xiii. Balas... dendam?

165 19 27
                                    

"Kenapa pengarah tiba-tiba nak jumpa aku...", gumam Yeoreum apabila panggilannya bersama pengarah bagi drama 1-4-3 tamat. Dia sambung menyiapkan tugasan universitinya. Haih, hidupnya sebagai pelajar universiti tahun akhir akan menjadi huru-hara semula.

Keesokan harinya, Yeoreum bersiap pada awal pagi untuk ke bangunan MBC. Kasut disarung dan dia bersedia untuk pergi. Sebaik sahaja dia tiba di hadapan bilik mesyuarat, pintu diketuk. Tombol pintu dipulas.

"Oh, Han Yeoreum, dah sampai?", sapa si pengarah. Yeoreum menundukkan badannya tanda hormat, keningnya berkerut kerana hanya ada tiga orang staf disitu.

"Jemput duduk.", Yeoreum pun menarik kerusi lalu duduk menghadap si pengarah.

"Ada apa tuan pengarah nak jumpa saya? Ada benda jadi ke pasal drama?", soal Yeoreum dengan risau. Si pengarah menggelengkan kepalanya.

"Saya nak memperkenalkan, penulis baru drama 1-4-3...", si pengarah menunjukkan ke arah wanita di sebelahnya. Kening Yeoreum terjongket, senyumannya pudar.

"Apa maksud tuan pengarah...", Yeoreum mula resah. Si pengarah turut mengetap bibirnya, tangannya diletakkan diatas meja.

Yeoreum melepaskan tawa tidak percaya. "Saya tengah kena pecat sebagai penulis skrip ke sekarang ni?", tanya Yeoreum dengan sinis, matanya memandang ke arah wanita di sebelahnya yang kelihatan tidak kisah.

"Tak adalah... Saya tahu awak berbakat, Han Yeoreum. Kerja awak pun sangat bagus... Cuma...", suara si pengarah jelas serba-salah untuk menerangkan hal sebenar, "Tapi pihak atasan dah bagi arahan untuk letak dia sebagai penulis, apa saya boleh buat..."

Penumbuk Yeoreum kepal dengan erat. Sungguh dia rasa malu dan marah sekarang. "Tapi ini skrip saya.", tegas suara Yeoreum berkata. Aku ada hak. Skrip drama ni, skrip aku. Aku boleh buktikan dengan blog penulisan aku, Profesor Ma yang mencadangkan aku sebagai penulis skrip drama.

"Ei, perempuan ni. Terima jelah kau bukan penulis skrip drama ni lagi.", ujar si wanita disebelah tuan pengarah. Tuan pengarah menjeling wanita itu.

"Pasal tu...", tuan pengarah mula meletakkan sebuah sampul surat berwarna putih diatas meja lalu ditolak ke atah Yeoreum, "Pihak kami dah setuju untuk beli skrip drama cik Han Yeoreum. Dalam tu ada duit一"

"Kalau saya tak nak jual, macam mana?", Yeoreum memotong kata-kata si pengarah. Matanya diberanikan untuk memandang mata si pengarah. "Kalau saya tak nak jual skrip drama saya, apa yang tuan pengarah nak buat?"

"Dalam kontrak dah tertulis yang segala perubahan tentang skrip drama akan cik Yeoreum tanggung dan kami juga memiliki hakcipta ke atas skrip milik cik Yeoreum.", Yeoreum mengalihkan pandangannya buat seketika, cuba mencari kesabaran yang tersisa. Tetapi, dia berdiri membuatkan bunyi kaki kerusi yang terseret memenuhi ruang bilik mesyuarat.

"Siapa kata?", tanya Yeoreum, "Siapa kata saya nak jual skrip drama saya? Tuan rasa segala ni boleh selesai dengan duit ni?", jari Yeoreum tuding ke arah sampul surat putih diatas meja. Dia tidak ingin tahu berapa jumlah wang didalam sampur surat itu.

Maruahnya sudah tercalar.

"Jangan macam ni, cik Han Yeoreum. Kita dah ada tulis kontrak.", si pengarah masih memujuk, "Lagipun, cik boleh fikir ini sebagai penulis tanpa nama, misteri. Keuntungan drama cik masih akan dapat一"

"Dan biar dia dapat nama?", Yeoreum menjeling ke arah wanita di sebelah si pengarah, "Sedangkan saya yang bersusah payah, bersengkang mata siapkan skrip tu, perah otak cari idea...", suara Yeoreum hampir pecah dihujungnya. Airmata ditahan daripada mengalir.

Tak, Han Yeoreum. Kau tak boleh menangis depan manusia sebegini. Kau tak boleh nampak lemah depan mereka.

"Saya datang shooting pagi-pagi buta, tengah malam, tiba-tiba dia datang dan kaut semua?"

SELEBRITI. » park jiminWhere stories live. Discover now