Jungwoo membawa bola ke arah gawang gol dan menendangnya dengan kuat hingga masuk ke dalam gawang gol.

"Goall!!! "Sorak teammate nya. Team mata Jungwoo berlari ke arah Jungwoo daj memeluk Jungwoo. Jungwoo tersenyum gembira. Matanya terpandang Lucas. Dia melambaikan tangannya pada Lucas.

Lucas membalas lambaian kepadanya. Setelah itu, latihan pun tamat. Lucas mendekati Jungwoo yang sedang meminum air. Dia mengesat sudut bibirnya dengan belakang tangan.

"Hi Lucas. "Sapa Jungwoo. Lucas hanya tersenyum memandang Jungwoo, dia mengambil tuala kecil Jungwoo dan mengelap peluh Jungwoo yang mengalir pada dahinya. Jungwoo hanya terkaku dengan kelakuan Lucas.

Dalam diam dia gembira, Lucas memegang kedua dua pipinya. "Comel"puji Lucas. Pipi Jungwoo terus memerah, dia memukul lengan Lucas dan menyebabkan Lucas terpaksa melepaskan pegangan pada pipi Jungwoo.

"Dah, aku nak pergi mandi. "Ujar Jungwoo, dia membawa begnya dan menuju tandas.

"Aku tunggu kau kat tempat letak motosikal ek. "

"Ok!! "

💔

Jungwoo sedanf menggosok rambutnya dengan tuala. Dia menflip rambutnya sambil melihat penampilannya pada cermin.

"Handsome. "Ujarnya kepada dirinya. Tiba tiba telefonnya berdering. Dia mendekati keruai panjang di mana letaknya beg dia. Dia mengambil telefon dari beg itu.

Nama girlfriend Lucas jelas pada skrin telefonnya.

Jungwoo berasa hairan, Gabriella tidak pernah call ataupun chat dia. Dia save nombor Gabriella kerana Lucas yanh suruh.

Dia menarik simbol hijau pada telefonnya lalu ditampil pada telinganya.

"Hello? "

"Jumpa aku kat Dram cafe pukul 3 nanti. "Ujar Gabriella di seberang talian dan panggilan pun diputuskan. Jungwoo mengerut  dahi. Dia hanya mengangkat bahu dan meraih begnya lalu melangkah keluar.

💔

Jungwoo ternampak Gabriella sedang duduk berdekatan dengan cermin besar. Dia pun melangkah dengan perlahan ke arah Gabriella.

"Gabriella. "Kelihatan gadis itu tersentak, dia pun mendongak. "Oh,  Jungwoo. Silakan duduk. "Ujar Gabriella. Jungwoo hanya mengangguk kepala lalu duduk menghadap Gabriella.

"Sebenarnya kau nak cakap apa? "Tanya Jungwoo. Gabriella terdiam, dia memain kedua dua jari telunjuknya di bawah meja. Jungwoo perasan yang Gabriella kelihatan gelisah.

"Sebenarnya aku ada penyakit sakit jantung. "Ujar Gabriella. Jungwoo terkejut dengan kata kata yang baru keluar dari mulut Gabriella. Dia tertawa palsu. "Tunggu, jangan bergurau la. "Ujar Jungwoo. Dia berharap Gabriella bergurau kerana gadis itu suka bergurau tetapi gadis itu sama sekali tidak ketawa.

Gadis itu hanya menayangkan wajah dinginnya. "Aku tak bergurau Jungwoo. Dokter cakap jika aku masih tidak menemui penderma yang nak dermakan jantung dia pada aku, aku akan mati. "Ujar Gabriella. Air mata mula bertakung pada kelopak matanya.

Your Favourite NCT Ships ✅ Where stories live. Discover now