The Boss-part 1

581 22 2
                                        

Kelihatan sesosok tubuh sedang rancak menari mengikut rentak muzik yang keluar dari pembesar suara di rumah kecil itu. Rumah kecil yang lengkap dengan dapur,bilik mandi,tempat tidur dan ruang tamu itu disewa oleh Amber Dezia, seorang pekerja disyarikat pengeluar perabot paling terbesar dan terkenal dimalaysia. Sebut sahaja,  'The Living Holdings' pasti semuanya kenal.

Amber Dezia atau lebih senang dipanggil dezz,berumur 26tahun merupakan salah seorang pekerja dari bahagian designer,bahagian yang paling mencabar dalam syarikat itu, namun kerjanya bukanlah meng'design',dia hanyalah seorang penghantar segala Fail design yang disiapkan oleh orang atasan dibahagiannya kepada Boss besar syarikat itu, sekali gus menjadi tempat menadah segala maki hamun boss besarnya apabila design yang dihantar tidak menepati citarasa, old fashion mahupun copypaste from the past or other company. Tapi dia ada satu kerja istemewa selain menjadi tukang menghantar Fail dan tempayan tadahan maki hamun iaitu,menjadi pembantu orang atasan dibahagiannya ataupun boss besarnya pergi ke kilang pengeluar bahan mentah untuk memilih fabrik/kayu atau apa saja yang melibatkan perabot.

     "Dezz, fail ni tolong check apa-apa yang kurang atau lebih sebelum you serahkan pada boss okay? "pinta Rianti,salah seorang designer di syarikat itu.
      "ok boss. " kata Dezia sambil mengambil fail yang dihulur kepadanya.
      "Dezz, Fail ni tolong berikan kepada boss ok. "kata Hairul, yang juga salah seorang designer di syarikat itu. Fail yang diletakkan dihujung mejanya dicapai. Dezia menyusun kesemua fail yang perlu dia serahkan kepada Bossnya.

Dezia masuk ke pejabat boss besarnya selepas diberi kebenaran masuk.

      "Good morning boss. "sapa Dezia,namun tidak dibalas sapaannya itu.
      "Boss ini fail untuk minggu ni. "
      "letak je kat situ. "kata Bossnya sambil telunjuknya diarahkan ke tepi meja kerjanya tanpa melihat wajah Dezia. Dezia hanya menurut, diletakkan fail itu di tepi meja. Tersedar Dezia masih belum beredar dari pejabatnya, Vinc Athur big boss The Living Holdings itu memandang Dezia yang berdiri kemas dihadapan mejanya.
      
       "Ada apa-apa lagi ke? "
       "Oh tak ada, Tuan nak Check sekarang ke failnya? "tanya Dezia kerana selalunya apabila dia menghantar fail, boss besarnya itu terus memeriksa dan di sanalah Dezia akan menahan telinga untuk beberapa jam mendengar maki hamun bossnya itu.
        "i akan tengok nanti,you boleh keluar. "arah bossnya itu. Dezia hanya mengangguk lalu segera meninggalkan pejabat Vinc Athur.

Sampai ditempat duduknya, Dezia menghela nafas kelegaan. Sepanjang berada dalam pejabat bossnya, dia tidak mampu bernafas dengan tenang dan itu sudah biasa berlaku tiap kali memasuki ruangan itu.
     
      "kali ni,apa pula boss cakap kat awak? "Tanya Fazira, rakan sebelah mejanya.
       "kali ni boss cakap 'i akan tengok nanti, you boleh keluar'."kata Dezia sambil meniru semula gaya percakapan Bossnya sebentar tadi.
       "ye ke? Pelik. "kata Fazira
       "i pun rasa pelik, jangan-jangan girlfriend dia nak datang kot. "
       "lepas tu dia merajuk dengan girlfriend dia. "giliran Fazira memberikan andaian.
     

Dezia dan Fazira sama-sama tertawa dengan andaian mereka sendiri.
      
      
     

The Boss(complete)Where stories live. Discover now