xxii. (Tak) Move on.

Start from the beginning
                                    

Han Yeoreum
aku balik dulu tau?
aku takut sampai rumah lewat sangat sebab esok aku kerja

Pau
???
okay

•••

"Oh?" Salah seorang pekerja kafe Bittersweet tersenyum ke arah Yeoreum apabila Yeoreum mula mendekati. Yeoreum membalas senyumannya.

"Cik datang lagi." Yeoreum hanya tersengih. Seokjin yang membancuh americano meletakkan minuman itu diatas kaunter lalu bertentang mata dengan Yeoreum. Dia memberikan isyarat untuk Yeoreum memasuki bahagian belakang kafe.

"Bila kita nak date lagi?", tiba-tiba Seokjin menanyakan soalan itu membuatkan kepala Yeoreum terus menoleh ke arahnya.

"Kau ni, memang cakap tak ada berkias-kias kan?", ujar Yeoreum. Seokjin pula tersengih sambil mengangkat jari tanda peace. Yeoreum memulakan kerjanya dan hanya membisu.

Seokjin meneliti wajah Yeoreum yang agak muram pada hari itu. Gadis itu bukan jenis yang pendiam, jadi agak pelik untuk melihat Yeoreum tidak memulakan perbualan atau tersenyum seperti selalu. "Kau tak sihat ke?", soal Seokjin, nada suaranya berbaur risau.

"Eh, sihat je." Pantas Yeoreum menggelengkan kepala sambil tersenyum lebar, menandakan bahawa dia okay. Namun, senyuman itu hanya bertahan buat beberapa saat sahaja sebelum senyuman itu lenyap. "Kenapa pula kau tanya aku sihat ke tak?"

"Kau cuma... Diam hari ni.", balas Seokjin. Kening Yeoreum terjongket, seperti dia baru tersedar akan perkara itu. Dia memandang Seokjin dengan kekok.

"Ah... Ya ke?" Yeoreum berjalan pula ke dapur untuk melakukan tugasnya yang seterusnya. Seokjin menganggukkan kepalanya, namun tidak bertanya dengan lebih lanjut. Dia tidak mahu memburukkan lagi keadaan.

Ping! Sebuah notifikasi muncul di skrin telefon bimbit Yeoreum. Yeoreum mencapai telefon bimbit dari dalam poket seluar slack lalu dihidupkannya.

Kang Harin
kau dekat mana? boleh kita jumpa?
aku ada benda nak tanya pasal jimin

Buat seketika, Yeoreum terkaku membaca mesej itu. Berulang-ulang kali dia membaca mesej itu, memastikan yang dia tidak tersalah baca. Pasal Jimin, huh?

"Yeoreum?" Seokjin melambai-lambai tapak tangan di hadapan wajah Yeoreum apabila hampir beberapa saat Yeoreum hanya terdiam dan termenung. Cepat-cepat Yeoreum menyimpan kembali telefon bimbit di dalam poket seluar slack lalu tersenyum ke arah Seokjin. Kening Seokjin berkerut, pasti ada yang tak kena dengan Yeoreum.

"Ah!", jeritan kecil Yeoreum kedengaran. Yeoreum terus mengalih tangan yang terkena cerek panas diatas dapur gas.

"Kau okay tak?" Seokjin lebih pantas mencapai tangan Yeoreum lalu ditariknya ke sinki. Pili air dibuka lalu bahagian belakang tapak tangan Yeoreum dilalukan dibawah curahan air.

"Ah...", Yeoreum mengaduh perlahan apabila tangannya dilalukan di bawah air.

"Merah dah tangan kau...", gumam Seokjin sambil melihat kesan tangan Yeoreum yang kemerah-merahan akibat lecur. Kemudian, dia melihat pula raut wajah Yeoreum.

"Kau okay tak? Hati-hatilah sikit...", kata Seokjin.

Yeoreum mengangguk kecil. "Aku okay je..." Sempat lagi Yeoreum tersenyum kecil. Seokjin menutup pili air, namun tangannya masih memegang tangan Yeoreum. Pandangan Yeoreum fokus kepada tangan Seokjin yang memegang tangannya.

"Ah, maaf." Seokjin baru tersedar yang dia memegang tangan Yeoreum lalu dengan perlahan melepaskannya.

"Tak apa... Thanks, by the way.", ucap Yeoreum.

SELEBRITI. » park jiminWhere stories live. Discover now