4

65 10 0
                                    


Suasana di sekitar agak sibuk. Kawasan membeli belah di situ memang kerap dibanjiri orang ramai sejak awal pagi. Ketika tengahari Normala sekali sekala makan di food court berdekatan terutama ketika lepas gaji itu sahaja.

Kedai makan Omar Rojet itu agak hingar bingar. Normala sedang beratur bersama seorang kawan sekerja bernama Salwa, untuk membayar sebelum membawa makanan ke meja.

"Tunggu apa lagi, dah ada orang berminat tu...bawa-bawa berkenalan. Mungkin jodoh baru." usik Salwa yang sudah menjangkau 35 tahun.

Normala tidak segera menjawab. Mee goreng yang dalam pinggan di tangannya bagai memanggil-manggil, mungkin kerana tak sempat sarapan tadi, dia terasa amat lapar.

"Kau kena start fikir ke depan. Kau orang dah bercerai kan, kes kau kat mahkamah memang tengah berjalan hanya tunggu nak formalkan aje...tapi kau tak perlu pandang belakang lagi. Kau setel baik2 dengan dia."

"Ya aku tak mungkin kembali kepada dia. Aku dah serik. Aku tak mau anak-anak aku hidup dalam suasana macam itu."

"Aku kalau laki buat hal memang aku tinggal sahaja. Kita kawen untuk mudahkan hidup. Bukan menyusahkan!" kata Salwa bersungguh-sungguh.

"Kau belum kahwin...kau tak kan faham masalah orang berkahwin..." kata Normala perlahan. "Bukan senang-senang aje nak bercerai...banyak yang nak difikirkan... cakap aje senang..."

"Aku dah baca banyak kisah macam kau ni kat media sosial...apa yang aku tak tahu...semua orang bercakap tentang rumah tangga yang teruk..." jelas Salwa merenung jauh. "Malah aku tak ralat tak kahwin. Adik beradik aku yang kahwin semuanya tak happy aku tengok."

"Betul ke dia orang tak happy? Kau aje buat teori dia orang tak happy...Anak dia orang berapa?" tanya Normala.

"Bilangan anak bukan petanda kebahagiaan seseorang. Lagi banyak tu hanya bermaksud lebih kerap buat projek dan ada rezeki dapat anak. Banyak juga yang tak ada anak dan okay sahaja...tapi sebab adik beradik aku kerap cerita tentang suami dia orang dengan macam-macam kerenah...aku pun fikir tak berminat untuk berkeluarga. Aku rasa hidup aku dah cukup masalah...haa...dengan suami lagi nak tambah...adehhh..." kata Salwa ketawa.

"Lain orang lain rezeki, tapi yang pasti jodoh belum sampai tu...kalau dah jodoh, mesti kau tak fikir panjang lagi..." kata Normala senyum.

"Macam kau ni lah sekarang... ada hero penyelamat... macam cerita dongeng..tapi tak mustahil jadi realiti kan...sayangnya kau tak bagi dia telefon number ke apa..."

"Hah mana sempat, masa itu, memang aku fikir nak bawa lari anak aku aje...Harith memang dah lama minta kereta aku tu balik tapi dia pun berani2 takut sebab aku ada banyak bukti dia terlibat dengan mat pet kat rumah aku...kalau dia buat hal aku rasa aku terpaksa gunakan benda tu..."

"Wah kau ni macam drama pulak...kalau dia tahu kau ada bukti tu takut dia apa-apakan kau aje nanti.."

"Tak berani dia...aku dah simpan tempat rahsia lah... hihi...dia pun tak tahu aku ada kongsi dengan sesiapa ke apa..."

"Tapi berani pula dia nak bawa lari anak tu?"

"Dia terdesak...orang amik dadah...memang macam tu...jika dia dapat sikit dia high dia pun lupa la nak cari kami."

"Hmm.. sebab dadah tu la kau nekad ya..."

"Ye...kalau dia tak mendadih, mungkin aku masih dengan dia...entahlah...aku ni sebenarnya sayang sangat dengan dia...tapi aku takut dia bunuh aku dan anak aku je nanti masa dia tengah mereng...lagi pun lepas aku dah dapat kerja aku rasa, tiba masa aku berjuang untuk diri aku..."

"Baguslah tu...aku harap kau berhati-hati aje...perkara ni kau kena buat laporan polis...walau pun tak ada tindakan dia orang akan rekod...dan jika ada apa-apa terjadi, memang dia akan jadi saspek utama..." kata Salwa.

Aku, Dia dan JustinWhere stories live. Discover now