Bab 21

7.3K 170 5
                                    

"eh Adam , bila kamu balik ? Malam tadi kenapa tak balik rumah ?" Soal Puan Fazilah sambil menyiapkan barang - barang untuk berniaga nasi lemak di hadapan rumahnya. (Ya gais watak baru utk lengkapkan novel ni ehek😘)

"Baru je" dingin Adam membalas. Tangannya ligat menuang air sejuk dari dalam peti ais.

"Aik , dah kenapa takde mood balik2 ? Kamu pergi mana tak balik rumah ?" Pelik Puan Fazilah melihat anaknya. Biasanya balik kolej pasti riang kerana dapat berjumpa si buah hatinya Airisz. Sejak dua menjak ni anaknya ini selalu balik ke rumah bersama wajah yang tegang. Ya , Adam selalu bercerita pada ibunya tentang Airisz seolah - olah Airisz itu adalah girlfriend nya.

"Rumah kawan" Adam ulang alik dari rumah ke kolej kerana hanya 30minit sahaja masa yang diambil untuk dia ke kolej.

"Ni , bila nak bawa Airisz jumpa ibu ?"

"Entah , ada orang kacau hubungan kami ibu." Balas Adam dengan tangannya di genggam kuat.

"Pulakk , cepat - cepat lah bawa jumpa ibu nanti ada orang masuk jarum pula. Nanti ibu dah berkenan boleh memi.."

"Ish , tahu lah ibu !"

"Bising je . Orang tengah serabut ni !" Sambung Adam lagi dengan nada yang tinggi.

Puan Fazilah terdiam. Sudah lama anaknya ini tidak menengkingnya sejak nama Airisz yang entah siapa Puan Fazilah pun tidak tahu , sering di sebut - sebut Adam.
"Dah makan ubat belum ?"

"Ubat , ubat , ubat ! Penat lah asyik nak makan ubat je" Adam terus bangun untuk ke biliknya.

"Kamu nak masuk hospital tu balik ke ?"

"Diam bu , Adam nak rehat. Semua nak cari pasal ni kenapa ?" Terus Adam berjalan ke arah biliknya.

Puan Fatimah hanya menggeleng kepala.
__________________________________

"Assalamualaikum ummi !" Jerit Airisz dari luar rumah sambil memulas tombol pintu.

"Waalaikumusalam meh masuk meh. Mika masuk2" Puan Fatimah menjemput anak dan menantunya itu.

"Adik rinduuu ummi" Airisz memeluk umminya setelah mencium tangan.

Mikael hanya tersenyum.

"Ummi pun rindu adik" Puan Fatimah membalas erat pelukan itu. Bukannya lama sangat pun tak jumpa , baru je hujung minggu lepas bersua.

"Amboii rindu ummi je ke ? Angah tak rindu ?" Kata Airil yang baru sahaja turun daripada tingkat atas.

"Angahhh !!" Terus Airisz melulu ke arah lelaki itu dan memeluk tubuh itu.

Mikael menghulur tangan pada ibu mertuanya sambil tersenyum.

"Adoii dikk , ye pun jangan la terus melulu. Ingat sikit kau ada suami. Takkan nak manja dengan angah lagi" Airil mengusap kepala Airisz.

"Siapa suruh busy sangat." Balas Airisz bersahaja. Angah dengan Mika suka buat macam ni. Hehe rasa disayangi angattt. Eh. Maksud aku , angah jelah. Mika tu entah la , tapi suka la juga dia buat macam tu. Eh takk , bukan suka. Selesa ?

"Eleh , angah ada beli coklat untuk adik. Dalam icebox." Airil duduk di sofa setelah pelukan tadi terlerai.

"Yeayyy , thankyou angahh." Airisz tersengih gembira sambil mengorak langkah ke dapur.

"Duduk Mika. Dorang adik beradik macam tulah kalau dah lama tak jumpa"

"Ye ummi." Mikael tersenyum sambil melabuhkan punggungnya di sofa yang muat untuk dua orang.

"Kejap lagi pukul 1 kita makan ya. Tunggu abah balik. Ummi nak tengok apa yang nak kena tambah lagi tu." Puan Fatimah mengorak langkah ke dapur ingin melihat menantu perempuannya. Siapa lagi kalau bukan isteri Aiman.

Mr.CEO Itu Suami AkuWhere stories live. Discover now