2

47 3 0
                                    

Dia sedar budak perempuan itu amat bengang dengan dirinya. Tapi dia hanya menjalankan tugasnya. Dari lirik matanya dia nampak kelibat gadis itu pulang ke kelas, pastinya setelah dipanggil guru disiplin.

Agak menghairankan kerana wajah gadis itu kelihatan ceria. Apakah Mikayla berjaya mengenepikan hukuman seperti selalu. Harraz agak pasti guru disiplin itu akan mengenakan Mikayla dengan hukuman yang menyiksanya kali ini kerana ini sudah masuk kali ke 3 dalam seminggu gadis itu datang lewat.

Tanpa diduga mata mereka bertembung pandang.

Jelas sekali gadis itu pun sedang meneliti dia.

Dia menundukkan pandangan. Pura-pura leka membaca buku.

Mesti lah budak itu menyimpan dendam...tapi dia memang malas nak ambil port. Fikirannya menerawang kepada perbualan dengan ibunya pagi tadi.

"Kalau ibu tak ada lagi nanti, Harraz pastikan Harraz jaga adik kamu, Sonia," tiba-tiba Normala bersuara ketika dia sedang bersiap hendak ke sekolah.

Hampir tercekik dia mendengar kata-kata ibunya pagi itu. Lain macam pula bunyi ibunya...

"Harraz?" tanya ibunya.

"Heh mengapa pulak mak cakap macam tu...tak kan mak nak tinggalkan kami berdua?"

"Bukan macam tu Harraz...Mak risaukan kamu berdua...setiap hari mak fikirkan apakah yang akan terjadi jika ditakdirkan mak pergi dulu..." tiba-tiba suara Normala pecah di situ.

"Mak jangan cakap macam tu. Tapi...Mak...selagi Harraz bernyawa Harraz akan jaga mak dan Nia. Dan tak ada sesiapa boleh buat apa-apa yang tak elok kepada keluarga kita. Harraz akan pastikan tak ada apa yang akan mengganggu Nia? Harraz sanggup berkorban apa sahaja demi keluarga kita..." dengan berkobar-kobar Harraz memujuk ibunya.

Tiba-tiba ada suara menegurnya sambil lalu di sisinya.

"Oi...poyo gila kau ni eh...tengah tak ada cikgu pun sibuk nak baca buku. Orang tengah lepak waktu santai, dia menggelabah asyik menghadap buku."

Qistina Sapian, gadis kawan baik Mikayla lalu di sisi, mungkin teruja menanti Mikayla. Harraz hanya tersenyum tawar mendengar tempelak Qistina yang mulut celopar itu. Tidak perlu berkata apa-apa dengan spesis macam itu, fikirnya lantas membiarkan sahaja kata-kata itu tanpa balasan.

"Jadi, macam mana? Kena jogging tengah panas ke? Atau kena sebat?" Tanya Qistina kepada Mikayla. Mata Qistina yang sepet itu tampak besar sedikit dek kerana keterujaannya apabila dia sampai ke tempat duduknya di belakang. Gigi depannya yang macam arnab itu diketap. "Kalau aku kena jogging mesti semput ni.."

"Ape jogging tengah panas? Puan Hairi suruh pergi hall sahaja lah tengah hari ni...tak kan berani lah Naruto tu nak kenakan aku.. aku dah warning dia kaw2 masa dia ambil nama aku pagi tadi..."

"Puan Hairi macam rimau tu pun takut dengan hang. Takat Naruto apa sangat kan Mick?" Qistina mengapikan perasaan Mikayla.

"Tah...tak ada pengawas berani amik nama aku, setiap kali nama aku naik pun masa dia tu jaga gate aje... sakit hati aku..." rungut Mikayla., matanya dioleng ke atas.

"Kita buat serangan balas lah?" tanya Qistina jadi batu api. Matanya dikecilkan semula, dia cuba menangkap dan memahami ekspresi Mikayla. Dia pun ada dendam rahsia dengan Harraz. Beberapa kali dia didenda kerana membuang sampah merata-rata.

Mikayla menopang dagu seketika. Dia memandang Qistina yang agak tembam itu sambil terkedip-kedip memikirkan sesuatu.

"Sekarang nak masuk kelas apa eh?" tanyanya kepada Qistina.

Aku, Dia dan JustinWhere stories live. Discover now