung yang sedang ketakutan.

Tanpa berkata apa-apa kepada mereka,dia keluar dari rumah Jisung meninggalkan kekecohan yang dia telah lakukan.

**

"Chenle..kau tak rasa ke kita je yang single sekarang ni" Renjun baringkan kepalanya di bahu Chenle.

"Jisung pun single lagi.Relax lah."

"Kau yakin?" Jisung tiba-tiba bersuara.

Semua pandang Jisung.

"Aku suka someone sekarang ni"

Introvert/Extrovert +Na Jaemin+Where stories live. Discover now