BAB 25

19.8K 613 8
                                    

Tetamu semakin beransur pulang. Kini tinggallah keluarga terdekat dan sahabat handai Ezroy. "Awak.... bila kita boleh masuk bilik" Kata Ros dengan lemahnya. Ya lah dari tadi dia mengikut langkah suaminya, kejap kesana, kejap ke sini. Penat weii.......

"Ni nak masuk bilik awal-awal ni kenapa. Tak sabar nak malam pertama ke." Ros yang mendengar terus memberi cubitan yang berbisa pada suaminya. "Auchh, sakit lah wife. Sejak bila kau jadi ketam ni." Ros memuncungkan bibirnya.

"Awak.. saya ni dah nak habis tenaga. Penat sangat ni, badan pun dah melekit. Saya rimas lah, saya pun dah ngantuk sangat ni. Cer awak tengok jam sekarang, dah nak dekat pukul 1 pagi awakk oi....." Ezroy menilik jam tangannya.

"Ok, kita naik bilik sekarang. Sian baby aku ni." Ros tersengih je. 'Sejak bila mamat ni reti nak beromantik ni. Geli lak tekak mak.' Bisik Ros hanya untuk pendengaran dirinya.

****

Seluruh ahli keluarga dan sahabatnya berehat di bilik mereka. Begitu juga Ezroy dan Ros yang sedang berehat di bilik mereka. "Awak.... kalau satu hari awak tahu siapa diri saya lah kan, awak terima saya tak. "

Ezroy memandang pelik melihat bini dia. "Apa maksud kalau kau tu lain dari yang lain." Ok Ezroy macam dalam mood tak berapa nak ok. "Maksud saya, kalau tetiba saya ni jadi jahat ke, jadi kejam ke, jadi orang lain... maksud nya macam.." Ezroy mencium bibir munggil Ros.

Terdiam Ros seketika. "Siapa pun diri kau, aku terima tidak kira latar belakang kau. Aku dah sayang kau, aku harap kau pun sayangkan aku seperi mana aku sayang kau." Ros menganggukan kepalanya dan menyembam mukanya di dada suaminya. Ezroy hanya membelai kepala Ros.

"Jom tidur. Aku tahu kau penat kan sekarang ni. Apa kata kita rehatkan badan kita. Esok kita borak lagi. Aku pun penat sebenarnya. Dah jom tidur." Ros menganggukan kepala. Akhirnya mereka semua dibuai mimpi.

****

"Berbahagia lah Ros selagi ada masa. Esok kau bersedia lah untuk mampus. Aku akan pastikan keturunan kau musnah selamanya. Hahahahahahaha." Itulah kata-kata si manusia yang mempunyai dendam pada si Ros.

****

"Awak bangun lah. Tak kan nak membuta je. My lovely husband bangun lah. saya nak mandi ni." Ros mengejutkan Ezroy yang sengaja tidak mahu bangun. Nak bermanja katakan. Ros menghembuskan nafasnya dengan kasar.

Lengan Ezroy yang melingkari pinggangnya dicubit. "Auch. Sejak bila kau berani cubit aku ni. Kau nak kena ni." Tubuh Ros terus digeleteknya. "Aw..awak, da..dah lah... geli..hahahahahaha. Saya tak..tak tahan geli...."

Ezroy menghentikan tingkah lakunya. Nak apa bangun awal-awal ni. Ros mengelap air matanya disebabkan banyak ketawa." Awak, saya nak mandi. Solat subuh. Karang terbabas lak." Ezroy mengeliat buat seketika. "Ok."

ROS MR MAFIAWhere stories live. Discover now