BAB 19

20.5K 679 17
                                    

"Semua dah siap ke." Arif bersuara. "Dah. Oh ya mana Ros. Aku tak nampak dia pun." Amri berkata. Ezroy, Joe dan Rayyan turut memandang pelik antara satu sama lain. 'Mana minah ni. Takkan tak bangun dari tidur lagi. Dah nak gerak ni.' Bisik Ezroy dalam hatinya.

Ros yang dari tadi dalam biliknya, akhirnya keluar dari bilik beradunya. "Kau buat apa lelama dalam bilik tu hah." Kata Ezroy. Ros tersengih. "Yang kau sengih je apasal." Kata Ezroy lagi.

"Maaf, saya tertidur balik lepas subuh tadi. Then terlewat bangun lak. Maaf sangat." Mereka yang mendengar mengangguk kepala sahaja. "Apa-apa jelah. Jom gerak sekarang." Beg-beg mereka semua telah dimasukkan ke dalam kereta.

****

"Wei aku nak duduk sebelah Joe. Ke tepilah. Kau ni semak je." Arif buat pekak je. Joe geleng kepala melihat mereka berdua. "Kau duduk lah dengan Amri tu." Kata Joe. Bukan dia tak tahu yang Rayyan takut nak duduk sebelah Amri. Takut kena suntik dengan Amri lah tu.

"Rayyan awak duduk je lah dengan Amri. Dia tak akan apa-apakan awak lah. Amri, awak jangan buli Rayyan ya." Kata Ros dengan lemah lembutnya. Amri apa lagi. Angguk je. Sedangakan dalam kepala dia dah rancang pelbagai idea nak kenakan Rayyan.

Rayyan akhirnya mengalah dan duduk di sebelah Amri. Amri tersengih penuh makna. Rayyan sudah tak sedap hati. Ezroy yang dari tadi diam sudah tahu apa yang bakal berlaku nanti.

"Ros!!!!!! Tolong I, Amri dah ikat I." Ros memandag muka Rayyan. Ros tergelak. Dia tidak sangka yang Rayyan tetap kena buli. Anak buah Ezroy turut membantu Amri. Kaki Rayyan telah dililitkan dengan seletip hitam. Manakala tangan Rayyan telah digari.

Penghuni jet peribadi tersebut semua bergelak sakan. Ros tidak mampu nak buat apa-apa, dia hanya mampu melihat sahaja. "Woi setan lepaskan lah aku. Am, lepaskan lah aku. Huhuhu." Katanya dengan penuh sayu. Semua buat bodoh je.

****

"Ros bangun kita dah sampai dah." Ros mengeliat. 'Akhirnya, sampai juga. Ros kau kena bersedia memegang title isteri lepas ni.' Ros mempamerkan senyuman manis pada Ezroy. Ezroy bangun dari duduknya sambil menghulurkan tangan pada Ros untuk turut bangun sekali.

Mereka semua keluar dari jet peribadi mereka. "Bro jom kesana. Kereta semua dah sedia kat sana." Arif menunjuk kearah kereta yang sudah sedia menunggu kepulangan mereka.

Mereka semua menuju kearah tersebut. "Aku nak naik Lamborghini. Kau naik sana. Ros jom naik dengan I." Kata Rayyan. Ezroy hanya angguk kepala bila Ros minta kebenaran dengannya.

Akhirnya semua masuk kereta masing-masing. Ezroy dan Amri satu kereta. Manakala Joe dan Arif satu kereta. Mereka berempat menaiki kereta Ferari. Hanya Rayyan dan Ros menaiki Lambirghini.

****

Senyap sunyi kereta yang dipandu Rayyan. "Rayyan dah berapa lama awak terlibat dalam kumpulan Ezroy." Rayyan tersenyum mendengar soalan Ros. "Tak payah kau nak guna awak- saya aku tahu kau tak selesa guna perkataan tu."

Ros tersengih mendengar kata Rayyan. "Nampaknya ada orang tu tahu sape aku." Rayyan tersenyum sinis. Dia memang sengaja minta Ros naik kereta dengan dia. Maklumlah nak berbual panjang kan. "Aku kenal kau sangat Ros. Walau kawan aku tak kenal kau, tapi aku kenal kau sape."

Ros tersenyum sini. "Maafkan aku." Rayyan gelengkan kepalanya. "Aku rasa tak perlulah aku cerita kenapa aku masuk kumpulan Ezroy ni." Ros angguk kepala. "Aku nak kau simpan rahsia aku sampai tiba masanya. Aku harap kau faham lah." Rayyan membuat tanda ok.

"Aku harap kau ikhlas kahwin dengan Ezroy. Dia dah aku anggap macam keluarga aku. Aku tak sanggup nak tengok dia kecewa. Aku harapkan kau betul-betul sayang dia." Ros terseyum mendengar kata Ezroy.

"Aku ikhlas sukakan dia. Aku sebenarnya dah mula cintakan dia. Sebab tu aku sanggup kahwin dengan dia." Kata-kata Ros mengejutkan Rayyan. Akhirnya Rayyan tersenyum. 'Aku harap sangat kau boleh bahagiakan Ezroy.'[ Bisik hati kecil Rayyan.

ROS MR MAFIAWhere stories live. Discover now