xxiii. Cemburu + Marah + Mementingkan diri sendiri = Toksik

Start from the beginning
                                    

"Mamat Tak Betul dah buat kemunculan balik.", Hoseok berkata.

Yeoreum terasa ingin menepuk dahinya disitu. Ah, sudah.

•••

Perjalanan Jimin menghantar Yeoreum pulang sunyi sepi tanpa mereka bersembang. Jimin fokus kepada pemanduan, Yeoreum pula masih memproses pertemuannya dengan Eul dan Hoseok.

Kemudian, matanya teralih kepada jalan raya. Matanya membuntang. "Woi, Park Jimin! Lampu merah!", hampir menjerit Yeoreum dibuatnya. Serta-merta kaki Jimin menekan pedal brek membuatkan mereka hampir terhumban ke hadapan. Nasib baik mereka berdua memakai tali pinggang keledar.

Yeoreum terus menjeling jejaka di sebelahnya. Selepas beberapa minit, lampu isyarat bertukar hijau membuatkan Jimin kembali memandu. "Kau berhenti dekat tepi jalan.", arah Yeoreum.

"Buat apa?"

"Berhenti je boleh tak?", agak tegas Yeoreum mengulang arahannya. Dengan agak lambat, Jimin memberi isyarat lalu memusingkan stereng. Lexus LC 500 itu berhenti di bahu jalan.

"Ada apa dengan kau dan Noh Eul tu?", soal Yeoreum, terus ke topik yang dimahukannya.

"Kan aku dah cakap, dia satu kelas一"

"Don't bullshit me, Park Jimin. Kawan satu kelas? Kau ingat aku ni apa, stranger? Kita kawan nak dekat 13 tahun, kau fikir aku tak tahu kau suka dia dan mungkin masih suka dekat dia?", suara Yeoreum tegas berkata. Agak bengang dan menyampah dengan perangai yang ditunjukkan oleh Jimin ketika ini.

"Make up your fucking mind. Kalau kau masih suka Noh Eul, Kang Harin macam mana? Baru semalam kau cakap kau suka dia. Apa kau ni?", bertubi-tubi dan pedas ayat yang dilontarkan oleh Yeoreum. Setiap satu tepat mengenai hati Jimin dengan kasar.

"Ah! Aku tak tahu!" Jimin menyandarkan kepalanya ke tempat duduk dengan kasar. Matanya terkatup sebelum tangannya meraup rambut dengan kasar.

"Aku tahu kau bukan lelaki yang baik, tapi bukan sampai tahap macam ni. Logik sikit, kau basically dah ada hubungan some dengan Harin. Kau tak boleh suka Noh Eul.", ujar Yeoreum dengan serius.

"Lagi satu, dia ada boyfriend tahu tak?!" sambung Yeoreum.

"Kau fikir aku tak tahu ke?!"

"Dah tu buatlah cara macam orang ada otak sikit!", suara Yeoreum meninggi lagi.

Jimin terdiam sekali lagi. Dia tahu, segala yang dikatakan oleh Yeoreum itu benar belaka. Dia tahu... Cuma sekarang dia keliru. Kehadiran dua orang gadis itu pada masa yang sama membuatkan dia keliru. Dia jadi tidak keruan.

"Kau gila, Park Jimin.", gumam Yeoreum, lebih kepada diri sendiri.

"Turun, aku drive.", ujar Yeoreum sambil menanggalkan tali pinggang keledarnya.

"Aku boleh drive." Jimin mempertahankan diri sendiri.

"Atas dahi kaulah boleh drive! Tadi kau nak dekat langgar lampu merah, aku tak nak mati awal, okay?!"

"Tak payahlah jerit dekat aku!", rungut Jimin sambil menanggalkan tali pinggang keledarnya dengan kasar. Yeoreum turut turun dari kereta dan mereka bertukar tempat duduk. Tangan Jimin menutup pintu kereta dengan agak kasar, tanda protes.

Yeoreum mula memandu bersama Jimin yang berwajah muram di sebelahnya.

"Tak baik buat Harin macam ni. Jangan sia-siakan dia.", pesan Yeoreum.

Jangan sia-siakan dia macam kau sia-siakan aku.

•••

"Aku akan jumpa DAY6! Weh!" Yeoreum menggoyang-goyangkan badan Jimin dengan penuh teruja. Tangannya pula sudah disertakan lightband rasmi milik DAY6, bercorak daun berwarna hijau turquoise. Suasana di Gymnastic Hall itu riuh-rendah dengan MyDay yang teruja untuk berjumpa band yang dianggotai oleh lima orang jejaka yang berbakat itu.

SELEBRITI. » park jiminWhere stories live. Discover now