"Kau tak respond aku pon!" Marah Seulgi.

"Lah, kau nak ku respond apa. Biasalah, nampak yang elok sikit automatik melting. Alah, habis-habis handsome pun laki orang nak buat apa? Lagipun, dia tu lecturer, kita ni student, menggatal buat apa!" Bebelku. Sulli angguk setuju.

"Eh tapi, dari cara budak-budak enjin cakap, lecturer ni macam baru lagi. Means, masih muda dan sololololo~" kata Seulgi sambil menyanyi lagu Jennie. Siap goyang lagi.

"Perlu ke kau nyanyi lagu tu?" Celah Sulli. Aku hany geleng dan hirup air. Malas aku nak layan diorang ni. Merepek jer.

"Kau kelas pukul berapa?" Soal Sulli.

"Lagi sejam. Kenapa?" Balasku.

"Subject?" Soal Seulgi. Aku menghela nafas sambil merenungnya menyampah. Sejak bila pulak care pasal jadual aku.

"Asal kau nak tahu?" Soalku balik.

"Lerr.. aku nak tahu pon marah. Takyah cakaplah cenni." Rajuk Seulgi. Dan semestinya bukan aku untuk pujuk orang. Sulli hanya geleng.

"Eh,by the way, balik nanti kita singgah watson, nak? Ada sale weh!" Celah Seulgi setelah 3 saat merajuk. See, takdek guna pon aku pujuk.

"Tengohlah macam mana." Balasku.

"Alah, jomlah! Pastu kita pergi makan bingsu. Jomlah! Jomlah!" Rengek Seulgi.

"Aku on jer. Kau, jangan cakap tak on?" Kata Sulli.

"Nanti aku bagitau balik macam mana." Balasku. Seulgi dan Sulli memandang hairan.

Ya, aneh bila aku seperti tak mahu ikut mereka sedangkan last year, sepanjang dua sem, aku kalau boleh keluar sampai taknak balik. Sampai mama dengan papa pernah sorok kunci kereta aku. Sampai aku pernah lari ikut tingkap. Sampai kad kredit aku ken tarik. Punyalah tak lekat dirumah. Habis kelas jer hilang sampai ke lewat malam.

Dan akhirnya, aku terikat.

Terikat dengan ikatan yang aku sendiri tak sangka.

"Lama-lama kat cafe ni buat aku rasa nak makan lagi. Jomlah blah." Kataku.

"Jom."

Aku kembali masuk ke kelas setelah sejam gap masa antara kelas pagi tadi. Mujur harini dua kelas jer. Pukul 11 dah settle. Lega!

Tapi, tetap jugak buat aku berat rasa nak balik rumah.

"Tak sabarnya nak start kelas."

"Sumpah excited."

"Tadi aku bertembung, memang handsone teruk weh!!"

"Semangat aku harini"

Dan sekarang aku tengah pelik dengan classmate aku. Menggedik semacam dah kenapa? Kelas math je kot. Selalu merungut setengah mati kalau ada kelas. Ni dah kenapa macam cacing kepanasan ni?

"Krys, dengar cerita tak?" Tegur Amber.

Amber ni dia perempuan tapi berperwatakan lelaki. Aku suka teammte dengan dia dalam kelas sebabnya senang nak buat kerja. Tak banyak kerenah. Plus, kepandaian dia link dengan kepandaian aku, so, tak ada istilah buat kerja and take the granted antara aku dan dia.

"Tahu apa?" Soalku.

"Pasal lecturer yang nak ajar kita ni lah." Kata Amber. Aku menjongket kening. Dah kenapa dengan Dr. Sim sampai heboh tanya aku macam ni?

"Kenapa? Dr. Sim kahwin dua ke?" Soalku. Amber menghela nafas dan memaparkan muka menyampah.

"Ish kau ni?! Takkan kau tak tahu, Dr. Sim dah tak ngajar kita. And, harini start lecturer baru yang ngajar." Kata Amber.

MINE Tahanan ng mga kuwento. Tumuklas ngayon