Bab 1

3.2K 58 2
                                    

Pada tahun 2005,

                  "Woi!!!", panggil Tenok, pelajar f5 terhadap Aqeel, pelajar f1. "Kau! Kau pergi basuh baju aku ni. Sekarang!! Aku tau sebelum pukul 5 dah siap basuh semua, eh!",kata Tenok, mengarah Aqeel. Aqeel mengerling ke jam dinding yang berdekatan. Jam menunjukkan pukul 4.38 petang. "Mana sempat aku nak basuh semua baju ni sebelum pukul 5..", terdetik di dalam hati Aqeel. Tetapi kerana perasaan hormatnya terhadap senior, diikutkan sahaja kehendak hati Tenok.

                 Jam menunjukkan pukul 4.58 petang. Tugasan yang diberi tadi masih belum dibuat. Tepat pukul 5 petang, Tenok memanggil Aqeel semula. "Ha, kau. Baju aku mana?", soal Tenok. Saat itulah baru Aqeel teringat bahawa dia perlu melakukannya. Lalu dia membalas,"Belum basuh lagi, bang..". Apabila mendengar jawapan Aqeel, terus Tenok menengking Aqeel dan menolaknya,"Aku dah suruh ko buat kerja aku an!!! Apahal ko tak buat pulak! Ko ni memang dah melampau! Malam ni jumpa aku kat dorm aku. Paham tak?!!". Aqeel hanya mampu mengangguk..

                 Selepas prep, Aqeel pun mengajak seorang kawannya, Amirul untuk menemaninya bertemu Tenok. "Woi, Mirul. Teman aku pegi jumpa abang Tenok kat dorm dia malam ni"."Aku ada banyak kerja ah malam ni. Tengoklah dulu. Kalau aku rajin aku teman ko.",balas Amirul. "Alaaa. Ko jangan cakap macam tu.. aku dah ah tengah takut ni.. ko teman jelah aku.. please,please...", rayu Aqeel. "hmmm. yelah yelah. aku teman..", balas Amirul dengan malasnya. Pada mulanya Aqeel berasa malas untuk ke dorm Tenok tetapi setelah dipanggil, dia pergi jua.. Sebelum sampai ke dorm Tenok, dia mengajak Amirul untuk menemaninya tetapi Amirul ternyata telah tidur. Dia pun pergi dengan perasaan takutnya. 

                 Sebaik sahaja Aqeel masuk ke dalam dorm, dia nampak Tenok berlari ke arahnya dan menajaknya. Dia terpelanting ke belakang akibat kuatnya sepakan Tenok itu. Lalu Tenok memanggilnya semula masuk ke dalam dorm. Dia pun masuk lalu duduk di atas lantai yang cukup sejuk baginya. lalu Tenok menyoal,"ko ni memang tak reti dengar cakap orang eh??". Aqeel tidak menjawab. Lalu Tenok menarik telinganya dan menyoal sekali lagi,"aku tanya kau,ko memang tak reti dengar cakap orang ke?? itu pon susah nak jawab ke??? ke ko dah pekak?". "tak bang.. saya tak pekak lagi bang". "dah tu apahal ko tak jawab apa aku tanya??", jerkah Tenok."disebabkan ko dah buat aku marah, aku nak ko ikut aku ngan geng aku malam ni."  "pergi mana bang?", tanya Aqeel. "kita pergi jumpa 'kawan malam' aku... hehehe",kata Tenok sambil mengilai seperti puntianak!!



Cerita Seram Asrama Dove le storie prendono vita. Scoprilo ora