xxi. Cinta pertama dia.

Start from the beginning
                                    

"Kalau kau penat, cakap yang kau penat. Kalau kau lapar, makan apa yang kau nak. Kau manusia nombor satu, baru selebriti nombor dua, ingat tu.", Yeoreum mengingatkan.

"Macam mana aku boleh buat benda tu? Ramai orang yang kehidupan diorang bergantung dekat aku.", perlahan Jimin menjawab.

Dilema antara seorang selebriti dan seorang jejaka biasa bernama Park Jimin.

•••

"Cik Han Yeoreum!", seorang pekerja wanita dihadapannya bersuara. Yeoreum mengalihkan pandangannya daripada skrin komputer lalu mendongak sedikit. Jarum jam hampir menunjukkan pukul lima petang. Sudah hampir masanya untuk pulang ke rumah.

"Ya?"

"Boleh tak cik tolong periksa stok barang kafe dekat cawangan Gangnam?" Terus sahaja pekerja wanita diambang 30-an itu meletakkan kertas yang telah dikepilkan bersama diatas meja Yeoreum dengan selamba. Terkebil-kebil Yeoreum melihat.

"Saya kena ambil anak saya dekat tadika hari ni." Pekerja wanita itu pantas mengemaskan barangnya lalu mematikan komputer. Beg tangan disarung ke bahu. "Terima kasih tau?" Bahu Yeoreum ditepuk beberapa kali sebelum dia berjalan pergi dengan pantas.

Yeoreum mengepal penumbuknya sambil menutup matanya dengan geram. "Dia yang pengurus, kenapa pula aku yang kena buat kerja dia?" rungut Yeoreum sendiri sambil menjeling tajam kepilan kertas ditepi papan kekunci komputer.

Kaki Yeoreum menghentak-hentak lantai, jelas tidak puas hati. Kepalanya tersandar di kerusi buat seketika sebelum melepaskan sebuah keluhan. Alam pekerjaan bukanlah perkara yang mudah. Indah khabar dari rupa adalah.

Tangan Yeoreum kemudian mencapai pas pekerja miliknya yang tersangkut di leher. Tertulis nama penuhnya berserta gambar, dengan jawatan intern. Intern.

Suasana pejabat sepi kerana kebanyakan pekerja sudah pulang ke rumah. Hanya tinggal dia disitu.

"Cik Yeoreum tak balik?", tegur salah seorang pekerja wanita.

"Kejap lagi." balas Yeoreum. Pekerja wanita itu tersenyum kecil sebelum melangkah keluar.

Bibir Yeoreum ketap, tangannya mencapai kepilan kertas diatas meja kerja. Mahu ataupun tidak, dia perlu melakukan kerja ini.

Kacamata yang melorot dibetulkan, matanya meneliti senarai tersebut buat seketika. Kemudian, Yeoreum mula mengemaskan barangnya lalu mematikan komputer.

Apabila dia sudah melakukan tugas ini, dia boleh terus pulang ke rumah. Langkah Yeoreum tuju keluar dari bangunan tempat dia bekerja.

Dia mula menaiki bas untuk menuju ke kafe yang dikatakan oleh pekerja wanita di kubikel hadapannya. Fon telinga disumbat ke telinga lalu lagu berkumandang. Yeoreum membuang pandangan ke luar tingkap bas.

Putih dimana-mana sahaja. Salji baru turun sebentar tadi. Tangan Yeoreum mengetatkan kedudukan kot yang disarungnya. Tidak lama kemudian, Yeoreum tiba di destinasinya.

Dia perlu berjalan untuk ke kafe tersebut. Langkah Yeoreum terhenti di hadapan sebuah kafe bernama Bittersweet dengan tulisan berangkai warna pastel. Ini dia.

Tangan Yeoreum menolak pintu kaca kafe itu. Boleh tahan cantik juga kafe ini, getus hati Yeoreum. Kafe Bittersweet merupakan salah satu jenama kafe dibawah syarikat tempat Yeoreum bekerja, Syarikat Oh&Park.

Dia terus menuju ke kaunter kafe. "Selamat datang. Cik nak pesan apa?", ujar pekerja lelaki itu dengan ramah. Yeoreum tersenyum kecil.

"Saya bukan nak pesan tapi... Boleh saya jumpa dengan pengurus kafe ni?", tanya Yeoreum. Pekerja lelaki itu berkerut dahinya, jelas terasa pelik dengan soalan Yeoreum.

SELEBRITI. » park jiminWhere stories live. Discover now