12: terima lamaran

3.1K 209 15
                                    

Datin Ruhanis  malas nak melayan, dibiarkan Airel bersama Haila berdua. Dia tidak mahu menjadi pengganggu.

"You sakit macam ni lagi I risau.." Kata Haila, saat ini hanya mereka berdua sahaja yang ada di luar.

Selesai makan tadi Airel dan Haila berjalan-jalan dia garden. Cuaca hari ni tak panas tapi memdung dan berangin seakan mahu hujan. Pemandangan begini lah yang disukai Ryna.

Airel melayan perasaan sendiri tanpa memperdulikan Haila yang bertanya padanya.

"Riel..!" Jerkah Haila.

Dari tadi dia bertanya dan lelaki itu hanya diam sahaja.

"You balik lah.. Hari nak hujan. Nanti lebat susah nak drive.." Dia mengusir wanita itu dengan cara yang halus.

"Kalau lebat hujan I tidur lah sini. Apa susah.."

"Tak elok anak dara tidur rumah orang.."

"Habis Risya tu, anak dara jugakan..??" Apa beza dirinya dengan Risya.

"I nak rehat, you baliklah. I tak nak bertikam lidah dengan you.." Sungguh dia malas nak bergaduh saat ini.

"Okay lah I balik dulu. Nanti I datang lagi.."

Tak payah datang pun tak apa. Hati Airel berkata

Lepas Haila balik, Airel masih lagi di luar. Melihat cuaca yang begini hatinya menjadi sayu.

Ryna...abang rindukan Rynn. Rindu sangat-sangat. Anak kita dah makin membesar. Abang yakin sayang mesti dapat melihat anak kita dari sana. Abang minta maaf. Sampai saat ni abang masih belum dapat pengganti ibu untuk anak kita. Tak akan ada wanita yang mampu sayangkan Alya macam Rynn sayangkan dia. Pengorbanan Ryna terhadap Alya tak akan ada galang gantinya Rynn.

"Riel...masuklah hari nak hujan. Riel belum sihat" suara Datin Ruhanis menghentikan lamunan Airel.

Datin Ruhanis tadi sedang melihat majalah, terkejut apabila Haila datang menyapanya dan memberitahu mahu pulang.

Haila memberitahunya kalau Airel masih ada di luar. Kerna itu Datin Ruhanis keluar mengajak Airel masuk.

"Balik dah Haila ma..?" Tanya Airel sambil berjalan beriringan bersama mamanya.

"Balik dah..kenapa tanya..? Berat hati nak lepaskan dia balik ke..?" Usik Datin Ruhanis.

Airel hanya diam kemudian naik keatas. Airel melihat Risya sedang tidur bersama anaknya. Andainya Ryna yang terbaring di tempat Risya tentu pemandangan yang dia lihat saat ini adalah pemandangan yang indah.

Risya terjaga kerana tangan nya mula terasa kebas. Melihat Alya yang sedang tidur dia tersenyum. Tapi senyuman nya terus mati bila melihat Airel yang berdiri didepan pintu sedang tersenyum.

"Buat apa kat situ..?" Bukannya menjawab pertanyaan Risya, Airel malah melebarkan senyuman nya.

"Yang tersenyum tu dah kenapa.." Pelik Risya melihat Airel begitu

"Aku senyum dekat anak aku, bukan kat kau..ehh! Perasan.."

"Saya tak kata pun Tengku senyum dekat saya. Saya tanya kenapa senyum tu jer.." Meluat Risya dengan sikap Airel yang angkuh.

"Kau!!..." Jerkah Airel

Alya tersentak apabila mendengar suara Airel yang meninggi.

"Tak perlu nak jerit lah..tak kesian ke  kat Alya."

"..tadi dah lah dia meragam. Ni baru nak lena Tengku dah buat dia terkejut. Pentingkan diri betul.."

Macam mana berapi cili api yang dia makan semalam. Macam itu lah perasaannya saat ini. Si pendek hawau ni bukannya nak menyesal dengan perbuatannya yang dah membuatkan orang masuk hospital disebabkan masakannya. Malah yang ada makin berani melawan.

Kerna Terpaksa Aku RelakanWhere stories live. Discover now