Hanya menerima pangilan dari bekas pelajarnya tentang pelajaran yang tidak difahami dan tidak dapat dibuat.

Sebaik sahaja sampai di rumah tersebut,  Jimin terus mematikan enjin kereta namun Jimin masih lagi belum ingin keluar. Hanya menanggalkan seatbelt dan mengiring ke belakang hanya sekadar untuk menyapa Minji. Seulgi yang tadi masih lagi boleh mengawal ketakutan dan kini tidak lagi. Tangan kanannya kini berada di dadanya,  dia takut.

Tapi tidak lagi setelah tangan Jimin mengengam tangannya.

"gwenchanha, semuanya akan baik²"

"kalau—macam mana kalau Mama dan Papa hngm.. "

Senyuman Jimin terukir. Ini merupakan perkataan yang paling panjang Seulgi pernah suarakan semasa berbicara dengannya.

Nampaknya Jimin perlu buat Seulgi takut untuk mendengar suara gadis itu lebih lama. Melihat wajah Seulgi yang gelisah, sungguh membuatkan Jimin tersenyum, comel.

"Mama dan Papa takkan marah, percayalah. Mereka pasti gembira"

Ini juga buat kali pertamanya mereka bertatapan begitu lama dalam situasi hubungan belum baik sempurna. Jimin dengan senyuman nipisnya dan Seulgi muka cemasnya. Tanpa disedari Seulgi, dia malah membalas gengaman Jimin,  lebih erat dari Jimin.

Jimin tahu Seulgi takut dan dia takkan sesekali mengangap ini merupakan pengakhiran salah faham mereka.

Jimin tidak mahu ambil kesempatan.

Dia mahu Seulgi benar² selesa dan memaafkannya.

'ding! '

Jimin mengambil telifonnya, dari Jisoo yang mengatakan mereka bertiga sudah boleh masuk ke rumah.

"jom.. "

"Jimin!  Hng.. "

Seulgi mengelengkan kepalanya beberapa kali. Sungguh dia takut. Jimin tersenyum. Gengaman Seulgi makin kuat menunjukkan dia begitu takut.

"apapun terjadi.. Saya akan tetap dengan awak. Saya janji. Bukan hanya untuk hari ini,  saat ini.. Tapi sehingga akhir nafas saya. Saya, Park Jimin, takkan sesekali tinggalkan awak, Kang—ani, Park Seulgi lagi "

Seulgi menghembuskan nafasnya perlahan. Hatinya mula menghangat. Ya,  itu yang dia takutkan sebenarnya. Jimin mengusap tangan Seulgi yang digengam dengan ibu jari, berharap gadis itu boleh tenang.

"boleh kita masuk sekarang? "

Seulgi menganggukkan kepala perlahan². Isterinya sungguh menawan hari ini, jika saja hubungan dirinya dan Seulgi baik, sudah lama Jimin menghujani wajah bulat itu dengan kucupan. Jika awal perkenalan mereka,  Seulgi terlihat terlalu muda dan sedikit kekanak kanakkan dan berwajah comel,  kini Seulgi nampak begitu cerah dengan wajah manis dan comelnya, dan sememangnya Seulgi sekarang seorang yang matang.

Jimin mendukung Minji sementara Seulgi memegang beg kertas dari Jimin. Dari situ Seulgi sedar sesuatu,..

"Jimin.. "

"hmm? "

"saya..tak ada hadiah untuk Mama"

Seulgi menduduk memandang kasut yang di pakainya,  itu membuatkan dia berasa lebih buruk. Sudahlah menghilangkan diri, muncul kembali tapi tiada apa² ditangan. Sekurang²nya ada buah tangan, tetapi dia tiada apa².

Jimin menarik tangan gadis itu, mengegam erat sebelum tarik gadis itu supaya berjalan di sebelahnya. Sampai di depan pintu, Jimin bersuara sebelum menekan loceng.

"awak dan Minji adalah hadiah yang paling bermakna untuk Mama, hm mungkin untuk Papa sekali. Saya yakin, sayang"

——

"MAAMAAA"

Jisoo menjerit sekuat yang mungkin sebaik dia turun ke bawah. Beberapa saat tadi, dia sudah menghendap bilik ibunya, mendapati ibunya itu sudah berpakain kemas,  dia terus berlari turun.  Tutup semua lampu dan hanya di terangi lilin di setiap ruang, Jisoo menjerit kuat.

"kenapa gela—"

Puan Park yang mana baru sahaja keluar dan terkejut dengan keadaan rumah yang gelap kembali tertegun saat mendengar beberapa suara yang menyanyikan lagu birthday buatnya. Sejujurnya dia beberapa hari ini sibuk di butik dan baru hari ini terasa lapang. Perlahan² turun dari tangga menuju ke arah Suami, Tuan Park yang sedang memegang kek.

" don't forget your wish! "

Sebaik sahaja Puan Park meniup lilin,  Taeyong yang berada dekat dengan suis terus membuka lampu di ruang itu. Meskipun dia hanya tunang Jisoo, Taeyong amat rapat dengan keluarga Jisoo setelah bertunang. Sebaik lampu terang, Puan Park mula memeluk Suaminya, Jisoo dan terakhir, Taeyong.

"gomawoo,  Mama dah hampir lupa yang harini Mama sememangnya dah tua"

Taeyong membalas pelukan Puan Park dengan sedikit kekehan sebelum melepaskan pelukan. Mereka bertiga tahu apa yang Puan Park rasakan, Jimin tiada untuk kali ini. Biasanya Jimin akan datang walaupun lelaki itu dalam kesusahan. Mesti ada tapi kali ini Jimin tiada.

"dah, Jom kita makan.. Mama duduk, biar Jisoo yang sediakan dengan Taeyong"

Jisoo terus menarik Taeyong ke dapur. Membiarkan sepasang suami isteri tua itu berduaan di ruang makan. Sebenarnya tiada apa yang perlu di sediakan, hanya tunggu Jimin menekan loceng rumah. Namun beberapa saat selepas itu, loceng rumah betul² berbunyi. 

"itu pasti Jimin!  Biar saya yang buka"

Puan Park. Dia begitu teruja untuk menyambut anak bongsunya itu. Jimin tidak pernah tiada di hari yang penting sebegini. Melihat Jimin tiada saat dia meniup lilin, sedikit membuat dirinya berasa kehilangan. Tuan Park yang melihat itu terus bangun dari duduknya, dia juga sudah tidak sabar untuk melihat menantu dan cucunya. Jimin pernah memberitahunya, tapi tidak pernah menujukkannya. 

Jisoo dan Taeyong juga mengikut sama berlari. Saat pintu rumah itu terbuka,  muncullah Jimin yang sedang mendukung seorang bayi perempuan yang mungkil. Di saat semua tersenyum gembira, Puan Park nampak begitu keliru dan terkejut.

"Happy Birthday Mama, and.. "

Jimin mengigit bibirnya sebelum menarik tangannya yang mengengam tangan Seulgi ke depan. Seulgi yang tadi menyorok di belakang Jimin mula melangkah ke depan dan membuatkan Puan Park menutup mulutnya dengan kedua belah tangan.

Sungguh Puan Park terkejut.

"Seulgi..?? "

" ya,  ini Seulgi,  isteri Jimin dan ini Minji,  Park Minji.. Anak perempuan Jimin"

one more chance +pjmksgWhere stories live. Discover now